Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Sep 30, 2009

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Scroll ke bawah ye tuk entry baru..... Entry ni akan
ku tampal hingga beberapa hari lagi khas tuk RAYA..


Masih belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog saya, kepada rakan-rakan semua dan keluarga...

Maaf sekali lagi kerana dah Raya ke 5 baru nak mengucapkan Selamat Raya. Kesibukkan yang teramat sangat lah nie hingga x dapat nak menyentuh lappy nie....


Waktu ambil gambar nie pun terpaksa duduk n gambar jelah mana yang sempat... hehehe

Waktu nie saya dah minta maaf ngan idi. "Selamat Hari Raya, maafkan segala perbuatan yang menyakiti hati secara sengaja atau yang tidak disengajakan yang menyentuh perasaan....bla.bla.bla......." hehehehe. Kosong-kosonglah kan.. pas tu mulai esok buat lagi... pas tu raya tahun depan mintak maaf lagi..... hahahaha....

Ngan iwan n erin... susah betul budak2 ni nak di suruh bergambar, maklumlah dah terkumpul semua sepupu kan.....

Sep 18, 2009

Tinggal Kenangan - Ahmad Bin Pairan

Macam mana nak mulakan? Bagaimana hendak aku ucapkan? Hanya tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan akan bergembira pada waktu ni... Tapi Aunty ku dan anak-anak akan merasa kehilangan yang amat besar kerana tidak dapat beraya bersama uncle..


Betullah orang cakap yang pergi biarlah pergi yang hidup mesti meneruskan kehidupan seharian tapi bagaimana rasanya kalau ini terjadi di tempat kita? Kita mungkin dapat melupakannya tapi mengambil masa yang lama.....


Aku kalau dengar lagu raya tersangatlah gembira kerana akan balik ke kampung tapi apabila teringatkan arwah uncle terasa sebak di dada dan mulalah aku menangis... X tahulah kenapa aku betul-betul teringat akan uncle mungkin uncle dan keluarganya sangat rapat dengan kami.
Ni ada beberapa keping gambar yang baru aku dapat dari simpanan uncle ku yang seorang ni Yaacob Muhammad dari Tawau Sabah..


Ni kalau x silap Raya tahun 2008 di Tawau Sabah..Uncle yang berbaju melayu biru bersama dengan Aida (baju purple) dan Ema (baju Hijau) ema adalah anak yang ke 3. Maaf aida bukan kakak sengaja hendak menyedihkan hati tapi sekadar untuk kenangan kita bersama.

Ni sewaktu majlis cukur rambut cucu uncle... nikita, uncle berbaju hijau yang berdiri sebelah tu my dad..


Ni sewaktu melapah kambing untuk majlis Aqiqah.. yang botak(sorry ye jali) tu menantu uncle. My dad n uncle..



Uncle Ahmad Pairan yang berbaju hijau, sebelah tu my uncle gak Jumali Jumingan dan yang berbaju biru tu Jali....


Moga Rohnya Dicucuri Rahmat... Amin