Nov 29, 2009

Selamat Hari Jadi - Muhd Iqhwan...

Hari Raya Aidiladha nilah iwan di lahirkan.. Betul-betul takbir raya tu menusuk ke telinga ku sewaktu aku meneran iwan keluar..... Tuhan jelah yang tahu sakitnya waktu tu terdengar lagi takbir raya.... Jam 7.40 gitulah iwan selamat di lahirkan. Baby girl yang ku sangkakan keluar rupa-rupanya baby boy apa pun yang diamanatkan oleh Tuhan itulah yang ku terima. Ni akibat tersalah scan lah nie.. x pe asalkan semuanya selamat.
Asal je Hari Raya Haji mestilah iwan ingat akan birthdaynya ni bagi tahun Islam senang nak ingat kan. Sebenarnya birthday nya ialah 28 Mac 1999. Kini dah 10 tahun anak ku. Moga jadi anak yang soleh, pintar dan taat kepada Tuhan n orang tua. Setiap tahun iwan akan sambut 2 kali birthday... huhuhu bengkok lah kalau begini. Tapi time Raya Haji ni lah dia paling ingat.
Balik dari beraya Jumaat tue kita pi Secret Resepi nak pilih kek mulanya dia pilih cream cake with choc kalau x silap tapi ibu nak Blueberry Cheese Cake hehehehe sebenarnya aku yang nak makan...
Haaaa... ambik kau banyak perisa dan jenis kek ni just pilih je mana satu nak.

Semantara menunggu pekerja ni nak tulis atas kek.



Hari tu x lah buat secara besar-besaran just panggil kawan-kawan iwan je tu pun yang lain balik kampung.. Kebetulan kawan idi datang beraya jadi ramailah, tunggu kawan aku nani yang nak datang pun x datang-datang. Mungkin hubby dia masih keje. Hadiah? hadiah iwan awal dah di belikan.. dia nak basikal coz basikal yang lama dah hilang.


No comments:

Post a Comment