Nov 21, 2009

Hadiah

Ahhhhh......... lega nya dalam hati kan dah terlepas aku dari 'hutang'. Yelah hutang hadiah birthday tuk suami aku.. Tak tahulah pasangan lain tapi aku ngan idi dari dulu lagi dah buat begini.. Kini dah 11 tahun kami kawin, sepanjang tahun tulah kami akan bertukar-tukar hadiah tuk hari kahwin, tuk hari jadi kami dan semua hal yang berkaitan kami sekeluarga termasuk anak-anak..... Hari biasa bukannya x boleh tukar-tukar hadiah tapi macam rasa x best kan.. nak juga ada yang melibatkan hari yang bahagia..

Tahun nie aku bagi pilihan tuk idi tuk memilih hadiahnya sendiri sebabnya aku x tahu nak bagi apa kat dia lagi.. Jadi c birthday boy ni pun pening gak nak memilih kan.. dari kasut dia cuba x juga berkenan. Jadi kami pusing lagi di shopping mall yang lain...



Ahirnya dapat gak dia yang berkenan di hati.. kali ni idi memilih baju.. Ambik jelah darling, sayang pun dah tak tahu nak bagi ngan abang.. Moga abang berpuas hati ngan pilihan abang sendiri ye...

Green Carpet Cake

Jom minggu nie kita main masak-masak pulak... Ni kali kita masak Green Carpet Cake yang di kukus, kek ni aku ambil resepi dia dari kak umi- Home Sweet Home memangnya blog kak umi nie penuh ngan masakan... sedap...



Ni yang dah di bancuh dan tinggal masukkan dalam kukusan jeee..

Taadaaa.... dah siap ni yang beru keluar dari kukusan.. Jangan pandang rupa dia macam nie yee.. Kalau rasa mesti nak lagi.



Walllaaaa..... nampak gebu je kan... memang gebu pun soft lagi penuh dengan kenikmatan dan rasanya.... hehehehehe. Kalau sesiapa yang nak mencuba resepi ni pegilah jenguk kat blog kak umi ye.. bye.bye Selamat mencuba.


Nov 17, 2009

Alasan Yang Kuat........

Ni bukan sabtu atau ahad yeee.... Bukan ape waktu ni kuantan terputus bekalan air termasuk kawasan taman perumahan ku.. Jadi ini adalah alasan yang kuat bahawa aku tidak boleh masak pada malam tu... hehehehe. Yang betul kan macam mana kita nak basuh semua benda-benda yang kita nak masak takkan lah nak main campak-campak jeee..

"Abang malam sayang x masak coz x de air, kita makan di luar je lah yeee" itulah kata-kata yang keluar dari mulut ku.. hehehehe suami ku tu ok jeee.. set. Tempat makan ni bukan di pilih oleh aku ye tapi dipilih sendiri oleh idi dan di sokong oleh anak-anaknya.. hehehehe

Sementara menunggu makanan yang sampai.


Ni di oder oleh erin kami makan berdua...


Ni makanan iwan.. makanan idi x sempat nak ambik.. Jomlah makan jangan malu-malu ye...



Hari Sabtu dan Ahad Yang Ku Nanti..

Sabtu dan Ahad adalah hari yang paling di nanti-nantikan oleh orang yang bekerja... betul ke tak? X tau lah pula orang lain kan tapi akulah orang yang paling gumbira sekali coz 2 hari tulah aku boleh lepak-lepak dan sebagainya. Tiba je hari jumaat semangat yang hilang datang apabila menjelang petang coz esok boleh cuti... hehehehe.
Rata-rata kawan-kawan ku akan masak special untuk family bila tiba hari sabtu dan ahad tapi berlainan pula aku. Aku hari sabtu dan ahad akan makan diluar hehehehe.... coz dari Isnin hingga lah ke Jumaat aku masak di rumah.. Jadi kalau dah tiba hari ni aku buat breakfast merangkap makan tengahari (boleh gitu?).. Suami dan anak-anak dah tahu rutin mingguan ku ini...
Ini keje hari Sabtu... cari-cari tempat makan last-last duduk dekat pizza hut dah duduk di situ hampir setengah jam x de pun orang-orang pizza hut nak layan kami anak beranak daripada aku naik hangin dekat situ lebih baik aku blaaa.... bertukar lah tempat ke Ayam Mas....
X sempat nak ambil gambar makanan coz dah lapar... hanya ni jelah..

Cheese cake..

Ni minuman iwan..Mocha c'cino. Waktu ni dah petang dari Mega Mall berpindah ke EC Mall.. jalan-jalan masuk lagi kedai minum Roti Boy lepak dekat sini... hehehehe... Untuk makan malam x sempat nak ambil gambar... dah seharian bejalan memenatkan semua badan-badan kita pun balik lah ke sarang..
Ni cerita ahad pulak..

Ahad hari tu agak lewat gak kami keluar rumah dalam jam 5 petang gitu... dari rumah jalan-jalan kejap teruslah cari makan.. first choice nak ke Mail ikan bakar tapi minggu lalu dah ke situ jadi kita tukar selera lah pula ke Sara Thai tuk makan malam...

Air kelapa untuk iwan dan erin...


Menu hari ni.. kerabu mangga. Dah licin belum lagi nasi datang.




Sayur kailan ikan masin.


Udang salut tepung...2 kali order udang ni, iwan n erin suka makan..


Nasi putih .



Ikan siakap stim masak limau... sedap rasa masam-masam gitu. Cian erin x boleh nak makan coz pedas...



Minggu depan entah nak makan di mana lagi nie...... hehehehe


Nov 14, 2009

Happy Birthday to Kak Jurean n Cinoi

Sebelum tu aku nak minta maaf banyak-banyak coz terlewat.. Tapi aku dah ucap Selamat Hari Jadi kepada mereka berdua nie. Bulan November ni ramai betul orang Birthday nie.. kalau di ikut betul-betul nak bagi prasent ngan diorang 5 orang nie parak gak hehehehe.. Bulan November ni Idi, kak Jurean n adik ke 5 Cinoi. Yang 2 orang lagi akan datang.
Jadi aku nak ucapkan selamat hari jadi buat kakak n adik moga di panjangkan umur, murah rezeki dan jadi anak dan isteri yang soleh..

Ni kakak ku yang sulung Jurean.. bertugas di Kota Kinabalu.. yang ditepi bergayut tu anak lelaki dia Naim. Happy Birthday ye kak moga maintain selalu. Gambar sewaktu raya.

Yang ni Cinoi adik perempuan yang bongsu coz ada 2 adik lelaki lagi belakang dia.. Cinoi dulu duduk ngan aku sewaktu dia belajar di Johor sekarang dia dah kerja di Kota Kinabalu dan tinggal ngan kak Jurean. Nama sebenar dia Sri Nor Astika Mala.. nak panggil mala naik tanduk terus dia hahaha.. Buat adik Cinoi mudah-mudahan cepat kaya hehehe... jadi anak yang baik dan taat kepada orang tua, murah rezeki dan cepat-cepat dapat jodoh. Jangan terlalu boros yeee.....

Nov 13, 2009

Happy Birthday Idi.

Belum terlambat lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Jadi buat suami ku Idi.. Tapi sememangnya dah terlambat aku publish kat blog nie. Minta maaf banyak-banyak yee. Birthday Idi 08 November 2009 minggu lalu.
Ada gak aku buatkan idi kek.. Buatan sendiri tapi nanti lah publish ye sebab kek tu terlalu cantik hahahahaha.....
Buat suami... Semoga panjang umur, di murahkan rezeki dan berbahagia selalu di samping isteri mu ini (hehehehe) dan anak-anak..

Jumpa Kawan Lama.

X habis lagi cerita ku nie...... maklumlah lama x memblog. Walaupun dah bersabut akan ku publish juga hehehehe..
Lama x jumpa kawan 2 orang ni semenjak aku bertukar ke Kuantan. Jadi balik ke Sandakan hari tu jumpa jugalah ini pun berapa hari lagi nak balik ke kuantan.

Nilah 2 orang kawan ku masa mula-mula aku bertukar dari SK Semawang Beluran ke SMK Konven St.Cecilia Sandakan. Yang berbaju kuning tu Murni dan yang berbaju hitam tu Salmah. Lama gak kita orang berborak taulah lama x jumpa jadi cerita tu dari A sampai Z tu pun x habis-habis lagi.. cerita pun macam rojak juga x habis satu cerita dah masuk cerita lain.. hehehehe. Terlepas gak rasa rindu ngan diorang nie.

Aku yang kepenatan waktu berada di Sandakan coz x de rehat, jaaaaalaaan jak kerja ku. hehehe

Salmah yang memandu waktu nie. Aku pergi ke sekolah parking je kat sana.


Ni makanan si Salmah. Perangai sorang ni x hilang suka betul makan ice..


Ni makanan ku. Keow Teow Basah, seeedap. Kalau dekat sini Keow Teow Basah dia lain jadi kalau dah terhingin tekak aku nak makan benda ni aku minta jak Keow Teow Ladna lebih kurang je rasanya..