Showing posts with label erin. Show all posts
Showing posts with label erin. Show all posts

Jan 6, 2012

Bila bosan melanda Erin...

Bila kebosanan melanda erin inilah yang dia buat.... waktu ni perjalanan balik dari melihat bunga api di tahun baru... sudah tentu2 lah jalan yang sesak sekarang ni itulah keluar perangai yang tak di sangka... hehehehehe..


Ini entahlah patung yang keberapa buat erin... suka hati dia jelah nak bawa yang mana satu kalau nak kuar jalan...



Aku yang tertidur waktu tu... dah tak larat nak melayan karenah anak2 dalam kereta.. mata ku yang tak tertanggung lagi..

Nampak tak apa patung tiger tu pakai? haaaaa itu ialah ikat rambut erin sendiri yang dia pakaikan tuk patung tiger tu... suka engko lah adik asalkan bahagia kan..



Sudah macam-macam gaya yang dibuat mungkin erin dah penat... pandai juga engko diam ye.. ibu fikir tak pandai penat... hehehehehe

Gambar-gambar ini di ambil oleh abang iwan

Mar 14, 2010

Baby Pooh & Baby Bear.

Selamat datang ke rumah kami. Erin kali ni membawa masuk dua ekor binatang lagi ke rumah. Iaitu Bear n Pooh. Tapi binatang yang di sebutkan disini bukan lah yang sebenar tetapi adalah patung. Ya patung yang amat di gilai oleh anak perempuan aku.... Illyana Sabrina atau Erin. Aduhhhhh.... erin berapa banyak patung lagi yang erin nak kumpulkan ni? Kalau dikira betul ada 20 ekor patung yang berbagai spesis yang dipeliharanya kini. Selain patung ini akan tidur bersama-sama erin patung ini juga akan di bawa erin ke sana kemari. Apa boleh buat dah minat anak aku patung beginikan. Apa pun untuk pengetahun semua erin akan menjaga semua patung-patungnya ini... Siap dia buatkan katil sendiri tau.. hehehehe
Semoga erin gembira selalu. Tapi sampai umur berapa erin akan tinggalkan patung-patungnya ini?

Mar 7, 2010

Erin yang penat.....

Kesian Erin.. beginilah rutin budak sekolah pada zaman ini. Seingat aku dulu tidaklah kepenatan macam beginikan. Tidak terlepas juga anak-anak ku. Pagi-pagi seawal jam 6 pagi aku dah kejutkan erin dan iwan untuk mandi persiapan pergi ke sekolah. Jam 7 pagi dah aku hantar diorang pergi sekolah tapi kalau abahnya yang hantar jam 7.30 jalan. Erin balik sekolah jam 1.00 tenghari, ambil dari sekolah terus bawa makan kadang-kadang makan dekat rumah lepas makan siap-siap hendak ke kelas KAFA. Kalau x berkesempatan tidur dekat rumah erin akan tdo dekat kereta...








Kesian juga tengok anak-anak begini, kepenatan tapi inilah rutin harian mereka.. Waktu aku hantar erin ni, memang dah sampai depan sekolah agamanya tapi aku tunggu hingga 15 minit baru kejutkan erin. Yang baiknya erin ni time kita kejutkan dia tak nangis saat nilah banyak nak pujuk. Dah bangun baru dia pakai tudung... hehehehe. Nanti jam 5 balik dari kerja baru ambil balik erin dan iwan. Beginilah rutin harian erin. Ibu doakan moga suatu hari nanti erin menjadi anak yang baik dan berjaya. Insyallah..

Dec 6, 2009

Sepetang di Rompin

Pi Rompin hari tue makan di One Seafood, sementara menunggu erin berlatih di RBR kita 3 beranak keluar cari makan dan singgah di Restoran nie..
Suasana yang damai dan terasa tenang lagi di sini. Adalah pula gambar aku dan iwan, mestilah kan ni blog aku, aku punya suka lah nak letak gambar sesiapa je yang aku suka kan.

Kalau perjalanan jauh memangnya aku suka makan sup... tapi sup ni dah habis x ingat nak snap gambar dulu.. lapar agaknya.

Ni kerang bakar yang di oder oleh idi.. makan gitu je x makan ngan nasi pun. sedap gak.

Ni biasalah kegemaraan iwan...pantang dia nampak menu western food nie.. Jemput makan.


Oct 11, 2009

Erin lagi....

Pagi sabtu semalam erin ngan kawan sebelah rumah aki belajar depan pintu rumah.... dah aku suruh masuk tak nak, nak juga bertenggek di depan pintu... Tak pelah asalkan diorang bahagia kan....


Aki yang mengajar erin...


Haa tengok gelagat aki tuh yang memerhati erin membuat kerja rumah..


Jul 28, 2009

Erin


Erin ngan patung Mickey...

Ni Saje nak cuba guna picasa...

Saya ni budak baru belajar...

Posted by Picasa

Jul 27, 2009

Erin lagi...

Tahu tak semalam...? Waktu tu aku ni dah lena di ulit intan hehehe
Tiba-tiba.... ada lah pula suara kecil yang ku dengar..... tahu-tahu jelah waktu abah dia x de telinga aku ni cepat je dengar bende2 terutama waktu malam.
Dengan cepat je terus aku menoleh ke kanan ku. Rupa-rupanya erin tengah baca buku... hehehehe.. Tekezut gak ibu dia nie..



Mummy tdo lah erin nak baca buku dulu k.... Nanti lepas baca buku ni erin padam lampu lah.

Suka engko lah erin ibu dah tak larat nak buka mata nie... Good Night.

Jul 5, 2009

Sukan Bola Jaring

Siapa yang main Bola Jaring ?

Erin lah hehehehe....

Erin terpilih untuk bermain Bola Jaring. Ini adalah Kejohanan Prasekolah, Zon 3 Daerah Kuantan 2009. X sangka dia terpilih kan, tapi gambar saya x ambil banyak sangat disebabkan saya bekerja waktu tu jadi saya tinggalkan je dia sempat ambil yang ni je...
Menunggu giliran untuk bermain.

Dapat hadiah sagu hati je... Tapi x apalah kita kene bagi sokongan tuk budak-budak ni kan..

Tahniah buat erin walaupun dapat sagu hati..

Jul 3, 2009

Penggemar Patung (1)

Saya pun x tahu betul tak tajuk nie.. Penggemar patung ke atau peminat patung ke atau apa-apa jelah.... Tak tahu entry apa yang nak di masukkan saya masukkan sal erin lah anak perempuan ku sorang nie..

Erin ni pantang nampak patung pasti akan di bawanya balik..

Ni adalah satu daripada ayat erin apabila dia nak patung:


"Mummy (kadang-kadang panggil ibu, ikut mood dia) cian patung ni mummy dia nak ikut erin balik, erin dah sayang ngan patung nie patung nie pun sayang dekat erin"
Amboi-amboi erin pandai lak engko buat ayat sendiri kan...



Patung pink ni kalau x silap beli dekat Alamanda Putrajaya.

Patung-patung Barbie ni erin dapat waktu menyambut birthday dia di Sandakan Sabah.


Kucing ni pula di beli dekat Johor sewaktu kita pergi melawat aunty noi...

Haaaaa....... yang ni pula di East Cost Mall saje dia nak ambil gambar ngan patung ni.
Banyak lagi anak-anak patung erin ni tapi saya dah kemaskan dalam satu bakul khas tuk patung dia sahaja. Ada masa nanti saya masukkan lah ye...