Oct 27, 2009

G6PD

Jom kita baca sesiapa yang tidak tahu mengenai G6PD nie.... artikel ini saya petik dari Laman Utama Minda Jafree-Laman peribadi berinformasi.

G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit.

Ia adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah.

Setiap bayi yang baru dilahirkan, contoh darah meraka akan diambil untuk dianalisis seperti jenis darah, kekurangan G6PD tahap bilirumin dan sebagainya. Selalunya bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran lagi. Jika tahap bilirumin terlau tinggi sehingga tidak dapat diterima oleh bayi, permindahan darah mesti dilakukan. Biasanya darah akan diambil dari bapa bayi tersebut.

Antara ubat-ubatan yang boleh menghasilkan homolisis..... sila rujuk di Laman Utama Minda Jayfree. Diantara yang tertulis di kad ni ialah :

Vitamin K, Naphthalene (moth Balls), Probenecid, Methylene Blue, Acetyl Phenylhydrazine, Quinidine, P-Aminosalicylic acid, chloramphenicol, Methyldopa, Mefenamic acid (ponstan), Fava Beans, Primaquine, Pamaquin, Mepacrine, Quinine, Acetyl salicylic acid dan Phendacetin.


Penting
Ibubapa kepada bayi atau sesiapa sahaja yang mengalami kekurangan G6PD handaklah memberitahu doktor setiap kali menerima rawatan bagi mengelakkan penggunaan ubatan yang mengandungi agen-agen seperti di atas.

Cuba juga elakan diri daripada memasuki kawasan yang diketahui mempunyai unsur-unsur ubat gegat seperti di tandas awam. Pengidap mungkin akan mengalami sesak nafas jika cukup lama menghidu ubat gegat tersebut. Biasanya apabila meningkat dewasa, seseorang yang mengalami kekurangan enzim G6PD kan dibekalkan dengan "rantai perubatan" yang menandakan pemakainya adalah kekurangan G6PD.

Ini boleh membantu jika berlakunya kecemasan di mana pemakainya tidak dapat memberitahu sendiri doktor yang merawatnya.


*************************************************************************************

Sewaktu berada di Sandakan aku sendiri telah membawa iwan untuk membuat pemeriksaan G6PD kerana iwan dari lahir lagi telah disahkan menghidap G6PD tetapi tidak serius.. Doktor menyatakan bahawa penyakit nie tidak boleh hilang sampailah ke tua tetapi ada aku dengar kata-kata orang bahawa penyakit nie boleh gak hilang tulah aku bawa iwan buat pemeriksaan..


Iwan sekarang memegang kad berwarna merah iaitu kad G6PD yang dikeluarkan oleh pihak hospital ketika pemeriksaan selama beberapa minggu selepas iwan dilahirkan dan disahkan menghidap G6PD. Memang setiap kali iwan sakit aku tidak memberikan ubat yang sembarangan dan akan membawa dia ke klinik, kalau pun aku ke farmasi membeli ubat aku akan tunjukkan kad merah tuh.. Makan pun kena jaga juga.

Sewaktu berada diluar klinik lagi iwan dah takut.

Sampai 3 orang pembantu klinik nie pegang iwan.... penakut betulllll... termasuk aku sendiri 4 orang lah.

Haaaa... tu dia dah mulai nangis... hehehehe. Nurse tu arahkan iwan supaya tak tengok jarum tuh... punyalah keras badan budak nie..


Waktu di ambil darah nie iwan punyalah kuat berteriak... ya rabbi iwan... pas tu ketawa lah pulak katanya geli waktu darah tu disedut ke jarum tuh...

Dan setelah seminggu keputusan yang aku terima ialah...................

Iwan masih lagi menghidap G6PD tersebut.. Keputusan doktor telah diambil oleh kakak ku Kay kerana waktu tu kami dah balik ke Kuantan.. Insyaallah kalau iwan berumur 15 tahun aku akan bawa lagi iwan buat pemeriksaan.

Apa pun aku doakan agar Iwan sihat selalu, aktif dan ceria seperti budak-budak lain. Amin.


Oct 24, 2009

TENAGA NASIONAL BERHAD

Ada 2 ke 3 malam lampu dekat rumah nie bekelip-kelip macam x cukup je nak supply elektrik, x boleh nak pasang benda sikit soket dah tersentak naik.. Mesti ada something wrong dekat sini. Pagi-pagi ni anak-anak aku nampak api terpercik keluar dari soket dekat luar nie...
Tindakan mesti di ambil takut nanti terjadi lah pulak litar pintas ke atau apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku... Matilah hangus kang rumah sewa aku nie... Telefon ke 15454 dan mengadulah ke operator nie... tak sampai 10 minit unit dari TNB Kuantan dah telefon balik ke HP ku tanya alamat, dalam setengah jam 2 orang pekerja TNB datang dan terus tukar benda-benda alaf dekat luar tuh....



Ni 2 orang staff yang datang membaiki fius dekat luar.


Ni yang dah di tukar

Haaa... benda nilah yang di tukar, hancur habis dah sebelah dalam tuh terbakar.

Nampak tuh... nasib baiklah aku bertindak cepat telefon TNB, tu pun banyak fikiran aku nak telefon siapa last-last telefon mummy dekat sandakan mengadu, pas tu my mum cakap telefon lah dekat TNB sana... ehhhhhh baru lak terfikir kan.


Kepada TNB dan pekerja TNB Daerah Kuantan terima kasih kerana tindakan cepat yang diambil. Tak sampai 3 jam aku mengadu dah siap segala-galanya. Syabas TNB.

Oct 23, 2009

Tarian Rampai Tradisional - Erin

Pernah hari tu aku publish kan kalau x silap sebelum puasa mengenai erin berlatih menari. Pertandingan menari hari tu erin x dapat ikut coz waktu tu kami berada di Sabah jadi erin je yang tak de waktu pertandingan tu. Alhamdulillah kumpulan dari sekolah diorang nie dapatlah pulak tempat pertama dan di pertandingkan lagi di Kem Batu 10 Kuantan baru-baru ini, kali ni kumpulan tarian erin mewakili Daerah Kuantan... Jom kita tengok antara gambar-gambar erin yang sempat aku ambil.....
Aku yang terpaksa mengambil cuti tahunan ku kerana nak menemankan erin dan melihat aksi erin di atas pentas pada 20 Oktober 2009.
Dah namanya perempuan kan... Erin apa lagi x gerak langsung muka dia di pasang make-up.



Suka betul dia nie.....


Erin menunggu giliran hendak di pasangkan samping n dibuat rambut. Rambut dia ni aku yang ikat dari rumah.. Dah kata cikgu sanggul aku ikat je.... hehehehe



Sampai 2 orang mengerjakan erin nie... Tahulah anak dara aku sorang nie halus mulus betul.. Perempuan cina tu kata anak u semua kecil pipi, mulut, muka, bibir, mulut dia semua kecil.... Tali pinggang besi yang di pakaikan erin tu lilit 3 kali di pinggang dia.. hehehehe

Cikgu dia buka balik ikatan rambut erin yang aku buatkan dari rumah dan dibuat balik... hehehe

Erin menunggu giliran....

Sampai dah giliran erin... diam terus x gerak..


Haaaa.... ini lah erin yang dah siap sepenuhnya.....

Menunggu giliran tuk membuat persembahan. Sebelum tu erin cakap ngan saya.. "ibu ketar pula hati erin ni nak menari atas tuh". Hehehehe takut lah tuhh..


Ngan Anan.. Anan ikut pertandingan Syair.

Erin dan Adani.

Sorang ni lupa pula nama dia.

Giliran diorang dah mula... Hanya satu gambar je sempat aku ambil.

Dahaga engko erin lepas dari membuat persembahan...

Dah namanya budak kan, mana nak duduk diam.... mainlah sementara menunggu keputusan.

Dengan ini diumumkan juara pertandingan tarian rampai tradisional di menangi oleh Pra SKIM Utama Kuantan.... Dah 2 tahun berturut-turut sekolah ni menang.

Erin ngan piala kemenangan..


Bersama ngan cikgu dan jurutari... yang lelaki cina tulah jurutari tarian rampai tradisional nie... jangan tekezut yeee...

Kumpulan SKIM UTAMA

Akhir sekali gambar bersama ibu merangkap pengurus dan pengiring... hehehehe

Abah diakhir acara baru hadir coz abah keje. Tapi sempat gak dia melihat anak dara dia membuat persembahan sebabnya juara dikehendaki membuat persembahan sekali lagi.

Apa-apa pun tahniah buat Erin dan kawan-kawan serta guru-guru sekolah SKIM UTAMA. Mereka akan mewakili Peringkat Negeri pula tapi x tahu bila...




Oct 20, 2009

Ocean King Sandakan Sabah...

Tak habis lagi cerita nie.... waktu ni di Sandakan. Makan dekat Ocean King Seafood. Tempat makan ni memangnya terkenal.. Makanan laut di sini semua segar-segar kita tunjuk je mana satu yang tekak kita nak makan...

Neng, Chemp, yaya dan erin..

Aku ngan sis K..

Aneng



Sis K ngan hubby... Mr Natsir.



Antara makanannya ialah siput tarik... rupa bentuk dia ala-ala siput babi tapi ni bukan siput babi yee..... isi dia di gambar yang sebelah atas tuh... ni memang sedap.


Sup jagung ngan isi ketam.


Udang salut tepung.

Sayur manis masak belacan.... yummmy.


Ni nasi dia.. di sajikan dalam mangkuk dan minuman tu chinese tea.




Ni yang mulut ternganga ni ikan kerapu masak tauchu kalau x silap... sedap ikan ni coz masih hidup lagi waktu kita pilih....
Jadi sesiapa yang datang dekat Sandakan nie... singgah lah di Ocean King yeeee.. makanan dia sangat memuaskan hati dan perut anda....