Oct 24, 2009

TENAGA NASIONAL BERHAD

Ada 2 ke 3 malam lampu dekat rumah nie bekelip-kelip macam x cukup je nak supply elektrik, x boleh nak pasang benda sikit soket dah tersentak naik.. Mesti ada something wrong dekat sini. Pagi-pagi ni anak-anak aku nampak api terpercik keluar dari soket dekat luar nie...
Tindakan mesti di ambil takut nanti terjadi lah pulak litar pintas ke atau apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku... Matilah hangus kang rumah sewa aku nie... Telefon ke 15454 dan mengadulah ke operator nie... tak sampai 10 minit unit dari TNB Kuantan dah telefon balik ke HP ku tanya alamat, dalam setengah jam 2 orang pekerja TNB datang dan terus tukar benda-benda alaf dekat luar tuh....



Ni 2 orang staff yang datang membaiki fius dekat luar.


Ni yang dah di tukar

Haaa... benda nilah yang di tukar, hancur habis dah sebelah dalam tuh terbakar.

Nampak tuh... nasib baiklah aku bertindak cepat telefon TNB, tu pun banyak fikiran aku nak telefon siapa last-last telefon mummy dekat sandakan mengadu, pas tu my mum cakap telefon lah dekat TNB sana... ehhhhhh baru lak terfikir kan.


Kepada TNB dan pekerja TNB Daerah Kuantan terima kasih kerana tindakan cepat yang diambil. Tak sampai 3 jam aku mengadu dah siap segala-galanya. Syabas TNB.

No comments:

Post a Comment