Dec 30, 2011

Misi mencari durian.......

Emmmmmmmm........ Entah apalah tekak ni nak makan durian.. Balik dari kerja walapun penat badan dan sakit kepala fikiran ni asyik nak makan durian. Pujuk-pujuk sang suami yang sedang asyik tengok tv akhirnya permintaan ku di tunaikan... "Jomlah pi mandi-mandi dulu baru kita kuar cari durian" huhuhuhu senangnya dalam hati.. Terus mandi cepat-cepat. Hehehehehe..




Kenangan di Cameron Highlands....(part 1)

Mengup date blog yang telah lama bersawang... tiba2 pulak keinginan untuk berblog datang kembali setelah sekian lama menyepi, di akhir tahun pulak tu. Tak tahun nak mula dari mana dulu tapi kali ni aku persembahkan gambar bukan yang terbaru agak lama tapi tak pernah di ceritakan .... hehehehehehe.

Waktu ni mengikuti suami yang bertugas di Cameron kebetulan anak2 pun cuti sekolah apa lagi teruslah kemas2 beg.... rezeki jangan di tolak


Amboi iwan besarnya cawan ......

Bersama dengan anak2 kesayangan

Erin pun nak juga tapi tak tinggi lagi...

My beloved hubby...



Sedapnya tea cameron niee....

Ramai juga pelancong kat belakang tu kan...







May 23, 2011

Hadiah Sempena Hari Ibu

Walaupun lama sudah berlalu tak mengapalah... aku mau cerita juga.


Sempena Hari Ibu hari tu...My beloved idi hadiah satu set minyak wangi... eemmmmmm wanginya memanglah kan dah namanya minyak wangi.. Iwan n erin pun bagi hadiah juga love tu. Waktu tu memang gembira betul walaupun hadiah dari anak2 tak semahal mana tapi hati ku tetap gembira... Sudah namanya pun budak sekolah kan memanglah x ada duit.


Terima kasih darling.... terima kasih iwan n erin. Love u all...muaaahhhhkksss.

May 8, 2011

Selamat Hari Ibu



Hari ni Hari Ibu.....

Selamat hari ibu buat my beloved mummy Jumira Jumingan....

Dari lahir tak pernah berpisah ngan my mum hingga dewasa sampai kerja pun still tinggal ngan my mum lagi... semua perkara my mum buat terutama masak. Dah berumah tangga nilah terpaksa berpisah sekarang sudah 6 tahun berpisan ngan my mummy.. Hanya telefon jak pengubat rindu..



Balik pun hanya Hari Raya.....atau pun kalau ada kelapangan akan balik kampung... First berpisah ngan my mum ni ya Allah... sakittttnya... asal petang jak menangis... asal petang jak menangis. Menangis sambil tengok langit dan berfikir dalam hati... jauhhhhnyaaa aku di pisahkan ngan mummy ku... Lama2 sedih tu hilang tapi ingatan ngan my mum tetap ada... Kalau boleh hampir setiap hari aku telefon my mum dari aku berpindah ke sini tahun 2006. Aku rindu masakan my mum..... ikan asam pedas... ikan rebus..sambal belacan aduiiiii.. kadang2 masak sendiri pun tak sama juga.. itulah asal mau balik kampung jak aku sudah telefon awal2 my mum masak untuk aku awal2... hehehehehe..


Apa pun nak ucapkan selamat Hari Ibu buat my beloved mummy Jumira Jumingan... Aku doakan moga mummy dipanjangkan umur...berbahagia selalu bersama daddy....dan diberikan kesihatan yang baik... Amin..


" IBU...IBU... ENGKAULAH RATU HATIKU"


LUV U ALWAYS ~HAZEL~

Feb 18, 2011

Selamat Pengantin Baru. Tuan Nor Aida Binti Tuan Ngan dengan pasangannya Mohd Fakri Bin Abdul Jalil

Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai yang telah berlangsung pada 5 Februari 2011 yang lalu. Masih tidak terlewat lagi kan untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin ni.



Buat my member Nor.. selamat menjalankan tugas baru sebagai isteri. Moga berbahagia dan gembira selalu hingga ke anak cucu.




Minta maaf kerana kak tak dapat datang ye.. maklumlah waktu ni sambutan Tahun Baru Cina kebetulan keluarga datang dari Sabah. Apa-apa pun moga berbahagia ye nor.. Muakkkss.


Cantik2 kan gambar pengantin sekarang.. rasa2nya nak ambil gambar kawin sekali lagi.. aci tak?

Feb 13, 2011

Ayam Penyek or Ayam Penyet...

Mula-mula dengar ayam penyek tu dalam fikiran mesti ayam ni diorang ketuk kan... rupa-rupanya tak jua.. tapi memang sedap.

First jumpa ayam penyek ni dekat Kuching, Sarawak. Fuhhhhhh memeng sedap betul. Kali ni jumpa kat Wangsa Walk Kuala Lumpur.. adik ipar baru yang bawa Kay Pitt..

Ni dia Ayam Penyet..

Ni Ayam Penyet Masak Rendang.. kalau tak silap.. ni pun sedap juga

Yang ni gado-gado.. tapi first time pula jumpa gado-gado yang letak buah tomato... Apa pun cara hidangnya adalah berbeza dan semua ni memang sedapppp...


Thanks to my sister Lyne n hubbynya Kay Pitt yang membawa kami makan di sini walaupun jauh sikit akibat kesesatan jalan.. heheheehe



Feb 11, 2011

Giant Lollipop....

Lollipop besaaarrrrr punyaaaaa.....

Lollipop ni bawakan khas untuk iwan n erin oleh aunty neng yang datang dari Labuan. Semua orang tahu kan Labuan adalah salah satu tempat yang banyak menjual coklet murah2.. taulah tempat bebas cukai..

Erin punyalah suka dapat lollipop giant nie...




Apabila balutan di buka beginilah keadaan di dalamnya.... banyak weiiii. Dibuat dalam bentuk bunga. Selain ini aunty neng bawa coklet daim n cadbury emmmm... sedap.

Thanks to aunty neng.. lain kali kalau datang sini bawa lagi ye..

Feb 10, 2011

Ohhhh...Blackberry Akhirnya Kau Milik ku.

Emmmm............. Akhirnya apa yang di hajat tercapai. Hadiah daripada my beloved idi, bukan tuk hadiah harijadi, anniversary atau apa pun.


Dipendekkan cerita.. di satu hari minggu yang sangat2 indah.. my beloved idi membawa keluar jalan2 tanpa anak-anak ku. "Jom sayang kita kuar... sebenarnya abang ni nak belikan sayang hp baru.." huhuhuhuhu berbunga-bunga di hati mendengar kata-kata yang keluar.. Dalam fikirkan kalau di tolak sayang, orang nak bagi aku terima jak.. rezeki namanya.

Tapiiiii....... untuk pengetahuan saya dapat bb ni bukan baru hari ni ye tapi dah 2 bulan lalu, taulah orang rajin meng up date blog..


For my beloved idi.....thanks so much.. I Luv u so much.



Jan 15, 2011

Kebetulan atau penyebok...?

Tahu tak apa tu kebetulan? Kebetulan yang sengaja atau yg tak disengajakan.

Kadangkala jika kita buat sesuatu perkara tu terjadilah hal yang sama... Adakah itu satu kebetulan? Kadang kala boleh kita terima juga tapi kalau acap kali pulak berlaku kebetulan tu macam mana? Itu namanya ada penunggu sebab apa yang kita buat semua penunggu tu tahu.....

Jadi sesiapa yang terasa diri dia tu hantu kebetulan sudah-sudahlah tu. Mungkin x ada kerjalah tu itulah jadi penunggu. Buatlah benda yang berfaedah yeee.

Jauhilah dari menjadi hantu kebetulan yang penyebok....
Jangan anggap diri tu pandai.....tapi sebenarnya bodoh. Orang sekeliling semua ketawa sebab tahu siapa engko yang sebenar.

EhhhhhH.....apa aku melalut2 ni?
Apa pun selamat malam.
Wajah yang cantik datang dari hati dan perangai yang baik. Tapi kalau hati dan perangai busuk wajah pun jadi buruk. PEringatan kpd diri sendiri juga.

Bye....