Showing posts with label Mas Maria. Show all posts
Showing posts with label Mas Maria. Show all posts

Oct 16, 2009

Agar cepat sembuh... Mas Maria

Pernah dulu aku masukkan cerita mengenai kawanku yang bernama Mas Maria mengenai kemalangan yang menimpa dirinya.... Aku pun x tahu nak cakap apa coz kawan ni mengalami kemalangan yang agak serius gak, patah kaki dan tangan....


Nilah Mas Maria yang sentiasa tersenyum.....


Ni adalah gambar Mas selepas kemalangan dan dimasukkan ke hospital dan sekarang Mas berada di rumah untuk berehat, tapi tengok lah gambar di atas Mas berehat dengan besi yang tercucuk di tangan dan kakinya. Tak tahulah kenapa pihak hospital buat begini mungkin tuk mengembalikan keretakan tulangnya kot.... Aku tengok gambar di atas pun ngeri... Benda ni akan di buka dalam beberapa bulan lagi. Kesian Mas.

aku : Assalamualikum mas..

mas : Walaikum salam...

aku : Mas pe kabar?

mas : baik kak lin.. macam ginilah.

aku : mas, besi yang tercocok kat tangan kaki engko tu sakit tak?

mas : kak lin ni tanya gitu pulak.. sakitlah

aku : hehehehe yelah mas cian engko kan mas.. tak pelah mas engko ni sekarang ni dah jadi WANITA BESI.... hehehehe. Kalau time hujan ada kilat tu engko jaga-jaga sikit ye, tu besi nanti kilat tu kena engko dan satu lagi suami engko takut nak marah mas coz mas banyak besi kat badan hehehe.. jangan marah ye mas kak main je.... (tapi dalam hati tuhan je yang tahu sedih ku macam mana.. mengalir air mata ku)

mas : kak lin ni ade-ade je....

Mas sekarang berehat di rumah dan di bagi MC selama beberapa bulan oleh doktor. Harap Mas cepat sembuh....

Jul 23, 2009

Moga Cepat Sembuh

Marilah kita bersama-sama mendoakan kesihatan MAS MARIA.....


Ni member saya di pejabat lama. Namanya Mas Maria, cantik namanya kan. Saya panggil Mas je. Orangnya pun lemah lembut juga, manis dan mas ni jenis yang manja..

Baru-baru ini saya dikejutkan bahawa mas terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa mas dalam perjalanan balik ke pejabat dari bandar kuantan ke ILP Gebeng. Kereta yang dipandu oleh mas melanggar bukit kerana mengelak sebuah lori dan ketika itu mas memandu dalam keadaan yang laju ditambah pula break kereta mas tidak berapa elok. (inilah yang keluar dari mulut mas ketika kak za dan ila bergegas ke tempat kejadian apabila mendapat tahu mas mengalami kemalangan).

Mas mengalami patah kedua2 kaki, tangan dan cedera di beberapa bahagian tubuh badannya. Semalam mas telah menjalani pembedahan, kaki kanan dan tangan kiri mas telah dimasukkan besi. Kaki kiri mas terpaksa menunggu selama 6 minggu lagi untuk di bedah, sebabnya saya pun tidak tahu lagi.

Saya sendiri pun belum lagi melawat mas di hospital atas beberapa sebab yang tidak dapat saya elakkan oleh kerana kesibukan saya sendiri.. Berita tentang kesihatan mas pun kawan je yang sms bagi tahu saya. Insyallah kalau ada kelapangan saya akan melawat mas.

Mas.........

Kak doakan semoga mas cepat sembuh,

kuatkan semangat demi suami, anak-anak dan keluarga tercinta..

Kepada semua pembaca blog saya ini bersama-samalah kita mendoakan agar Mas Maria cepat sembuh.. Amin.