Mar 28, 2010

Happy Birthday Muhd Iqhwan Bin Idi - 11 Years..

Hari ni 28 Mac 2010 adalah Birthday anak sulung ku Muhd Iqhwan Bin Idi yang ke 11 Tahun. Ya aku dah ada sorang anak lelaki yang kian membesar. Iwan sebenarnya amat manja ngan aku... hehehehe biasalah kan tapi dah besar skg ni pun masih lagi nak peluk-peluk ngan mum n dad dia.... huhuhu. Memang ada perancangan nak sambut birthday dia tetapi idi pergi Temerloh ada perlawanan takraw jadi akan di tunda ke suatu tarikh yang tidak pasti.
Apa pun Ibu dan Abah nak ucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun yang ke 11 tahun. Moga Iwan menjadi anak yang baik, soleh, taat kepada ibu bapa dan moga berjaya di masa hadapan. Banyak lagi aku nak ucapkan pada iwan ni tapi tak terkata.... sebagai seorang ibu mesti nak yang terbaik untuk anak kita kan begitu juga dengan aku.....




Gambar di bawah semasa bercuti di Pulau Tioman baru-baru ini (belum up upload lagi kan hehehe)




Luv u Iwan.....dari Abah, ibu n Erin......muahhh...muah...muah...


Mar 24, 2010

Pondok Laguna - Masakan Indonesia

Jom makan...... Kali ni hazel nak bawa dan perkenalkan tempat baru tapi kalau ada sesiapa yang dah biasa dan masuk tempat ni x pelah... Ni dia Pondok Laguna masakan Indonesia, lokasi di bandar baru Kuantan area EC Mall betul-betul depan jalan. Macam Jalan-jalan cari makan lah pula kan...... Satu lagi jangan di tanya bila aku pergi... hahahaha biasalah kan aku yang lambat up date ni.
Gambar empunya blog mesti masuk, erin tak mau ketinggalan.
Ini dia pandangan dari hadapan restoran ini..



Ni yang sebelah dalam.


Ni yang sebelah luar.....

Minuman untuk 4 beranak.


Nasi yang dihidangkan di dalam bekas ni ... memang unik..

Ayam penyek...



Sayur Kailan ikan masin..


Isi ikan merah masak stim. Dah nak habis baru ingat nak ambil gambar.

Tadaaaaa...... inilah hasilnya. Tak membazirkan. hehehehe. Harga jangan tanyalah boleh tahan juga... 4 orang makan je dah penuh meja ni sebabnya pinggan di sini terlalu besar.






Mar 14, 2010

Baby Pooh & Baby Bear.

Selamat datang ke rumah kami. Erin kali ni membawa masuk dua ekor binatang lagi ke rumah. Iaitu Bear n Pooh. Tapi binatang yang di sebutkan disini bukan lah yang sebenar tetapi adalah patung. Ya patung yang amat di gilai oleh anak perempuan aku.... Illyana Sabrina atau Erin. Aduhhhhh.... erin berapa banyak patung lagi yang erin nak kumpulkan ni? Kalau dikira betul ada 20 ekor patung yang berbagai spesis yang dipeliharanya kini. Selain patung ini akan tidur bersama-sama erin patung ini juga akan di bawa erin ke sana kemari. Apa boleh buat dah minat anak aku patung beginikan. Apa pun untuk pengetahun semua erin akan menjaga semua patung-patungnya ini... Siap dia buatkan katil sendiri tau.. hehehehe
Semoga erin gembira selalu. Tapi sampai umur berapa erin akan tinggalkan patung-patungnya ini?

Santai di Coffee Street.

Dah jadi kebiasaan kalau dah hari Sabtu dan Ahad mata ni x boleh nak tidur awal. Mungkin dah di set awal-awalkan. Dah x boleh tidur rancangan tuk jalan-jalan cari makan pun bermula. Kali ni kita pergi ke Coffee Street tuk makan ringan-ringan je sambil layan bola. (mcm je di rumah x de tv and astro nak tengok bola kan..)


Iwan dan erin yang masih segar lagi....... Nasib baiklah esok hari Sabtu kalau esok hari sekolah minta maaf je lah ibu nak keluar yeeee......


Idi yang membotakkan kepalanya.... hehehehe


Makan yang ringan-ringan jeee....


Haaaa.... yang ni tak lain dan tak bukan makanan iwan lah..

Mar 11, 2010

Tahniah Buat Puan Norjihan....

Tahniah kepada Puan Norjihan kerana telah mendapat baby boy.... anak pertama pun baby boy gak, tak pelah lain kali boleh cuba lagi ye.. hehehehe. Baby ni telah dilahirkan 2 minggu yang lalu. Tengok dah dua minggu baru aku nak publish.. bz..bz..bz... tulah yang sebenarnya. Tak ada apa yang nak diperkatakan cuma terasa geram pula tengok baby kecil nie....

Tu dia yang berbaju merah Puan Norjihan... yang sedang asyik memerhati baby kecilnya yang diusung dari tangan ke tangan....

Haaaaa....... tulah puan norjihan asyik tengokkkkk je baby dia. C nsazwa ngan cc ni berebut nak dukung baby nie... hahahaha...


Sempat lagi dia pose... dah namanya gila glamer, gila gambar semua dia gila sekarang ni hahahaha ( sorry ye nsazwa ). Aku ada gak pegang baby ni kejap tapi time dukung baby ni terdetik dalam hati ku... kalau baby ku dulu x berada di luar kandungan mungkin sekarang ni aku tengah membesarkan dia dalam janin ku... tapi dah tak ada rezeki apa boleh buat. Insyallah kalau ada rezeki aku kan beriringan perut ngan nsazwa dan ja yang baru bersanding. hahahaha...



Mar 7, 2010

Erin yang penat.....

Kesian Erin.. beginilah rutin budak sekolah pada zaman ini. Seingat aku dulu tidaklah kepenatan macam beginikan. Tidak terlepas juga anak-anak ku. Pagi-pagi seawal jam 6 pagi aku dah kejutkan erin dan iwan untuk mandi persiapan pergi ke sekolah. Jam 7 pagi dah aku hantar diorang pergi sekolah tapi kalau abahnya yang hantar jam 7.30 jalan. Erin balik sekolah jam 1.00 tenghari, ambil dari sekolah terus bawa makan kadang-kadang makan dekat rumah lepas makan siap-siap hendak ke kelas KAFA. Kalau x berkesempatan tidur dekat rumah erin akan tdo dekat kereta...








Kesian juga tengok anak-anak begini, kepenatan tapi inilah rutin harian mereka.. Waktu aku hantar erin ni, memang dah sampai depan sekolah agamanya tapi aku tunggu hingga 15 minit baru kejutkan erin. Yang baiknya erin ni time kita kejutkan dia tak nangis saat nilah banyak nak pujuk. Dah bangun baru dia pakai tudung... hehehehe. Nanti jam 5 balik dari kerja baru ambil balik erin dan iwan. Beginilah rutin harian erin. Ibu doakan moga suatu hari nanti erin menjadi anak yang baik dan berjaya. Insyallah..