Ni adalah pertama kalinya aku menjejaki kaki ke Langkawi. Percutian yang aku dan suami rancang nak ke langkawi sewaktu musim cuti penggal pertama persekolahan adalah musnah dan tidak tercapai... hehehehe...
Malam tu x de kelas, jadi petang tu masuk je bilik apalagi iron baju tuk persiapan esok, tido kejap untuk kumpulkan tenaga jadi x mengantuk masa nak jalan nanti pas tu petang jam 7.00 malam kita turun makan dulu jadi waktu jalan tu x lah perut rasa lapar.... kha.kha.kha..
Wahhhh banyaknye coklet, mestilah fikiran ku teringat ngan anak-anak ku dan juga tidak ketinggalan suami ku juga penggemar coklet. Waktu memborong coklet ni dah x ingat coz semuanya menarik tapi aku ambil je yang jarang ditemui. Coklet yang aku beli bukan tuk my family je tau tapi untuk orang-orang office, mestilah ada buah tangan @ oleh-oleh kan dan orang-orang yang berkirim.
Ada dua tempat yang paling lama aku 'hinggap' yang pertamanya di sinilah.. Rasa di hati nak je beli tapi berfikir pula macam mana nak bawa balik..... waktu tu juga aku telefon idi kat rumah memberi kabar gembira bahawa aku telah terpikat ngan pinggan mangkuk di sini.. Idi dengan selambanya berkata "belilah sayang kalau suka" waaaahhhhh..... itulah jawapan yang selalu aku dengar dari suami ku....aku bagai kan nak menangis coz terfikir macam mana nak bawa balik... sebabnya nak beli bukannya satu dua bijik kan... kalau pecah menangis darahlah aku.. hehehehe.....
Tempat yang ke 2 adalah di sini.... Ini bukan kedai minyak atar ye, ni kedai jual minyak wangi. Nani sabar je menunggu aku semuanya aku hidu sampai mabuk-mabuk nak muntah hehehehe. Murah-murah gile minyak wangi di langkawi nie, yelah kawasan bebas cukai kan..
Akhirnya aku 'terbeli' dua botol minyak wangi. Satu untuk aku dan satu lagi untuk suami yang terchenta.
Sebelum balik tu possing-possing dulu kejap.. pening waktu ni cari teksi x jumpa tapi terserampak ngan kumpulan lain yang nak balik gak jadi kita join je diorang naik van dengan rasa kepenatan dan sepanjang perjalanan balik ke hotel teringatkan pinggan mangkuk tuh....
No comments:
Post a Comment