Mar 14, 2010

Baby Pooh & Baby Bear.

Selamat datang ke rumah kami. Erin kali ni membawa masuk dua ekor binatang lagi ke rumah. Iaitu Bear n Pooh. Tapi binatang yang di sebutkan disini bukan lah yang sebenar tetapi adalah patung. Ya patung yang amat di gilai oleh anak perempuan aku.... Illyana Sabrina atau Erin. Aduhhhhh.... erin berapa banyak patung lagi yang erin nak kumpulkan ni? Kalau dikira betul ada 20 ekor patung yang berbagai spesis yang dipeliharanya kini. Selain patung ini akan tidur bersama-sama erin patung ini juga akan di bawa erin ke sana kemari. Apa boleh buat dah minat anak aku patung beginikan. Apa pun untuk pengetahun semua erin akan menjaga semua patung-patungnya ini... Siap dia buatkan katil sendiri tau.. hehehehe
Semoga erin gembira selalu. Tapi sampai umur berapa erin akan tinggalkan patung-patungnya ini?

2 comments:

  1. zieha pun suka gan pooh nie..dulu suka beli asesery pooh dlm keta..hehehe

    ReplyDelete