Feb 27, 2010

Egg Tart lagi......

Minggu ni buat egg tart lagi... ni kawan idi tempah 100 biji untuk buat kenduri. Sambil buat tempahan tu lebihkan sikit lah untuk orang dalam rumah nie yang ramai juga penggemarnya.
Ni sebahagian egg tart yang telah masak. Terima kasih ye kak CC, kak ni dah beberapa kali membuat tempahan kek dan egg tart ngan aku. Lain kali tempahlah lagi.

Kejutan.........

Kejutan semasa CNY hari tulah... lambat betul entry aku keluarkan. Tak pelah asalkan blog aku ni tidak bersawang aku muatkan jelah untuk senang-senangkan hati... Kejutan dari adikku Cinoi yang terbang dari Kota Kinabalu Sabah ke Kuantan. Pada mulanya memang dia bercadang nak datang ke Kuantan tapi kononnya dibatalkan jadi aku pun tidak lah membuat persiapan.
Pada malam CNY tiba-tiba pula pintu rumah diketuk dengan tidak memberi salam lagi tueee... tengok jam didinding dah pukul 2.00 pagi kalau tak silap. Siapalah yang hendak membuka pintu dengan tidak mendengar suara kan... hahahahaha. Aku nak buka? x naklah. Aku suruh gak idi. Dah berapa kali ketuk kami pun tidak membuka adalah suara memberi salam.... rupa-rupanya cinoi yang datang.... hampeeehhh punya budak. Oleh kerana datang mengejut aku manalah ada sedia makan kan padan muka.. keluarlah diorang balik makan dekat luar lagi pun dah jam 2.00 pagi..malas lah nak kedapur mata pun dah lekat.
Anak-anak aku apa lagi melompat kesukaanlah aunty diorang datang....... yipieeeeee esok nak jalan ngan aunty noi.




Feb 20, 2010

Cuti-cuti Melaka Part 2

Setelah sekian lamanya terputus cerita cuti-cuti Melaka ku yang tak pandai habis2 lagi kali ini kita sambung lagi sikit ye..... Terlalu panjang perjalanan cuti ku ni sehingga penat aku nak upload kan nie.... Jom kita layan gambar jelah..
Dengan suami tersayang..... Best cuti begini.

My mum n dad.

With mu luvly mum....


My beloved hubby.



Kepenatan semua... iwan ambil gambar nie..


Feb 13, 2010

Dari Kenduri Kawin ke Saloon.

Kita tinggalkan cuti-cuti Melaka kejap walaupun tak habis lagi entry tue.... Minggu lalu pula ke kenduri kawin di Pekan. Majlis kawin kawan suami satu office....
Setelah habis makan-makan dekat luar kita masuk dalam lah nak tengok pengantin..

Lucu pulakkan pegi jak tempat orang kawin tapi gambar pengantin tak terambil pulak yang diambil ialah kek kawin.... hehehehe. Ni iwan punya keje lah nie..

Keadaan yang sememangnya panas dalam rumah nie... biasalah kan ramai orang. Dari kenduri kawin terus la balik ke kuantan tapi bukannya terus balik rumah tapi terus ke bandar. Mulanya memang aku nak salin pakaian aku nak tukar seluar jeans n t.shirt tapi idi kata ' x apenya sayang, sekali sekala jalan pakai baju kurung' huhuhu. Bukannya apa... bejalan pakai baju kurung ni rasanya macam Hari Raya dan waktu bekerja pulak kan.. hehehehe.

Sampai di Kuantan teruslah ke saloon coz nak gunting rambut iwan dan nak gunting dan cuci rambut aku. Tapi sampai jak di saloon bukan aku sorang je ya yang cuci rambut... idi pun gunting n cuci gak. Jom kita layan gambar...

Iwan mulanya nak gunting biasa je... tapi berubah hati pulak nak yang ala-ala botak. Lagilah ibu suka iwan gunting gini coz nampak kemas jeee..


Amboiiiiii........ idi tertidur-tidur pula dia. Syok sangatlah tue..


Tadaaaa.... selepas digunting sedikit rambut hadapan ku. Lega dan ringan rasanya bila dah dicuci... Erin x buat apa-apa pun coz rambut dia masih ok lagi.. Apa-apa pun aku nak berterima kasih kepada penaja rambut ku kali ini... Siapa lagi kalau bukan En.Idi suami akulah hehehehe Terima kasih banyak-banyak yeeee lain kali taja lah lagi....

Feb 10, 2010

Cuti-cuti Melaka - berbeca

Dari Kota A.Famosa kita naik beca pula....Seronok sangat dua beradik ni naik. Pengalaman naik beca yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh iwan n erin.
Abang beca, Abang beca di tengah jalan,
Cari Muatan untuk mencari makan,
Putar-putar kaki mengayuh,
lepas ni aku tak tahu lagi apa lagi sambungan lagu ni..... hihihihi



Aku dan idi pun x lepas gak nak merasa naik beca ni..... kita pilih je beca mana satu yang nak naik coz memang ramai beca di sini... salah satu tarikan pelancong.

My mum n dad pun naik gak.... tapi diorang lambat sampai cox sambil berborak ngan pakcik beca nie.....


Feb 5, 2010

Cuti-cuti Melaka lagi... Kota A Famosa

Salam..... berjumpa kembali. Lama betul aku nak up date kan cuti-cuti Melaka ku yang tak habis-habis lagi. Dari Zoo Melaka terus ke Kota A Famosa tapi singgah dulu budak-budak ni nak main benda di atas air ni aku pun x tahu apa nama permainan nie..... Tempat ni bersebelahan ngan gerai makan tulah.
Erin yang sangat teruja nak main...

Pekerja memberi penerangan dulu sebelum dilepaskan ke tengah-tengah tasik tue..


Iwan ngan atuk. Tak nak berenggang ngan atuk. Kalau boleh nak masuk bawah ketiak atuk tue..

Dah selesai main...

Panas yang teramat sangat dekat sini.... x tahan. Tapi syukur ngan pemberian Tuhan... Dengan badan yang penat coz dari zoo Melaka terus ke sini. Sekali harung lah katakan.. tapi best coz jalan ngan family... lepas ni ada lagi tau. hihihi. Kita layan gambar jelah...