Setelah berada 3 malam di hospital doktor mengesahkan bahawa aku boleh keluar pada 9hb tue... Mak dan abah sampai ke Kuantan jam 8.00 malam pada hari ke 2 aku berada di hospital. Adalah orang cakap nurse-nurse dekat sini garang-garang belaka tapi sebaliknya pula ngan aku. Nurse-nurse dekat sini semua ramah dan baik-baik belaka terus terang aku katakan...termasuk sister yang handle pada hari tue.... Idi ingin menempatkan aku di wad 2 tetapi tidak di benarkan oleh nurse kerana keadaan sakit ku pada waktu itu sangat serius dan mereka di tempat aku di wad 3 dan berhampiran ngan kaunter.. Wad 3 ni pun selesa gak x adalah sesak betul...
Memang hospital HTAA ni bersih setiap pagi nurse akan mengemas setiap katil pesakit dan menggantikan cadar atau selimut.
Hari ke 2 di hospital dah boleh duduk perlahan-lahan.. Ini adalah nasihat nurse dan doktor yang agar aku sentiasa bergerak walaupun perlahan untuk meregangkan urat-urat yang lepas operation tue.. Kali pertama keluar dari bilik pembedahan memang sakit untuk bergerak kencing pun diuruskan oleh nurse-nurse yang bertugas. Hari ke 2 tu juga aku bergerak secara perlahan ke tandas tetapi dipimpin oleh idi.... Muka ku yang menahan sakit juga tue...
Haaaa............ ni ialah bahagian perut aku yang ditebuk dan disambungkan ngan 'hos' kecil, ni untuk mengeluarkan darah kotor yang terdapat di dalam.
Ni dia... Benda ni lah yang aku bawa bersama kesana kemari ngan air yang di sambung apabila masuk tandas..... Idi cakap ni "LAMPU AJAIB" hehehehe..
Hari terakhir aku di hospital x sabar nak keluar.... Mak dan abah dah sampai. Di atas tu ialah bekas 'hos' darah yang telah di cabut keluar... Ya Allah tuhan jelah yang tahu sakitnya apabila benda tu di tarik keluar.. hidup-hidup aku di cabut... Sakit.
Dibalut cantik oleh nurse... hehehehe macam balut hadiah. Darah memang keluar pada waktu nie.
Tangan ku yang masih bengkak waktu nie... Apa tidaknya bengkak 2 batang jarum masuk satu sewaktu aku di tahan dari 6hb tue satu lagi waktu aku operation... X pelah asalkan aku dah sihat dan keluar dari wad.. X sabar nak balik rindu ngan anak-anak dan rindu ngan mak dan abah yang menunggu kepulangan ku dari hospital.
Dibalut cantik oleh nurse... hehehehe macam balut hadiah. Darah memang keluar pada waktu nie.
Tangan ku yang masih bengkak waktu nie... Apa tidaknya bengkak 2 batang jarum masuk satu sewaktu aku di tahan dari 6hb tue satu lagi waktu aku operation... X pelah asalkan aku dah sihat dan keluar dari wad.. X sabar nak balik rindu ngan anak-anak dan rindu ngan mak dan abah yang menunggu kepulangan ku dari hospital.
Kepada doktor-doktor, nurse-nurse serta sister dan doktor pakar yang bertugas pada hari tu iaitu 6hb - 9hb December 2009 saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana meberi layan yang baik kepada aku pada hari tersebut.. Walaupun aku tahu tugas mereka memang berat dan memang banyak pesakit pada waktu tu tapi mereka tetap baik melayan aku. Terima kasih banyak.
salam hazel..
ReplyDeletetakut tgk perut kena tebuk tu..hazel sakit
apa yek sampai kena operate tu..
semoga hazel cpt sembuh dan rehat2kan diri..
kena pantang tu..taka care..
salam zieha....
ReplyDeleteorang tengok dah ngeri..benda yang melekat kat perut aku lagi lah takut hehehe.. Saya mengandung luar rahim lah zieha. X tahu pun mengandung coz darah haid keluar tapi x henti2 pula, berlarutan sampai 3 minggu.
Tengah dalam pantang lah nie.. thanks zieha.