Feb 26, 2009

Makan Makan Erin.....

Semalam kebetulan nak keluar tuk berbelanja dapur maka x berasaplah dapur saya, tapi memang pun x ada perancangan nak makan di Hotel Season nih.... Asalnya nak makan tempat2 yang biasa jak. Tapi oleh kerana erin nak makan juga di sini abahnya ikutkan lah kemahuan anak perempuannya di sebabkan abahnya dah berjanji dan hari2 x henti2 menagih nak makan di sini.



Nilah tempatnya.... Nama Restoran ni Semusim.

Sampai je di restoran ni saya tanya nak makan apa... Pandai lah pula erin minta beef steak. Hehehehe tekejut saya n abahnya. kita oder ni 2 set satu tuk abang iwan. Banyakkan? Oleh kerana banyak dalam pinggan tu kita share je..Iwan n Erin pun makan tak habis..

Minuman Iwan n Erin

Minuman hubby. Teh tarik


Tadaaaa... Licin juga kan..hehehe ni nasib baiklah abah n ibu yang membantu... Sayang oi kalau x habis... Betul tak?

Futsal.....

Begini ceritanya.....

Semalam saya nak berbelanja lah disebabkan hubby nak out station maka saya penuhkanlah apa yang patut dah hampir kosong di dapur tuh....... Dah siap2 belanja maka hubby ni bawa kita 3 orang anak beranak pergi futsal bukan nye apa sebenarnya dia yang nak main futsal disebabkan x sempat nak hantar kita balik diangkutnya lah 3 orang nie.... hehehehe.. sabar jelah.

Tengah membuat persiapan nak lawan....

Sempat lagi minum vitagen untuk tenaga hehehe.....

Nilah antara penyokong yang hadir (penyokong setia)

Gambar x berapa jelas dah lah jauh berjaring lagi tuh...... tapi yang pentingnya tu gambar suami akulah. Tempat ni panas, erin x henti2 membebel sebab kepanasan. Terpaksa tunggu jugalah hingga suami habis main. Sejam hoooo...... saya x tahu berapa kali dah menguap.. hehehhe




Feb 22, 2009

Aku di Tag....


Haaa... Nampak tak award ni....

Award ni saya terima dari Ninironna yang cute... terima kasih.


Kepada sesiapa yang terpilih ikuti arahan di bawah :
Sebelum tu copy logo di atas untuk di letakkan di dalam blog anda.
Kemudian ceritakan siapa yang memberikan Award ini kepada anda.
Selepas itu nyatakan 10 hobi /apa2 ajelah mengenai diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag)

Saya... Hazline Binti Kassim

  • Berasal dari Sandakan Sabah

  • Melayu. Suku Kaum Bajau

  • Berkahwin mempunyai 2 orang anak (sepasang)

  • Suka shopping, melancong, masak

  • Mudah bergaul...

  • Ceria (mungkin), suka ketawa

  • Tak suka kerja yang bertangguh.. kalau boleh siapkan cepat, kalau dah tertangguh rasa berhutang pula

  • Kalau tengok tv jangan di ganggu terutama wayang kegemaran....

  • Tak penyabar orangnya.....(kalau dah kenal memang dah tahu) hehehehe...

Aku nak panjangkan award ini kepada :

Cinoi....

Idi.....

Feb 21, 2009

My Niece.....Nur Fatihah @ Yaya

Peristiwa ini terjadi seminggu lebih yang lalu, baru hari ini aku ada masa untuk memblog.

Hari tu kalau x silap hari jumaat aku telah menerima panggilan telefon dari my mum di sandakan memberitahu anak buah aku terjatuh n berlubang bahagian hidung, waktu tu aku tengah sibuk n bagi tau mum nanti aku tel kakak (umi yaya) tanya apa yang terjadi (waktu tu hati aku memang x senang) tak sampai 5 minit adik dari Sandakan (aneng) mengirim gambar yaya pas tu x sampai 5 minit dari tu adik dari Kota Kinabalu (cinoi) mengirim gambar yang sama...

Nilah gambar yaya ( 6 tahun ).... mengalir air mata ku melihat keadaan yaya.. Yaya dimasukkan di hospital dan doktor pakar yang mengambil alih untuk merawatnya.. doktor memberitahu keadaan hidung yaya tergerak sedikit akibat jatuh.. yaya mendapat 4 jahitan di bahagian hidungnya.

Yang menyakitkan hati, pihak sekolah tidak membawa yaya terus ke hospital sebaliknya memanggil kakak yaya (fatin) untuk melihat adiknya dan yaya dibiarkan di bilik guru dengan keadaan berlumuran darah di baju....Cikgu sekolah tersebut hanya membuat panggilan telefon dengan kakak n abang ipar aku....bayangkan jam 11 tengahari kejadian ini jam 12 lebih hampir jam 1 tengahari baru yaya sampai di hospital.


Kenapa pihak sekolah tidak ada inisiatif langsung untuk membawa budak ini ke hospital.....
takut habis minyak kereta?
takut membayar ke?
atau pun guru2 di sekolah sana tidak ada perasaan langsung.... geramnya aku ngan guru2 tersebut....

Bukan kah kalau anak2 kita berada di sekolah ini adalah tanggungjawab mereka? Kita tidaklah memberikan mereka 100% tanggungjawab tapi kejadian ini berlaku di kawasan sekolah.... Doktor pakar pun hairan kenapa yaya tidak di bawa terus ke hospital nasib baik lah yaya waktu tu tidak pengsan.

Masih lagi tersenyum walaupun menerima 4 jahitan. Namanya pun budak kan....

Peace lagi........

Ni gambar yaya yang terbaru.... jahitan telah di buka dan nampaklah parut di bahagian hidung tuh......

Waktu persekolahan yaya tamat awal pada hari tu, x tau macam mana guru kelasnya boleh melepaskan budak ni. Setahu aku kalau budak PRA sekolah guru tidak akan lepaskan sehingga ibu bapa datang menjemput. Sebenarnya yaya telah terjatuh di atas simen yang tidak elok( kalau tidak silap) yang masih dalam pembuatan dan tidak di ratakan lagi... (adalah bucu2 tajam di sana) di situlah yaya terjatuh n terhempap mukanya. Walaupun begitu syukur alhamdulillah yaya selamat..

(nasib baiklah waktu tu aku tidak berada di situ kalau tidak sudah pasti aku akan pergi berjumpa guru besar atau guru kelasnya)

Feb 19, 2009

Dah Setahun........

Aku akan cuba memblog mana yang tersempat sahaja nie....

Tanggal 10.02.2009 adalah setahun perjalanan ku ini.......
bukan hari lahir
bukan hari lahir anak2 ku
mahu pun hari lahir suami ku, tapi.......

Inilah jalan yang aku tempuhi setiap hari dengan perjalanan yang pannjjjjjjanggg, berhadapan dengan lori2 tangki minyak, kontena2 besar yang entah apa ada di dalam nya tuh, lori balak dan macam2 lagi lah yang pentingnya tempat keje aku ni di kawasan perindustrian.....

Kena pandu berhati2... Pandu cermat jiwa selamat.

Perjalanan yang mengambil masa selama 25-30 minit untuk sampai ke pejabat dan sejauh 50km (ulang alik) dari rumah ke pejabat ini tidak termasuk lagi perjalanan mengambil anak jika suami aku keluar out station. Waktu dan saat inilah masa untuk aku menangis semahu2nya...

Sekarang aku menunggu surat untuk bertukar ke Jabatan lain...... Doa2 kanlah... Amin

Feb 14, 2009

????.........

Setelah sekian lamanya aku tidak memblog

dengan kepenatan dan kesibukan di rumah dan pejabat membuatkan aku

tidak memblog.. Akan ku siarkan juga tapi...

Tunggguuuu..... sorry..

Feb 1, 2009

Iwan dan bola

Ni cerita tentang iwan nak p latihan bola untuk pemilihan, seminggu sebelum tu dia dah sibuk2 buat persediaan tuk buat pemilihan ni ngan kawan2 dia, sibuk ngan baju, kasut n stoking yang nak dia pakai nanti... Sebelum tu dia memang dah pujuk saya n abah nye nak p oleh kerana kesian dekat budak ni saya izinkan juga lah.. X kan kita nak halang minat dia kan..

Nilah antara kawan2 dia yang hadir n berlatih bersama2...

Sesi taklimat


Apalah yang dibincangkan oleh iwan n kawan2 nye?

Sebelum pemilihan bermula buat sesi reganggan dulu..


Menunggu giliran tuk dipanggil

Tibalah masa iwan tuk di uji. Ni iwan dapat 11 saat tuk sampai ke garisan penamat


Iwan dapat 6 kali je timang bola ni..

Tengoklah gelagat budak2 ni bagai' gula yang dikerumuni oleh semut2'.. hehehe

Besar dah anak ku Iwan... X sangka pejam celik pejam celik dah 10 tahun dia. Rupanya aku dah ada anak bujang hehehe......

Ini lah pengurus iwan merangkap abah, driver, penasihat dan penjaganya hehehehe..... Walaupun iwan x berjaya dalam pemilihan tu tapi aku berasa bangga sebab iwan mempunyai keyakinan dan kesungguhan yang amat tinggi.

Syabas Iwan...