

Aku yang kepenatan waktu berada di Sandakan coz x de rehat, jaaaaalaaan jak kerja ku. hehehe
Ni jumpa Nasser Wahab ni pun waktu nak balik kebetulan kereta ku parking bersebelahan ngan Nasser jadi ambil kesempatan gak lah.. Nasser ni dah duduk pun dalam kete, iwan panggil je nak ambil gambar terus dia kuar... hehehehe terima kasih ye...
Vitamin K, Naphthalene (moth Balls), Probenecid, Methylene Blue, Acetyl Phenylhydrazine, Quinidine, P-Aminosalicylic acid, chloramphenicol, Methyldopa, Mefenamic acid (ponstan), Fava Beans, Primaquine, Pamaquin, Mepacrine, Quinine, Acetyl salicylic acid dan Phendacetin.
Sewaktu berada di Sandakan aku sendiri telah membawa iwan untuk membuat pemeriksaan G6PD kerana iwan dari lahir lagi telah disahkan menghidap G6PD tetapi tidak serius.. Doktor menyatakan bahawa penyakit nie tidak boleh hilang sampailah ke tua tetapi ada aku dengar kata-kata orang bahawa penyakit nie boleh gak hilang tulah aku bawa iwan buat pemeriksaan..
Iwan sekarang memegang kad berwarna merah iaitu kad G6PD yang dikeluarkan oleh pihak hospital ketika pemeriksaan selama beberapa minggu selepas iwan dilahirkan dan disahkan menghidap G6PD. Memang setiap kali iwan sakit aku tidak memberikan ubat yang sembarangan dan akan membawa dia ke klinik, kalau pun aku ke farmasi membeli ubat aku akan tunjukkan kad merah tuh.. Makan pun kena jaga juga.
Waktu di ambil darah nie iwan punyalah kuat berteriak... ya rabbi iwan... pas tu ketawa lah pulak katanya geli waktu darah tu disedut ke jarum tuh...
Dan setelah seminggu keputusan yang aku terima ialah...................
Iwan masih lagi menghidap G6PD tersebut.. Keputusan doktor telah diambil oleh kakak ku Kay kerana waktu tu kami dah balik ke Kuantan.. Insyaallah kalau iwan berumur 15 tahun aku akan bawa lagi iwan buat pemeriksaan.
Apa pun aku doakan agar Iwan sihat selalu, aktif dan ceria seperti budak-budak lain. Amin.
Suka betul dia nie.....
Erin menunggu giliran hendak di pasangkan samping n dibuat rambut. Rambut dia ni aku yang ikat dari rumah.. Dah kata cikgu sanggul aku ikat je.... hehehehe
Sampai 2 orang mengerjakan erin nie... Tahulah anak dara aku sorang nie halus mulus betul.. Perempuan cina tu kata anak u semua kecil pipi, mulut, muka, bibir, mulut dia semua kecil.... Tali pinggang besi yang di pakaikan erin tu lilit 3 kali di pinggang dia.. hehehehe
Erin menunggu giliran....
Sampai dah giliran erin... diam terus x gerak..
Haaaa.... ini lah erin yang dah siap sepenuhnya.....
Menunggu giliran tuk membuat persembahan. Sebelum tu erin cakap ngan saya.. "ibu ketar pula hati erin ni nak menari atas tuh". Hehehehe takut lah tuhh..
Ngan Anan.. Anan ikut pertandingan Syair.
Erin dan Adani.
Sorang ni lupa pula nama dia.
Dahaga engko erin lepas dari membuat persembahan...
Dah namanya budak kan, mana nak duduk diam.... mainlah sementara menunggu keputusan.
Dengan ini diumumkan juara pertandingan tarian rampai tradisional di menangi oleh Pra SKIM Utama Kuantan.... Dah 2 tahun berturut-turut sekolah ni menang.
Erin ngan piala kemenangan..
Bersama ngan cikgu dan jurutari... yang lelaki cina tulah jurutari tarian rampai tradisional nie... jangan tekezut yeee...
Kumpulan SKIM UTAMA
Akhir sekali gambar bersama ibu merangkap pengurus dan pengiring... hehehehe
Abah diakhir acara baru hadir coz abah keje. Tapi sempat gak dia melihat anak dara dia membuat persembahan sebabnya juara dikehendaki membuat persembahan sekali lagi.
Apa-apa pun tahniah buat Erin dan kawan-kawan serta guru-guru sekolah SKIM UTAMA. Mereka akan mewakili Peringkat Negeri pula tapi x tahu bila...