Hari ni 28 Mac 2010 adalah Birthday anak sulung ku Muhd Iqhwan Bin Idi yang ke 11 Tahun. Ya aku dah ada sorang anak lelaki yang kian membesar. Iwan sebenarnya amat manja ngan aku... hehehehe biasalah kan tapi dah besar skg ni pun masih lagi nak peluk-peluk ngan mum n dad dia.... huhuhu. Memang ada perancangan nak sambut birthday dia tetapi idi pergi Temerloh ada perlawanan takraw jadi akan di tunda ke suatu tarikh yang tidak pasti.
Apa pun Ibu dan Abah nak ucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun yang ke 11 tahun. Moga Iwan menjadi anak yang baik, soleh, taat kepada ibu bapa dan moga berjaya di masa hadapan. Banyak lagi aku nak ucapkan pada iwan ni tapi tak terkata.... sebagai seorang ibu mesti nak yang terbaik untuk anak kita kan begitu juga dengan aku.....
Gambar di bawah semasa bercuti di Pulau Tioman baru-baru ini (belum up upload lagi kan hehehe)
Luv u Iwan.....dari Abah, ibu n Erin......muahhh...muah...muah...
salam sis...amik award kat blog nani yer...
ReplyDelete