Sep 28, 2009

Balik Kampung...

17 September 2009.... Berapa lama lah nak entry kan... Satu malam x tido coz kemas-kemas apa yang perlu... Nak tinggalkan rumah tue mestilah bersihkan jadi balik dari kampung pun x lah rimas sangat...

Sepatutnya flight yang kami naiki pukul 10.30 pagi tetapi di ubah ke 7.15 pagi... Adooiiiiii memang waktu nie mata dan kepala dah berat betul.... Iwan pun berapa jam je tido sebab tak sabar nak balik..

Mata masih bengkak lagi...



Gambar kabur sikit.... Airport Kuantan. Masih gelap lagi nie..


Iwan dan erin yang sekarang nie memang nampak letih betul.. Dalam penerbangan tadi tido je termasuklah aku dan idi.


Iwan dah lemas nie... kesian dia.. Sebenarnya kami mempunyai masalah mengenai penerbangan nie dari Kuantan sampai KLIA.... Sakit jiwa ku sebenarnya.. Aku yang dah naik angin terus telefon ke agensi yang menguruskan tiket kami.... Apa boleh buatlah. Alhamdulillah dan syukur settle gak akhirnya dan sampai gak kami ke kampung di Sandakan , Sabah. Gambar setakat nie je yang sempat di ambil. Penerbangan dari KLIA ke Kota Kinabalu dan akhirnya ke Sandakan tidak sempat diambil coz penat dan kepala ku dah bengkak... hahahaha..

No comments:

Post a Comment