May 27, 2010

Happy Birthday Illyana Sabrina @ Erin.

Hari ni 27.05.2010 genap dah anak perempuan ku Illyana Sabrina atau yang kami panggil selalu erin 6 tahun. Oleh kerana tahun ni dia di tahun akhir PRA sekolah maka sambutan hari jadinya kami sambut di sekolah bersama rakan-rakannya. Buat yang sederhana sahaja tapi hatinya gembira.



Erin memberi goodies buat kawan-kawan di kelasnya. Semalam aku n iwan membungkus. Nak dijadikan cerita waktu ni kek belum lagi di beli semua kedai waktu tu tak buka lagi, fikiran terakhir hanya di Secret.R. Kedai ni pun belum buka lagi hanya separuh je grill dia yang naik tapi oleh kerana kesihannya aku ngan erin dan perjanjian telah di buat maka aku ketuk jak cermin kedai ni.... huhuhuhu buat muka tebal jak nak beli kek.. Nasib baik lah pekerjanya semua ok dan melayan aku tapi pagi lagi jadi x banyak lah pilihan...
Untuk erin ibu doakan moga erin menjadi anak yang bijak bila besar nanti. Amin.


Hanya gambar ni sahaja yang sempat di download yang lain dalam kamera tak boleh nak proses pula tak tahu apa pula halnya kamera satu nie....

Happy birthday to u,

Happy birthday to u,

Happy birthday to erin,

Happy birthday to u....







May 22, 2010

BASKIN ROBBINS - BR AISKRIM.

Aiskrim yang paling di gilai oleh anak-anak ku termasuk mak bapaknya jugalah... Asal jak melangkah ke EC Mall kedai aiskrim ni lah yang pertama di tuju...... Harganya yang berbaloi-baloi sesuai dengan rasa yang kita nikmati.....



Ni Baskin Robbins di Times Square KL ...... sempat lagi. Dah saya katakan di mana-mana jak.

Ni di Kuantan.... Baskin Ronnins aiskirm ni juga mengeratkan kasih sayang antara dua beradik ni....hehehehehe..... nikamtilah aiskrim ni ngan emmmmm.... sukar nak dikatakan.

May 16, 2010

FISH SPA THERAPY

Sebelum balik dari bercuti hari tu sempat lagi jalan-jalan di Times Square. Sambil jalan-jalan tu terjumpa pula kedai ni ... Fish SPA Therapy. Apalagi tak lepaskan peluang idi teruslah mencuba ngan iwan. Aku....? hehehehe sebenarnya nak juga tapi takut... hahahahahah ngan ikan kecil pun takut.....

Harga ok jugalah setengah jam RM 20.00 buat yang dewasa bagi iwan pula hanya RM 15.00 sahaja...


Punyalah teruja iwan ni. Mula-mula takut gak dia asyik dia nak tarik kaki jak dari situ tapi lama-lama suka pula... Idi cakap geli-geli.. Dalam setengah jam diorang buat fish SPA ni aku ngan erin jalan-jalan lah... boring yuuu tunggu diorang.

Sebelum rendam kaki kat situ kena cuci dulu ye... nanti mati ikan-ikan dalam tu. Tapi mungkin ikan-ikan ni lapar kot, mungkin kalau dah kenyang tak kan dia nak patuk-patuk kaki tu kan hehehehehe....


May 15, 2010

KENZO.

Kenzo seharum namanya.............. Lama sudah aku mengidamkan minyak wangi ni. Kebetulan pergi bercuti di KL dan jalan-jalan dekat Sogo terjumpalah pula minyak wangi ni sale...


Untuk aku dan dia lagi....2 set jual dengan harga yang berpatutan. Aku yang memangnya gila ngan minyak wangi ni teruslah membeli.


Satu untuk idi L'eau Par Kenzo dan aku Flower by Kenzo. Bagi aku memang wangilah....huhuhu.

Model minyak wangi ku... erin

Ni dia kenzo.... promoter tu bagi free body lotion