Apr 25, 2009

Lawatan Muhibbah dari Sabah 2.....

Ini adalah lawatan muhibbah dari Sabah yang ke 2.
Haaaaaaaa ini adalah kakak ku yang ke dua namanya K...nama sebenarnya Khamisah.
Diorang ni datang seminggu selepas kakak ku yang pertama. Tapi diorang ni x lah singgah ke Kuantan dengan alasan diorang x de masa.... Kebetulan hubby dia ada meeting dekat Genting jadi diorang ni 2 beranak pun ikut sama sambil bercuti di Kota Keriangan tu.
Di pendekkan cerita aku pun mengejarlah diorang ni ke Genting.. Pada Sabtu lalu tu suami aku ni pun sebenarnya berkusus di Melaka jadi kami 3 beranak tunggulah suami aku tu dari melaka. Sampai jak dia di Kuantan jam 5.00 petang tu terus kami berangkat ke Genting..... Kesian gak laki aku tu kepenatan....

Ni dia c K.....


Dia ni ada seorang anak je....
Ni dia Chempaka Emalyn.


Diorang ni pun kalau dah berjumpa jadi gila.... hehehe



Nilah hubby dia Mr Natsir... Yang sebelah kiri tu ye...
Yang slim sikit tu hubby aku.. hahaha

Budak2 ni pun x mau ketinggalan gak.
Malam tu sampai di genting jam 9.30 malam. Sampai jak kita terus keluar makan di pizza (pizza lagi). Pas tu tunggu pula Mr Natsir ni habis meeting barulah pi main bowling. Kira2 jam 1 pagi lah bagi baru kami masuk kebilik tidur.


Ni pagi2 lagi kami dah pergi breakfast ngan budak2.
Idi masih lagi tdo dalam bilik tu kepenatan

Lepas dari sarapan kita masuk bilik lagi coz nak cari toilet... hehehe
pas tu sambung lagi jalan waktu ni idi masih tdo lagi..
terus lah kita celup tangan kat sini nak buat kenangan...

Haaaa........ Dah bangun pun dia.
Idi pun saya bawa juga celup tangan hehehe
Budak2 tu jak tak nak buat takut...
Jangan hairan tau... Kakak saya ni jak yang sorang kecil dalam 7 orang adik beradik.
Nampak saya yang besarkan.... huhuhu. Mesti orang cakap saya kakak.
Dari makan tengahari tadi round2 kejap.
Pas tu kita orang nak masuk Snow World tulah lepak dekat sini
Budak2 ni x sabar nak masuk.
Dah masuk dekat sini rupanya x boleh nak bawa kamera, hp & Handy cam
Jadi kita ni pun ikutlah peraturan kan... tulah x banyak gambar dalam nie..
Tapi ada setengah orang yang masuk dalam ni bawa hp & kamera siap tangkap2 gambar lagi.
Memang sejuk gila dalam ni waktu kita masuk ni suhunya -3 darjah celcius..
Iwan, erin n chemp memang dah bergegar dalam ni.. tapi erin x nak keluar pula.

Lepas dah puas main dalam Snow world tu kita pun bertolak balik ke KL untuk menghantar kakak sebab keesokkan harinya diorang ni nak pergi sunway tapi saya x dapat nak ikut sebab idi banyak keje n budak2 pun sekolah, saya tu dah standby cuti 2 hari.. hahaha...

Dah sampai hotel KL kita cek in dulu n minum petang. Idi pula lepas tu lepaskan penat, melelapkan mata dulu dekat bilik hotel kakak... Sementara dia tido dulu saya n kakak pergi shopping dekat bawah.. kira2 jam 8.00 malam baru kami bertolak balik ke kuantan....

Lepas ni mungkin ada lawatan Muhibbah dari Sabah yg ke 3 pula,

Siapa? kita tunggu jek yek......

Lawatan Muhibbah Dari Sabah 1..

Haaaaaa untuk pengetahun ini kakak ku yang pertama..
nama dia jurean..... diorang ni datang ke KL pada 10 April tu n bertandang ke kuantan pada
12-14 April. C Jurean ni ada 3 orang anak 2 orang perempuan Nur Fatin, Nur Fatihah n seorang anak lelaki Naim Firdhaus....



Ini dia Naim Firdhaus sedang tidur....
Penat agaknye...
Yang baju hitam di tepi tu bukan di tengah ye....
Ini dia Nur Fatin... Nur Fatihah (yaya) x de gambar
Makan di East Cost Mall..
hari tu ada saya blog mengenai yaya yang jatuh di sekolah tu...
tu lah c yaya kalau ada gambanya yang baru nanti saya blogkan ye..
Ni kalau dah berjumpa semua budak2 ni buat perangai
gila kita dibuatnya..... (Baju pink sebelah kanan tu yaya)
Kakak ni datang dari sabah bawakan lin ambuyat tau tak ni makanan orang KK, diperbuat daripada sagu n dicecah ngan kuah rebus atau asam pedas.. siapa yang pandai makan sedap ohhhhh......... pas tu kakak bawa kuih cincin n kuih kering (tak tau apa namanye tu)...
kita bawalah diorang pergi teluk cempedak jalan-jalan...
Pas ni ada pula lawatan muhibbah yang ke 2 dari Sabah juga....... bestkan...

2 minggu lalu

2 minggu lalu yang menggembirakan iwan n erin
Lama dah x pi Pizza Hut.
Jadi minggu tu sebelum abah diorang nak p OS maka di bawanyalah budak2 ni termasuklah ibunya hehehe... Licin pinggan iwan makan tu...


Sukan sekolah Iwan & Erin

Ni sukan sekolah iwan & Erin....
Dalam beberapa minggu lalu lah... hehehe
Erin ikut sukaneka
Iwan ikut gak perbarisan & lari berganti2 4x100 meter dapat no 3..
Tapi iwan x dapat ambil gambar...battery kong.. Sorry ye iwan..



Ni tengah bersiap2 nak mulakan acara....

Ni acara pertama 50 meter...
dapat no 5.. hehehe


Ni acara ke 2. Bawa bola ping pong dalam sudu
Dapat no 3.


Rehat jap tuk acara ke 3....


Acara ke 3. Bawa bola letak depan tu ada bakul kecil...
Berlari tu ada gaya lagi...
Ni kumpulan erin dapat no 2.
Ni acara penyampaian hadiah...
Sebenarnya budak2 x kira no 1 2 atau 3
semua dapat hadiah..... taulah budak2 kan
semuanya senang hati.....

Lepas semua acara, budak2 ni semua kepenatan
Apa lagi Jom Minum...

Apr 5, 2009

Merentas desa..

Ni gambar iwan semalam 3 April 2009. Iwan ikut merentas desa sempena sukan sekolah SK Indera Mahkota Utama Kuantan Pahang.....

Iwan dapat no 7 kalau x silap.. x dapat hadiah pun hehehe
sebabnya dari no 1 - 5 sahaja yang di berikan....
Bolehlah ada semangat kesukanan...


Berpeluh2 iwan berlari....

Apr 4, 2009

Erin begunting rambut lagi....?

Dulu saya ada paparkan erin begunting rambut kan.... Ni kali saya gunting lagi rambut erin ni.
Disebabkan rambut tu dah panjang jadi x cantik...

Kali ni aku bawa erin ke saloon yang biasa aku buat rambut...
Sebab saloon hari tu aku x suka langsung...
Haa tulah tukang gunting erin selalu.. lembut jak dia buat.
Sebenarnya iwan pun gunting juga tapi lupa pula nak ambil gambar..
Suka erin tu kalau orang buat rambut dia...

Alahai erin mengalahkan ibu engko yek....
baca majalah lagi.....
Ni x ketinggalan. Ni kami punya pak guard...
hehehehe.....


Iwan n teater........

Dulu iwan n bola kali ni iwan n teater...

X tau pula saya iwan ni nak juga berteater, aku fikir malu lah dia di atas pentas ni di depan orang ramai lagi tu... rupa-rupanya berlainan pula... Syabas iwan..

Saya sebagai mak bagi jelah sokongan buat iwan. Iwan ni sebenarnya di ajak oleh seorang pensyarah di depan rumah tu untuk menjadi pelakon tambahan je bersama2 ngan 2 orang anak pensyarah tu. Waktu latihan pensyarah tulah yang ambil iwan di rumah.

Disinilah iwan berteater pada malam tu
Erin turut hadir tuk menyaksikan iwan n sekaligus
memberi sokongan buat abangnya.. hehehe
bagus erin
Alahai susahnya hati aku rambut iwan ni disembur pewarna
maklumlah esok kan sekolah tapi ni hanya sementara saja
kalau di cuci n syampoo hilang dah...

Ni waktu raptai penuh

Gambar ni di ambil sewaktu persembahan iwan dah tamat.
Gambar2 yang lain ada juga tapi kabur jadi x jelas.
Teater diorang ni masuk surat khabar apa yek.....
tak ingat pula tapi yang penting bukan
Surat Khabar Sabah Times tu di Sabah.
hehehehe.....
Dengar2 pensyarah tu nak ambil lagi iwan sebab
ada drama teater lagi yang dia akan buat. Iwan ni
dah suka sangat...... alahai iwan. Sabar jak Ibu ni..







Happy Birthday En Khairul.....

Selamat hari jadi En Khairul yang ke 37 tahun

Moga panjang umur, murah rezeki dan

CEPAT BERTEMU JODOH.....................

Nilah Birthday boy nya, umur dah 37 tahun masih single lagi.
Yang dekat belakang tu dah kawin oiii anak satu dah.

Mas n En khairul

Haaaa........ ni imam pejabat kami. Hj Bahar dialah yang
membacakan doa.. Amin.

Kusyuk nye mas tu kan... tengok makanan tu...

Yang di belakang tu Master Puan Asmah.. heheheh
yang sorang tudung hijau ni Master Kewangan Pn Mehran

Nilah hidangan pada petang tu.. KFC
mudah je kan beli lepas tu letak di atas meja kak Liza.
Meja tulah persinggahan tempat orang letak makanan,
sebelah meja aku tu. Apa taknya lemak pun naik berkilo2...