Syukur alhamdulillah kerana uncle ku semakin pulih. Pernah aku keluarkan di blog mengenai uncle ku yang perlukan darah atas sebab sakitnya yang teruk.
Sebelum tu hendak ku ceritakan mengenai uncle ku serba sedikit. Nama uncle Ahmad Bin Pairan seorang pesara kerajaan tetapi menyambung perkhidmatan beliau. Pada mulanya uncle hanya mengalami sakit tulang belakang, doktor menasihati agar uncle ku di operation, dipendekkan cerita apabila selesai di operation alhamdulillah tulang belakang uncle dah pulih tetapi beberapa hari kemudian effect di pula di bahagian perut, di sinilah bermulanya uncle ku mengalami keadaan yang teruk apabila beberapa kali di operation di bahagian perutnya kerana doktor mengesahkan beliau mengalami beberapa kebocoran di bahagian dalam perut..
Kalau x silap uncle dah 3 kali di operation di Hospital Besar Sandakan dan terlantar hampir 2 bulan di sana.. Last sekali apabila pendarahan keluar tidak henti apabila mengeluarkan najis dan doktor di Hospital tersebut menasihati keluarga agar membawa uncle ke Subang Jaya Medical Centre untuk rawatan lanjut. Atas dasar keselamatan nyawa uncle yang amat membimbangkan ketika itu keesokkan harinya uncle di terbangkan ke SJMC dengan ditemani oleh seorang doktor, seorang jururawat, isteri beliau (aunty saerah) dan anak beliau (aida).
Ketika berada di dalam kapal terbang memang darah yang keluar tidak dapat di elakkan sehingga terkeluar dari selimut yang dibawa dari hospital di sinilah saat yang mengetirkan.... Sampai sahaja di KLIA ambulance dah standby dekat sana dan uncle di turunkan dengan menggunakan kren dan terus dikejarkan ke SJMC.. Malam itu juga pihak SJMC telah membuat pembedahan ke atas uncle.. Uncle di tempatkan di Unit Rawatan Rapi.
Seminggu kemudian daddy (my abah) terbang dari Sandakan ke SJMC untuk menemani aunty n aida kerana di sana tidak ada keluarga. Di SJMC tulah my dad, aunty and aida berkampung kerana keadaan uncle yang kritikal... Darah tidak henti keluar dan pihak hospital pula memerlukan darah untuk uncle. Ini adalah sebahagian dari gambar yang saya ambil ketika saya melawat uncle di SJMC....
Dad yang ketika ini tengah berborak ngan sorang gak yang menunggu isterinya sakit.. Dad adalah biras kepada uncle.... ceritanya my mum and my aunty adalah adik beradik... hehehe
Ni my aunty Saerah yang terlena seketika.... Aunty ku yang selalu menggembirakan kami sekeluarga ngan kelakarnya...
Ni sepupu saya aida. Aida adalah anak yang sulung dari 4 orang adik beradik. Sedih melihat keadaan diorang ni kalau di Sandakan ramai gak sanak saudara kan ni di tempat orang..
Ni adalah uncle saya sewaktu beliau berada di ICU di Sandakan.... Waktu di Sandakan saya tidak dapat melihat keadaan uncle kerana saya berada di Pahang jadi hanya dengar kabar melalui telefon je, rasa sedih tu ada gak tapi x lah keterlaluan sebab x nampak lagi keadaannya.....
Waktu ni uncle dah di SJMC, saat aku melawat dia di sinilah air mata ku keluar kerana waktu ni dia dah ada di depan mata dan aku betul-betul melihat bagaimana keadaanya.... Tengoklah bagaimana badanya yang pada mulanya besar boleh jatuh begini......
Tuhan sahaja yang tahu bagaimana dia menahan kesakitannya ketika ini kerana beliau dah beberapa kali di operation..
Uncle dah di pindahkan dari SJMC ke Selayang Hospital... Dah sebulan lebih uncle berada di semenanjung untuk menerima rawatan....
Syukur alhamdulillah keadaan uncle dah semakin pulih sekarang... uncle dah boleh duduk tetapi x boleh lama, dah boleh berjalan dengan bantuan tetapi hanya 2 3 langkah sahaja.. Ini adalah peningkatan yang baik bagi uncle... Kuasa Tuhan Yang Maha Esa kerana untuk pengetahuan para pembaca uncle ibarat nyawa dihujung tanduk, badan yang ibarat di kerat sana kerat sini akibat operation yang dilakukan.
Buat uncle cepat-cepat sembuh yee... kita balik ke Sandakan beraya bersama...
Ucapan terima kasih juga kepada semua penderama darah yang menderma buat uncle saya ketika beliau dalam keadaan yang kritikal.... Jasa baik tuan/puan tidak dapat dibalas.. uncle akan di benarkan balik ke Sandakan apabila keadaannya betul2 pulih sepenuhnya.. Kemungkinan besar my aunty Saerah akan menyambut hari raya di Hospital Selayang kalau keadaan tidak mengizinkan uncle balik di waktu yang terdekat ini.
hai armouris...
ReplyDeleteTerima kasih atas info ini. Tulang belakang uncle sekarang dah ok x de apa-apa masalah selepas operation.