Jul 18, 2009

Apa Pendapat Dan Perasaan Anda..............???

PASANGAN KEKASIH DIHUKUM GANTUNG KERANA MEMBUNUH...
(Artikel ini saya copy n paste dari Blog My Adha.. Minta izin ye Adha..)

Sepasang kekasih meraung selepas dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam, selepas didapati bersalah membunuh seorang pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIA) dengan menjerut dan mencekik leher mangsa, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menjatuhkan hukuman itu terhadap bekas pelajar kolej PTPTL, Noralina Ahmad Dasuki, 22, dan bekas pekerja Astro, Muhammad Khairul Anuar Abdullah, 27, yang sudah berkahwin serta mempunyai seorang anak berusia tiga tahun.Malah mangsa, Juliana Md Fuzi, 20, yang juga rakan Noralina, turut dirogol Muhammad Khairul sebelum dibunuh.Mohamad Zabidin ketika menjatuhkan hukuman, berkata hanya satu hukuman diperuntukkan undang-undang bagi kesalahan membunuh iaitu hukuman mati.“Oleh itu, kedua-dua tertuduh akan dibawa ke penjara yang sah dan ditahan di situ sehingga dihukum gantung di leher sehingga mati,” katanya.

Sebaik mendengar hukuman, Noralina yang gagal mengawal emosinya bersumpah tidak melakukan kesalahan itu dan terus meraung di dalam kandang tertuduh sehingga terpaksa ditenangkan ibu bapanya.Insiden itu turut menarik perhatian hadirin sehingga ada yang menangis apabila melihat pelukan kasih ibu bapa terhadap anaknya yang menggambarkan kasih sayang mereka.
Ibu Noralina sambil menangis menasihati anaknya supaya menerima keputusan itu dengan reda selain berkata: “Mama sayangkan adik, hanya Allah yang tahu apa berlaku, adik jangan tinggal sembahyang, berdoa banyak-banyak.”Ketika dibawa keluar polis mahkamah dari kandang tertuduh, Noralina masih lagi merayu ibunya melepaskannya, malah dia yang kelihatan lesu enggan menerima bekalan makanan walaupun dipujuk keluarganya.

Muhammad Khairul pula dilihat menangis dan menekup tangannya ke muka. Sebelum dibawa ke lokap, dia dengan tangan bergari sempat memeluk anak lelakinya dan menangis teresak-esak ketika didekati isterinya.

Pegawai penjara dan polis mahkamah juga terpaksa membawa Muhammad Khairul ke lokap apabila ibunya gagal mengawal emosinya dan meraung tidak mahu melepaskan anaknya itu serta dalam nada pilu berulang kali meluahkan: “Anak mak, mak sayang”.Noralina dan Muhammad Khairul dituduh membunuh Juliana di bilik nombor 5133, Tingkat 5, Sunrise Apartment, Wisma Indah, Blok 498, Jalan Tun Razak, Cheras di sini, antara jam 10 malam, 23 Mac 2007 hingga jam 8 malam, 24 Mac 2007.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Yaacub Chik, manakala Noralina diwakili peguam Karpal Singh dan peguam T Suresh mewakili Muhammad Khairul.

- BERITA HARIAN / 15 Julai 2009.
*sedih, kasihan dan geram gak kan....

No comments:

Post a Comment