Jan 29, 2010

Cuti-cuti Melaka - Zoo Melaka

Jom ni kali kita ke Zoo Melaka pula...... x habis lagi ni cerita cuti-cuti malaysia tahun lalu. Entahlah bila nak habis kan.... Lepas breakfast kita terus ke Zoo Melaka, budak 2 ni dah lama nak pi zoo.. Kita mula kan perjalanan round zoo nie.... layan gambar je lah..

Erin tengah takut nak begambar ngan binatang yang besar nie... Tengok tanduk dia tajam n besar, aku pun takut gak.
Unta yang pemalas... lama kita tunggu kat sini nak tengok dia berdiri. Asyik tdo je.

Dekat rumah harimau nie.... hahahaha tapi harimau x nampak pulak..

Besar gak zoo melaka nie.... penat. Ni dah mula penat lah nie asyik berhenti je.

Nasib baik aku pakai kasut rata je... kalau x mungkin dah naik kuda aku kat dalam tue.

Letihnya..... singgah jap makan ice.

Akhirnya sampai gak kami di penghujung zoo nie.... dengan penat dan perut yang lapar kita singgah makan dulu dekat luar tepi tasik tue. Iwan n erin yang sangat suka sebab lama dah mengidam nak ke zoo nie. Ini pun banyak gambar yang aku x masukkan terlampau banyak... Lepas nie nak ke mana pula? Nantikan di entry yang selanjutnya.... (mcm drama pula ada sambungan kan.... hahahaha)


Jan 25, 2010

Remaja Rebut Peluang Keemasan - Sinar Pahang, Khamis 21 Januari 2010

Remaja Rebut Peluang Keemasan - Ini suratkhabar Sinar Pahang keluaran 21 Januari 2010 (Khamis). Bukan ape.... iwan dalam paper nie. Tengoklah keadaan paper nie x sempat aku nak scan dan frame dah jadi macam sotong kering. Rupa-rupanya dia dah bawa paper ni ke sekolah, di lipat-lipat kecil. Nak bagitau kawan-kawan dia kat sekolah yang dia masuk paper.... Aduiiii iwan..

Nah tengoklah paper nie..... hahahaha. Iwan belajar bermain gitar di Kompleks Belia dan Sukan Kuantan selama 2 minggu. Hari akhir membuat persembahan berkumpulan. Iwan yang pada mulanya menggunakan gitar yang disediakan tetapi tidak sepadan ngan iwan coz besar gitar dari iwan. Gitar yang di pegangnya sekarang tu adalah gitarnya sendiri yang memang sedia ada sejak dia berumur 8 tahun lagi. Sekarang iwan ingin memasuki kelas gitar...insyallah nanti ibu usahakan ye cari kelas belajar bermain gitar...

Jan 24, 2010

Sabtu....Hari Bersantai Sekeluarga.

Ni cerita semalam... Biasalah kalau dah masuk Sabtu dan Ahad adalah hari berjalan sedunia bagi keluarga ku.... hahahahaha.. Kesian budak-budak dah seminggu pi sekolah dari pagi hingga petang malam mestilah nak siapkan kerja sekolah dan ulangkaji kan. Jadi time cuti 2 hari nilah kami bawa diorang keluar. Tapi tadi pagi pun pi sekolah gak sebab sekolah ganti untuk Tahun Baru Cina.
Iwan n Erin yang lama dah nak makan kat Pizza dari aku pi berkursus lagi nak makan pizza nie.

Gambar mak bapak diorang mesti adaaaa... wajib. Dengan keadaan aku yang tidak berapa sihat. Tapi kalau dah berjalan tu ok jeeee..


Semua makanan adalah selera dan tekak dari Iwan n Erin.. Gambar pizza x terambil...

Lepas makan memang cadang nak tengok wayang kat Mega Mall. Iwan nak tengok cerita Adnan sempit kalau x silap... hehehehe aku pun lupa tajuk. Tapi sampai jak di atas tu dah tukar selera lak pulak nak tengok wayang Jackie Chan. Best gak Jackie Chan... x lah serius tul cerita dia..



Sempat lagi 3 beranak ni possing kat luar nie..... Esok hari Ahad nak ke mana pulak yeee?


Cuti-cuti Melaka Hari ke 2 - Part 2...

Hari ni cadang nak ke Zoo Melaka.... sebelum jalan tu mesti breakfast dulu. Erin lah yang beria-ia benar nak breakfast.. layan gambar jelah.


Erin kata dia nak deer yang bergerak... "ini x gerak lah ibu". hehehehe sabar jap lagi kita pi zoo yeee....