Sep 14, 2009

Kembalinya uncle ku ke Rahmatullah...... 8 September 2009. Al Fatihah........

Pagi 8hb September 2009. Setelah selesai bersahur biasalah aku jumpa bantal balik, lagi-lagi tidur dekat hotel amatlah nyaman sekali. Jam 8.00 pagi aku terima panggilan dari mum di Sandakan dan menyuruh kami ke Hospital Selayang kerana uncle dalam keadaan tenat.... Apalagi aku pun melompat bangun dari katil kejutkan idi dan siapkan anak-anak untuk terus ke hospital...

Pagi tu uncle masih ok lagi cuma tekanan darah dan gula dalam darah menurun..


Waktu ni doktor pakar menasihati supaya semua keluarga berkumpul... di atas adalah sepupu saya yang datang dari kerteh, anak yang ke 4 dan anak bongsu, Farid atau lebih dikenali di kalangan sepupu dengan panggilan Kent.. Dia yang pertama sampai yang lainnya akan bertolak dari Sandakan dan di jangka sampai jam 1.00 pagi.. Aida, intan, jali, c baby jali n adik uncle. Hermawaty akan bertolak dari Johor, Hernawaty dah berada di Hospital Selayang kerana menjaga uncle yang menggantikan tempat aida kerana aida terpaksa balik ke Sandakan atas urusan kerja.

Idi dan erin yang lena tidur di dalam hospital tu... Nasib baiklah anak-anak aku tidak meragam.



Petang ni doktor dah sibuk mengatur uncle, tak tahulah apa yang dibuat diorang.. hanya doktor-doktor sahaja yang tahu kan.. waktu doktor cocok sana cocok sini uncle tak diam2 tau... keluar suara dia kesakitan. Kalau sebelah tangan je tak pe ni kedua2 belah tangan di pergelangan tangan dan di area siku. Kesihan melihat uncle ketika ini, suara yang keluar kesakitan pun membuat juga hati kita sedih.. rasa2 nya mcm je nak sound doktor tu.



Segala bagai mesin dah keluar pada waktu nie... takut gak tengok dari mesin besar hingga lah yang kecil...


Jam 3.30 pagi aku menerima panggilan dari sepupu yang bernama Joe dan menyatakan uncle dah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya... Waktu terima berita ni aku terduduk seketika sebelum menangis. Memang tidak ku sangka uncle meninggalkan kami, terkenang seketika perangai uncle ku sorang ni yang cool n selamba je, uncle juga jenis yang tidak banyak bercakap.


Berita ni ku sampaikan kepada idi, iwan n erin. Erin yang masih budak kecil x tahu apa2 lagi pasal kematian yang dia tahu Tok Mat nya masih sakit lagi.. Iwan sememangnya dah faham iwan pun mcm terkejut dan diam seketika.. Tapi sejak awal lagi uncle sakit iwan dah cakap lepas sembahyang je doa nya hanya untuk Tok Mat x ada untuk orang lain.. Tapi apabila iwan tahu Tok Mat dah meninggal ni adalah doanya " YA ALLAH YA TUHANKU JAUHKANLAH TOK MAT DARI SEKSAAN AZAB API NERAKA DAN JAUHKANLAH TOK MAT KU DARI HIMPITAN TANAH KUBUR, LUASKANLAH KUBURAN TOK MAT KU DAN MASUKKANLAH DIA KE DALAM SYURGA". menangis aku mendengar iwan memberitahu sedemikian...


Anda boleh melihat artikel yang aku tulis untuk uncle :

1. Bulan Julai - Penderma darah di perlukan segera

2. Bulan September -

a) uncle ku berasnusr pulih syurkur alhamdulillah

b) Lawatan ke Hospital Selayang untuk uncle

c) Ucapan takziah buat keluarga Ahmad Pairan dan keluarga



Sempat gak semua anak-anak cucu arwah datang untuk melihat kali terakhir dan arwah pun sempat gak melihat mereka. Arwah? perkataan ni macam tidak boleh keluar dari mulut ku..


Uncle akan di bawa balik ke kampung di Sandakan, Sabah pada pagi ini juga jam 9.00 pagi. Aku tidak dapat balik ke Sandakan kerana akan balik pada 17hb ni. Apa pun aku tidak menyesal sebab dah melawat uncle di saat2 akhir. Patut lah macam berat hati je meninggalkan hospital pada hari tu..


Kepada semua pembaca uncle ku Ahmad Bin Pairan telah kembali ke Rahmatullah pada pagi ini 8 September 2009. Arwah pergi ketika umat Islam menunaikan puasa yang ke 15. Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.



2 comments:

  1. Salam takziah dari saya. Moga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih nora...
    sampai sekarang pun terasa sedih juga tapi tuhan lebih sayangkan uncle kan....

    ReplyDelete