Feb 18, 2011

Selamat Pengantin Baru. Tuan Nor Aida Binti Tuan Ngan dengan pasangannya Mohd Fakri Bin Abdul Jalil

Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai yang telah berlangsung pada 5 Februari 2011 yang lalu. Masih tidak terlewat lagi kan untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin ni.



Buat my member Nor.. selamat menjalankan tugas baru sebagai isteri. Moga berbahagia dan gembira selalu hingga ke anak cucu.




Minta maaf kerana kak tak dapat datang ye.. maklumlah waktu ni sambutan Tahun Baru Cina kebetulan keluarga datang dari Sabah. Apa-apa pun moga berbahagia ye nor.. Muakkkss.


Cantik2 kan gambar pengantin sekarang.. rasa2nya nak ambil gambar kawin sekali lagi.. aci tak?

Feb 13, 2011

Ayam Penyek or Ayam Penyet...

Mula-mula dengar ayam penyek tu dalam fikiran mesti ayam ni diorang ketuk kan... rupa-rupanya tak jua.. tapi memang sedap.

First jumpa ayam penyek ni dekat Kuching, Sarawak. Fuhhhhhh memeng sedap betul. Kali ni jumpa kat Wangsa Walk Kuala Lumpur.. adik ipar baru yang bawa Kay Pitt..

Ni dia Ayam Penyet..

Ni Ayam Penyet Masak Rendang.. kalau tak silap.. ni pun sedap juga

Yang ni gado-gado.. tapi first time pula jumpa gado-gado yang letak buah tomato... Apa pun cara hidangnya adalah berbeza dan semua ni memang sedapppp...


Thanks to my sister Lyne n hubbynya Kay Pitt yang membawa kami makan di sini walaupun jauh sikit akibat kesesatan jalan.. heheheehe



Feb 11, 2011

Giant Lollipop....

Lollipop besaaarrrrr punyaaaaa.....

Lollipop ni bawakan khas untuk iwan n erin oleh aunty neng yang datang dari Labuan. Semua orang tahu kan Labuan adalah salah satu tempat yang banyak menjual coklet murah2.. taulah tempat bebas cukai..

Erin punyalah suka dapat lollipop giant nie...




Apabila balutan di buka beginilah keadaan di dalamnya.... banyak weiiii. Dibuat dalam bentuk bunga. Selain ini aunty neng bawa coklet daim n cadbury emmmm... sedap.

Thanks to aunty neng.. lain kali kalau datang sini bawa lagi ye..

Feb 10, 2011

Ohhhh...Blackberry Akhirnya Kau Milik ku.

Emmmm............. Akhirnya apa yang di hajat tercapai. Hadiah daripada my beloved idi, bukan tuk hadiah harijadi, anniversary atau apa pun.


Dipendekkan cerita.. di satu hari minggu yang sangat2 indah.. my beloved idi membawa keluar jalan2 tanpa anak-anak ku. "Jom sayang kita kuar... sebenarnya abang ni nak belikan sayang hp baru.." huhuhuhuhu berbunga-bunga di hati mendengar kata-kata yang keluar.. Dalam fikirkan kalau di tolak sayang, orang nak bagi aku terima jak.. rezeki namanya.

Tapiiiii....... untuk pengetahuan saya dapat bb ni bukan baru hari ni ye tapi dah 2 bulan lalu, taulah orang rajin meng up date blog..


For my beloved idi.....thanks so much.. I Luv u so much.