Sep 30, 2009

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Scroll ke bawah ye tuk entry baru..... Entry ni akan
ku tampal hingga beberapa hari lagi khas tuk RAYA..


Masih belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog saya, kepada rakan-rakan semua dan keluarga...

Maaf sekali lagi kerana dah Raya ke 5 baru nak mengucapkan Selamat Raya. Kesibukkan yang teramat sangat lah nie hingga x dapat nak menyentuh lappy nie....


Waktu ambil gambar nie pun terpaksa duduk n gambar jelah mana yang sempat... hehehe

Waktu nie saya dah minta maaf ngan idi. "Selamat Hari Raya, maafkan segala perbuatan yang menyakiti hati secara sengaja atau yang tidak disengajakan yang menyentuh perasaan....bla.bla.bla......." hehehehe. Kosong-kosonglah kan.. pas tu mulai esok buat lagi... pas tu raya tahun depan mintak maaf lagi..... hahahaha....

Ngan iwan n erin... susah betul budak2 ni nak di suruh bergambar, maklumlah dah terkumpul semua sepupu kan.....

Sep 29, 2009

Sehari sebelum raya di Pasar Ramadhan Taman Fajar Sandakan..

Nilah keadaan di Pasar Ramadhan Taman Fajar, Sandakan, tempat ni tak lah berapa jauh dari rumah aku...

Saat nilah aku membeli apa yang dah lama tekak ku terhingin nak makan......


Tiga beranak ni sempat lagi post di pasar nie..... heranlah orang-orang tengok diorangkan di pasar ramadhan pun nak ambil gambar....

Tahu tak apa nie? Haaa... nilah sayap ayam yang di bakar.. kalau dekat kuantan jarang jumpalah.... kalau di sabah nie.... berlambak.. Cubalah memang sodapppp..

Tahu tak apa nie? Ni bukan sate tau. Ni tongkeng ayam yang di bakar. Tongkeng ayam? hahahaha tongkeng ayam tu maknanya bontot ayam lah... Ni pun sodap gak.....


Sep 28, 2009

Balik Kampung...

17 September 2009.... Berapa lama lah nak entry kan... Satu malam x tido coz kemas-kemas apa yang perlu... Nak tinggalkan rumah tue mestilah bersihkan jadi balik dari kampung pun x lah rimas sangat...

Sepatutnya flight yang kami naiki pukul 10.30 pagi tetapi di ubah ke 7.15 pagi... Adooiiiiii memang waktu nie mata dan kepala dah berat betul.... Iwan pun berapa jam je tido sebab tak sabar nak balik..

Mata masih bengkak lagi...



Gambar kabur sikit.... Airport Kuantan. Masih gelap lagi nie..


Iwan dan erin yang sekarang nie memang nampak letih betul.. Dalam penerbangan tadi tido je termasuklah aku dan idi.


Iwan dah lemas nie... kesian dia.. Sebenarnya kami mempunyai masalah mengenai penerbangan nie dari Kuantan sampai KLIA.... Sakit jiwa ku sebenarnya.. Aku yang dah naik angin terus telefon ke agensi yang menguruskan tiket kami.... Apa boleh buatlah. Alhamdulillah dan syukur settle gak akhirnya dan sampai gak kami ke kampung di Sandakan , Sabah. Gambar setakat nie je yang sempat di ambil. Penerbangan dari KLIA ke Kota Kinabalu dan akhirnya ke Sandakan tidak sempat diambil coz penat dan kepala ku dah bengkak... hahahaha..

Hamper lagi...

Nak cerita sikit... Biasalah aku ni kan jenis yang lambat sikit up-date kan entry.... Bulan posa hari tue kita ni dapatlah bungkusan-bungkusan cantik nie.... (apalah dah raya ke berapa entah masih cerita sal posa lagi). Lama gak 2 bungkusan cantik nie aku biarkan coz malas nak buka...

Entah macam mana rasa hati nak tahu isi perut di dalam nie akhirnya aku bukalah.... nak tahu apa di dalam nie....?


Rupa-rupanya buah kurma dalam tue..... alahai dah nak balik kampung dah baru tahu dalam bekas cantik nie ada buah kurma.. Apalah aku nie kan..... di pendekkan cerita aku bungkus balik bekas nie dan bawa balik kampung... senang cerita. hahahaha

Sep 24, 2009

Untuk Aku dan Dia Lagi...


Ni untuk aku dan dia lagi... Siapa lagi kalau bukan untuk aku c Hazel ngan Idi... Harga tu tak lah mahal sangat tapi keharuman dia wangggiiiii...

Black Julien Sorel tu untuk lelaki dan Pink Julien Sorel tu untuk perempuan... Jenama minyak wangi ni x lah sepopular mana, biasa-biasa je.... yang penting kedua-dua minyak wangi ni memang wanggiiii...

Sep 23, 2009

Kesibukan....

Sebelum tu nak minta maaf coz lama x up date... sibuk memanjang nie.... banyak lagi yang terhutang x sempat nak publish. Al-maklumlah balik kampung nie, bukannya x ada komputer nak up date tapi keadaan yang tidak mengizinkan.. hehehehe.. Apa-apa pun atau lambat macam mana akan aku up date kan juga .... hehehehe




Sep 18, 2009

Tinggal Kenangan - Ahmad Bin Pairan

Macam mana nak mulakan? Bagaimana hendak aku ucapkan? Hanya tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan akan bergembira pada waktu ni... Tapi Aunty ku dan anak-anak akan merasa kehilangan yang amat besar kerana tidak dapat beraya bersama uncle..


Betullah orang cakap yang pergi biarlah pergi yang hidup mesti meneruskan kehidupan seharian tapi bagaimana rasanya kalau ini terjadi di tempat kita? Kita mungkin dapat melupakannya tapi mengambil masa yang lama.....


Aku kalau dengar lagu raya tersangatlah gembira kerana akan balik ke kampung tapi apabila teringatkan arwah uncle terasa sebak di dada dan mulalah aku menangis... X tahulah kenapa aku betul-betul teringat akan uncle mungkin uncle dan keluarganya sangat rapat dengan kami.
Ni ada beberapa keping gambar yang baru aku dapat dari simpanan uncle ku yang seorang ni Yaacob Muhammad dari Tawau Sabah..


Ni kalau x silap Raya tahun 2008 di Tawau Sabah..Uncle yang berbaju melayu biru bersama dengan Aida (baju purple) dan Ema (baju Hijau) ema adalah anak yang ke 3. Maaf aida bukan kakak sengaja hendak menyedihkan hati tapi sekadar untuk kenangan kita bersama.

Ni sewaktu majlis cukur rambut cucu uncle... nikita, uncle berbaju hijau yang berdiri sebelah tu my dad..


Ni sewaktu melapah kambing untuk majlis Aqiqah.. yang botak(sorry ye jali) tu menantu uncle. My dad n uncle..



Uncle Ahmad Pairan yang berbaju hijau, sebelah tu my uncle gak Jumali Jumingan dan yang berbaju biru tu Jali....


Moga Rohnya Dicucuri Rahmat... Amin

Sep 17, 2009

Sukan Berkuda - Hari Keluarga JBS

Uikss... Tajuk di atas tu macam betul lah kan.... Sebenarnya iwan n erin ni yang menunggang kuda. Terhingin betul 2 budak ni al maklumlah x pernah kan.. Waktu ni hari keluarga JBS pada 15hb Ogos bulan lalu.. lama kan baru aku masukkan.. hehehehe.. waktu ni memang aku bz betuii sampai Hari Keluarga ni pun terbantut... Jom kita tengok gambar iwan n erin nie...



Gumbiranya anak lelaki aku nie... satu pusingan kuda ni buat kalau x silap RM3 atau RM5 kena bayar tau, tak ingatlah pulak.... Iwan ni kalau boleh dia nak kuda ni lari laju jak.. macam je terrer naik kuda kan..


Gambar erin yang satu ni aku paling suka... dengan mukanya yang gembira betul...

Haaa... dah merasa 2 beradik ni naik kuda sekali nak dua kali.. x yahlah oiiii ramai lagi yang menunggu giliran nak naik... Aku x naiknya kuda nie coz aku tengok macam anak kuda jeee sekali aku naik kang patah pula tulang belakang kuda nie... hahahahaha x pun dah aku duduk belakang kuda nie pandailah pula kuda ni memandang ke belakang menegok aku kan... kha.kha.kha..... "KUDA KU LARI GAGAH BERANI AYUH LARI... AYUH KUDA KU LARI.."



Sep 16, 2009

Kemas-Kemas nak cuti.....

HARI NI HARI TERAKHIR AKU BERTUGAS...


YEYEYEYEYE.... COZ ESOK AKU KAN FLLLLYYYYYY KE SANDAKAN, SABAH..


BALIK KAMPUNG.... OH,OH,OH BALIK KAMPUNG,
OH,OH,OH BALIK KAMPUNG HATI GIRANG......
ANAK-ANAK AKU DAH NYANYI LAGU NI TADI DALAM KETE.


SEMUA KERJA-KERJA DAH AKU SETTLE KAN 2 3 HARI YANG LALU LAGI.. JADI NANTI CUTI TAK LAH TERINGATKAN KEJE YANG BELUM SIAP LAGI TAPI NANTI BALIK DARI BERCUTI MEMANG KEJE DAH MENINGGI LANGIT MENUNGGU KEPULANGAN KU.. HEHEHEHEHE TAK PE YANG PENTING CUTI DULU KEJE YANG AKAN DATANG LUPAKAN SEMASA BERCUTI.. SERAHAN TUGAS DAH AKU BUAT DAN TINGGALKAN KEPADA MEMBER-MEMBER KAT PEJABAT.. HEHEHEHE SORRY YE...



APA KE KENE-MENGENANYA AKU NAK CUTI RAYA DENGAN BABY DI ATAS? HAHAHAHA..... BABY NI HAIRAN NAPALAH AKU NI RAJIN SANGAT DUA TIGA HARI KAT OFFICE, BERSIH JAK MEJE KAN..... MUKA BLURRR JE BABY NIE. CUTE KAN.


Cerita Semalam.. Terlajak lagi..

Kan aku dah cakap "Terlajak perahu boleh di tarik, Terlajak tidur tak bersahur" . Ni pepatah baru sempena bulan posa ni.... Kali ni betul-betul lah kami 4 beranak terlajak tido sampai x sedar dunia. Last-last sedar jam 7.45 pagi... haaaaa padan muka aku, laki aku n anak2 aku yang tidak terbangun sahur. Hari tu terlajak sempatlah juga makan roti ni kali habuk roti pun x merasa... hahahaha..

Saya dan idi ni kalau x bersahur ok lagi.. ye ke ok? tapi kasihan ngan iwan tu, pagi-pagi mesti komplen, erin x pe lagi jam 1.00 gitu dia dah berbuka posa.. Bangun jak pagi tu iwan terus tanya 'ibu napa ibu x kejutkan iwan makan sahur?' hehehehe Kesian gak anak aku tuh....

Sodap dan lena lagi 3 beranak ni tidur..

Jadi ceritanya.... iwan n erin x nak pi sekolah dan sekali dengan aku-aku sekali yang lambat datang ke pejabat... huhuhu.. idi x pe lagi dia masuk 8.30.


Sep 14, 2009

Kembalinya uncle ku ke Rahmatullah...... 8 September 2009. Al Fatihah........

Pagi 8hb September 2009. Setelah selesai bersahur biasalah aku jumpa bantal balik, lagi-lagi tidur dekat hotel amatlah nyaman sekali. Jam 8.00 pagi aku terima panggilan dari mum di Sandakan dan menyuruh kami ke Hospital Selayang kerana uncle dalam keadaan tenat.... Apalagi aku pun melompat bangun dari katil kejutkan idi dan siapkan anak-anak untuk terus ke hospital...

Pagi tu uncle masih ok lagi cuma tekanan darah dan gula dalam darah menurun..


Waktu ni doktor pakar menasihati supaya semua keluarga berkumpul... di atas adalah sepupu saya yang datang dari kerteh, anak yang ke 4 dan anak bongsu, Farid atau lebih dikenali di kalangan sepupu dengan panggilan Kent.. Dia yang pertama sampai yang lainnya akan bertolak dari Sandakan dan di jangka sampai jam 1.00 pagi.. Aida, intan, jali, c baby jali n adik uncle. Hermawaty akan bertolak dari Johor, Hernawaty dah berada di Hospital Selayang kerana menjaga uncle yang menggantikan tempat aida kerana aida terpaksa balik ke Sandakan atas urusan kerja.

Idi dan erin yang lena tidur di dalam hospital tu... Nasib baiklah anak-anak aku tidak meragam.



Petang ni doktor dah sibuk mengatur uncle, tak tahulah apa yang dibuat diorang.. hanya doktor-doktor sahaja yang tahu kan.. waktu doktor cocok sana cocok sini uncle tak diam2 tau... keluar suara dia kesakitan. Kalau sebelah tangan je tak pe ni kedua2 belah tangan di pergelangan tangan dan di area siku. Kesihan melihat uncle ketika ini, suara yang keluar kesakitan pun membuat juga hati kita sedih.. rasa2 nya mcm je nak sound doktor tu.



Segala bagai mesin dah keluar pada waktu nie... takut gak tengok dari mesin besar hingga lah yang kecil...


Jam 3.30 pagi aku menerima panggilan dari sepupu yang bernama Joe dan menyatakan uncle dah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya... Waktu terima berita ni aku terduduk seketika sebelum menangis. Memang tidak ku sangka uncle meninggalkan kami, terkenang seketika perangai uncle ku sorang ni yang cool n selamba je, uncle juga jenis yang tidak banyak bercakap.


Berita ni ku sampaikan kepada idi, iwan n erin. Erin yang masih budak kecil x tahu apa2 lagi pasal kematian yang dia tahu Tok Mat nya masih sakit lagi.. Iwan sememangnya dah faham iwan pun mcm terkejut dan diam seketika.. Tapi sejak awal lagi uncle sakit iwan dah cakap lepas sembahyang je doa nya hanya untuk Tok Mat x ada untuk orang lain.. Tapi apabila iwan tahu Tok Mat dah meninggal ni adalah doanya " YA ALLAH YA TUHANKU JAUHKANLAH TOK MAT DARI SEKSAAN AZAB API NERAKA DAN JAUHKANLAH TOK MAT KU DARI HIMPITAN TANAH KUBUR, LUASKANLAH KUBURAN TOK MAT KU DAN MASUKKANLAH DIA KE DALAM SYURGA". menangis aku mendengar iwan memberitahu sedemikian...


Anda boleh melihat artikel yang aku tulis untuk uncle :

1. Bulan Julai - Penderma darah di perlukan segera

2. Bulan September -

a) uncle ku berasnusr pulih syurkur alhamdulillah

b) Lawatan ke Hospital Selayang untuk uncle

c) Ucapan takziah buat keluarga Ahmad Pairan dan keluarga



Sempat gak semua anak-anak cucu arwah datang untuk melihat kali terakhir dan arwah pun sempat gak melihat mereka. Arwah? perkataan ni macam tidak boleh keluar dari mulut ku..


Uncle akan di bawa balik ke kampung di Sandakan, Sabah pada pagi ini juga jam 9.00 pagi. Aku tidak dapat balik ke Sandakan kerana akan balik pada 17hb ni. Apa pun aku tidak menyesal sebab dah melawat uncle di saat2 akhir. Patut lah macam berat hati je meninggalkan hospital pada hari tu..


Kepada semua pembaca uncle ku Ahmad Bin Pairan telah kembali ke Rahmatullah pada pagi ini 8 September 2009. Arwah pergi ketika umat Islam menunaikan puasa yang ke 15. Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.



Sep 13, 2009

Jom masak part 2 kali ni Puding Kek Kastard dan Pengat Ubi..

Waaah.... masak lagi. Sememangnya aku ni rajin masak (puji diri sendiri lagi...) itu pun kalau cukup bahan-bahan dan peralatan memasak.. Kali ni kita cuba pula Puding kek Kastard (ni nama kek ciptaan sendiri) resepi ni saya cilok dari eedany dan pengat ubi ( bubur ubi ).


Antara bahan-bahanya ialah kek swiss roll tu, di potong2 sederhana dan aturkan lah di loyang atau bekas yang cantik sikit... saya ni x delah bekas yang cantik2 yeeee loyang mcm ni adalah.

Kemudian letaklah jem perisa kesukaan sendiri saya ni letak jem blueberry yang ada dalam peti ais...

Pas tu susu cair satu tin bersama dengan 3 sudu gula pasir dan setengah tin air di didihkan di dalam periuk sesudah mendidih sedikit masukkan 3 sudu besar kastard yang dicairkan bersama air ke dalam periuk. Kacau hingga pekat.. dah tu curahkanlah ke atas kek yang telah di taburkan bersama dengan buah campur tadi.

Haaa... beginilah rupanya yang dah di campur kalau ada lebih buah tadi boleh di taburkan di atas kastard tu lagi..


Biarkan sejuk..

Beginilah hasil yang dah sejuk dan bolehlah di makan... makan masa sejuk2 ye memang sedap..



Ni pengat ubi. Bahan2nya ubi yang telah di potong dadu, santan, gula, garam sikit, sagu dan sedikit air.. masukkan semua bahan2 tersebut dan masak dengan api yang perlahan dan mendidih dan ubi dah lembut bolehlah di hidangkan....
Selamat mencuba...