Dec 24, 2009

Aku mengandung tapi...........

Hari tu aku disahkan mengandung....Syukur alhamdulillah senang hati ku suami pun senyum lebar dengar berita tu apalagi anak-anakku, masing-masing dah fikir anak bagi nama ngan adik diorang yang bakal lahir nanti lelaki ke perempuan ke tak tahu lagi.
Tapi kegembiraan hanya lah sementara yang x sampai sebulan atau pun sehari tapi beberapa jam sahaja apabila doktor memanggil aku dan suami dan doktor mengesahkan bahawa aku mengandung luar rahim.... Ya Allah tuhan yang maha kuasa mungkin ini takdir ku. Aku terima seadanya. Aku bertanya doktor kalau aku boleh membesarkan walaupun di luar rahim tapi doktor memberikan kata dua antara aku dan baby tersebut. Aku tak boleh membesarkannya di luar rahim dan terpaksa dibuang kerana kalau ia membesar dan pecah ia kan meragut nyawa ku dan baby pun x ada....... Aku redha dengan segalanya. Keputusannya aku terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang'nya' sedih memang ada di lubuk hatiku....... Satu malam aku menangis. Menangis kerana terpaksa membuang dan menangis kerana takut untuk dioperation keesokkan harinya.....
Malam tu aku dah berpuasa.... biasalah malam tu 2 orang doktor memeriksa aku... sakit x usahlah nak cakap tuhan sahaja yang tahu. Malam tu juga aku disiapkan untuk operation tetapi bilik operation penuh dan terpaksa dibuat untuk keesokkan harinya.. Pendarah memang banyak pada malam tue.. Suami pula x ada kerana terpaksa membawa balik iwan n erin ke rumah. Al maklumla kami tidak mempunyai keluarga di sini. Sedih..

Jam 9.00 pagi 7.12.2009 aku di masukkan ke bilik operation. Waktu ni memang idi ada di sisi...



Jam 12.00 tengahari aku dikeluarkan dari bilik pembedahan... 3 jam juga aku dikerjakan hehehehe.... Idi rupa-rupanya sempat lagi ambil gambar...



Dalam keadaan yang tidak sedarkan diri... idi sempat mengambil gambar, nasib baik doktor atau nurse dekat sana x marah. Idi yang tidak berani nak menyalin pakaian ku kerana takut menganggu semua benda yang melekat di badan ku....... Setelah beberapa jam aku dengar idi berbisik di telinga ku bahawa mak dan abah ku akan datang dari Sabah malam tu juga..... Senang hati aku mendengar. Senang hati juga aku, sedar sahaja dari ubat bius ni aku nampak idi, iwan dan erin di sisi.....
Terima kasih buat suami ku yang memberikan aku semangat dan keyakinan untuk menjalani operation ni, walaupun aku tahu dari riak wajahnya bahawa kebimbangan memang jelas terpancar sebelum aku masuk wad pembedahan........... Luv u.

2 comments:

  1. ciannyer...same cam biras ieda, ngandung luar rahim gak...xde, insyallah ade rezeki lagi pas neh :) take care

    ReplyDelete
  2. ieda - tulah sakit x bole nak cakaplah... Insyallah kalau ada rezeki ada gak tue...t.kasih ieda.. masih dalam pantang lagi nie hehehehe

    ReplyDelete