Jul 23, 2009

Moga Cepat Sembuh

Marilah kita bersama-sama mendoakan kesihatan MAS MARIA.....


Ni member saya di pejabat lama. Namanya Mas Maria, cantik namanya kan. Saya panggil Mas je. Orangnya pun lemah lembut juga, manis dan mas ni jenis yang manja..

Baru-baru ini saya dikejutkan bahawa mas terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa mas dalam perjalanan balik ke pejabat dari bandar kuantan ke ILP Gebeng. Kereta yang dipandu oleh mas melanggar bukit kerana mengelak sebuah lori dan ketika itu mas memandu dalam keadaan yang laju ditambah pula break kereta mas tidak berapa elok. (inilah yang keluar dari mulut mas ketika kak za dan ila bergegas ke tempat kejadian apabila mendapat tahu mas mengalami kemalangan).

Mas mengalami patah kedua2 kaki, tangan dan cedera di beberapa bahagian tubuh badannya. Semalam mas telah menjalani pembedahan, kaki kanan dan tangan kiri mas telah dimasukkan besi. Kaki kiri mas terpaksa menunggu selama 6 minggu lagi untuk di bedah, sebabnya saya pun tidak tahu lagi.

Saya sendiri pun belum lagi melawat mas di hospital atas beberapa sebab yang tidak dapat saya elakkan oleh kerana kesibukan saya sendiri.. Berita tentang kesihatan mas pun kawan je yang sms bagi tahu saya. Insyallah kalau ada kelapangan saya akan melawat mas.

Mas.........

Kak doakan semoga mas cepat sembuh,

kuatkan semangat demi suami, anak-anak dan keluarga tercinta..

Kepada semua pembaca blog saya ini bersama-samalah kita mendoakan agar Mas Maria cepat sembuh.. Amin.

No comments:

Post a Comment