Dec 24, 2009

Aku mengandung tapi...........

Hari tu aku disahkan mengandung....Syukur alhamdulillah senang hati ku suami pun senyum lebar dengar berita tu apalagi anak-anakku, masing-masing dah fikir anak bagi nama ngan adik diorang yang bakal lahir nanti lelaki ke perempuan ke tak tahu lagi.
Tapi kegembiraan hanya lah sementara yang x sampai sebulan atau pun sehari tapi beberapa jam sahaja apabila doktor memanggil aku dan suami dan doktor mengesahkan bahawa aku mengandung luar rahim.... Ya Allah tuhan yang maha kuasa mungkin ini takdir ku. Aku terima seadanya. Aku bertanya doktor kalau aku boleh membesarkan walaupun di luar rahim tapi doktor memberikan kata dua antara aku dan baby tersebut. Aku tak boleh membesarkannya di luar rahim dan terpaksa dibuang kerana kalau ia membesar dan pecah ia kan meragut nyawa ku dan baby pun x ada....... Aku redha dengan segalanya. Keputusannya aku terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang'nya' sedih memang ada di lubuk hatiku....... Satu malam aku menangis. Menangis kerana terpaksa membuang dan menangis kerana takut untuk dioperation keesokkan harinya.....
Malam tu aku dah berpuasa.... biasalah malam tu 2 orang doktor memeriksa aku... sakit x usahlah nak cakap tuhan sahaja yang tahu. Malam tu juga aku disiapkan untuk operation tetapi bilik operation penuh dan terpaksa dibuat untuk keesokkan harinya.. Pendarah memang banyak pada malam tue.. Suami pula x ada kerana terpaksa membawa balik iwan n erin ke rumah. Al maklumla kami tidak mempunyai keluarga di sini. Sedih..

Jam 9.00 pagi 7.12.2009 aku di masukkan ke bilik operation. Waktu ni memang idi ada di sisi...



Jam 12.00 tengahari aku dikeluarkan dari bilik pembedahan... 3 jam juga aku dikerjakan hehehehe.... Idi rupa-rupanya sempat lagi ambil gambar...



Dalam keadaan yang tidak sedarkan diri... idi sempat mengambil gambar, nasib baik doktor atau nurse dekat sana x marah. Idi yang tidak berani nak menyalin pakaian ku kerana takut menganggu semua benda yang melekat di badan ku....... Setelah beberapa jam aku dengar idi berbisik di telinga ku bahawa mak dan abah ku akan datang dari Sabah malam tu juga..... Senang hati aku mendengar. Senang hati juga aku, sedar sahaja dari ubat bius ni aku nampak idi, iwan dan erin di sisi.....
Terima kasih buat suami ku yang memberikan aku semangat dan keyakinan untuk menjalani operation ni, walaupun aku tahu dari riak wajahnya bahawa kebimbangan memang jelas terpancar sebelum aku masuk wad pembedahan........... Luv u.

Dec 22, 2009

Akhirnya..........

Ahad - 6 Disember 2009. Biasalah kan aku yang selalu lambat nak meng'entry'. Ahad tu biasalah pi jenjalan kesian ngan iwan n erin yang terperuk je kat rumah selama cuti sekolah, belum ada plan nak pi bercuti lagi. Insyaallah akhir tahun baru nak pi bercuti tapi tak tahu kat mana nak pergi....


Gambar aku n erin..waktu ni memang aku dah sakit tapi masih maintan lagi kan.. wajah yang di buat-buat ceria padahal menahan sakit aku seorang je yang tahu....

Wajah idi yang separuh je yang dapat n iwan yang langsung tidak kelihatan.... hehehehe..

Sempat lagi jalan satu Mega Mall sambil lepak-lepak. Nak pergi klinik tapi x ada doktor perempuan waktu tu jadi terpaksa pi malam. Jadi sambil menunggu malam tue kita 4 beranak jalan-jalan dulu habiskan masa...

Malam jam 7.45 tiba di Klinik Al-Farabi Kuantan..ramai orang waktu tue. Tiba giliran aku doktor lelaki gak yang periksa tapi doktor tue bagi pula saya ngan doktor perempuan yang biasa periksa aku..... Dah jumpa doktor perempuan tue dah bagi tau masalah yang aku hadapai akhirnya aku di scan.... dan keputusan nya ialah............... ada sesuatu di luar rahim ku.. berderau darah ku. Sakit perut yang aku hadapi selama ini dah dapat di kesan. Idi di panggil oleh doktor Noritta (kalau x silap) doktor yang sangat baik sekali. Doktor menasihati idi supaya aku di bawa malam tu juga ke hospital untuk dirujuk dan dibuat pemeriksaan yang lebih teliti. Surat "emergency" dah dikeluarkan oleh klinik tersebut untuk Hospital Besar Kuantan. Setelah sampai di HTAA diperiksa sana, diperiksa sini, di cek air kencing.... dan

....

....

....

....

....

AKHIRNYA...........................malam tue juga aku di tahan di Hospital.

Engkau nampak aku senyum..? Ya senyuman yang banyak tersirat di dalam hati yang orang lain x tahu.. senyuman yang dalam ketakutan, apa lah yang akan terjadi selepas ini.. Senyuman ini aku buat untuk 2 orang anak-anak ku yang waktu ni berada di hadapan ku supaya mereka x takut apa yang aku rasa sekarang, aku tak nak menakutkan diorang berdua.... Senyuman ku ini hanya suami ku Idi je yang tahu yang sebenarnya aku sangat takut pada waktu nie.....


Sakittt..... masuk air nie.... Aku yang sangat penakut ni telah di cucuk oleh jarum... ohhhh tidakkk....
entry selanjutnya akan kau masukkan pada masa yang sesuai..

Dec 19, 2009

Ku Gagahi Jua......

Uiiiiii.......tajuk tue... Ku Gagahi Jua. Sebenarnya 2 minggu yang lalu 5hb hari Sabtu aku pergi kerja untuk siapkan semua kerja-kerja yang tertangguh, yang sebenarnya aku tu menahan sakit perut yang lebih kurang 3 minggu lebih sakitnya. Kerana tugas aku turun jua ke pejabat walaupun pada hari tu hujan turun dengan lebat dan perut ku yang sakit.

Berdua je ngan pegawai kewangan seorang waktu tue dalam pejabat ni Ja.. Nak settle semua pembayaran sebelum hujung tahun nie...
Lihatlah wajah ku yang x ceria waktu tu... sakit, hujan sejuk lagi. Pekerja bertanggungjawablah katakan... hehehehe angkat bakul pulak aku kan... Waktu snap-snap gambar nie keje dah settle dah beres semua tinggal Ja lagi jadi aku tunggu gak dia kan... sunyi betul pejabat waktu nie..


Dec 17, 2009

Permata Hati Ku....

2 orang nilah permata hati ku... x sanggup aku berpisah dengan permata hati ku ni.. Walau macam mana pun nakal dan lasaknya 2 orang ni, mereka jantung hati ku. Dah namanya budak kan kalau duduk diam je x buat apa-apa kita juga yang risau tengok keadaan diorang...... Dialah racun dia jugalah penawar. Jika di takdirkan hanya erin dan iwan jak yang hadir dalam hidup kami aku terima seadanya.





Anak-anak ku yang sentiasa lasak.. erin yang sekarang ni pandai dah 'btumbuk' macam lelaki. Iwan yang semakin membesar. Kalau tinggal berdua ngan erin ada jak permainan lasak diorang.



Di hadapan rumah kami di Sandakan Sabah... dari kiri erin, chemp (anak buah), iwan dan iqbal (anak jiran yang sentiasa nakal juga hehehehe)


Macam lelaki erin ni...ngan mainan pistol lagi.

Erin ngan sepupu 2 kali dia....


Dec 12, 2009

Coklet....

Kepada penggemar coklet.... nak bagitau sayangggggg nak makan coklet nie.. huhuhu kerana reka bentuknya. Tapi kalau x makan sampai bila nak simpan pula kan jadi jemput makanlah semua yeeee...



Ni coklet yang dikirim dari Langkawi...


Sayang nak makan kan.... bermacam-macam reka bentuk kerang n siput dalam perisa coklet. Saya makan 1 2 biji je yang lain diselesaikan oleh idi dan anak-anak.....

Dec 6, 2009

Sepetang di Rompin

Pi Rompin hari tue makan di One Seafood, sementara menunggu erin berlatih di RBR kita 3 beranak keluar cari makan dan singgah di Restoran nie..
Suasana yang damai dan terasa tenang lagi di sini. Adalah pula gambar aku dan iwan, mestilah kan ni blog aku, aku punya suka lah nak letak gambar sesiapa je yang aku suka kan.

Kalau perjalanan jauh memangnya aku suka makan sup... tapi sup ni dah habis x ingat nak snap gambar dulu.. lapar agaknya.

Ni kerang bakar yang di oder oleh idi.. makan gitu je x makan ngan nasi pun. sedap gak.

Ni biasalah kegemaraan iwan...pantang dia nampak menu western food nie.. Jemput makan.


Dec 2, 2009

RILEKS DI BALI SPA.

Ahad lalu x tahu nak buat apa.. kemas rumah pun dah. Last sekali ajak suami pi jalan-jalan. Tahu jelah sehari di rumah ok gak tapi kaki ni gatal betul nak jalan. Jalan-jalan dekat megamall terasa pula nak pi SPA. Sekali-sekala kita manjakan diri apa salahnya kan.... jadi aku berdua ngan idi lah masuk dalam...
Lega rasanya dibelai-belai badankan..masa tu tak sedar dah tertidur pula hampir sejam dalam SPA tu bestnyeeee.....


Maaflah ye tuan-tuan dan puan-puan hanya kaki dan perempuan yang urut aku tu jelah yang dapat dipaparkan dalam blog ni yang lain 18sx bahaya oouuiiiiii...... Dari hujung kaki hingga ke hujung rambut aku di urutnya.. kuat gak tangan perempuan dari Bali nie. Dah hampir 6 tahun aku x berurut badan ni, leganya tidak terkata.

Ni idi dekat luar urut kaki sementara di menunggu aku.. dia ni hanya urut kaki jelah kalau urut badan tu x pe biar aku yang urutkan... hehehehe

Erin yang nak ikut gak dalam kamar tue... dia ni baring sebelah katil aku...

Iwan yang menemankan abahnya dekat luar sambil tv yang ada di dalam tu di bolotnya sekali.. hehehehe

BRANDS INNERSHINE

Ni semua orang sedia maklum dan tahu kan InnerShine ni..... alahh yang Camelia minum tuh. Saja je nak bagi tahu kepada sesiapa yang diluar sana tuh yang inginkan raut wajah berseri minumlah nie... Keberkesanan nya? Emmmmm....... x tahu lagilah saya sebenarnya dah lama minum ni tapi beli sebotol-sebotol pas tu berhenti tapi kali ni beli yang sekotak terus. Insyallah kalau kita amalkan minum ni akan menjadi gak tapi janganlah pula sekejap ambil pas tu berhenti kan.
BRAND'S InnerShine Pati Prune ni adalah kaya dengan serat makanan daripada buah Prun, tinggi dengan Vitamin C dan mengandungi Oligofruktosa dan Inulin. Kesihatan dalaman dapat menyerlahkan seri kecantikan anda. Minuman yang lazat ini bermanafaat untuk tubuh badan secara keseluruhannya dengan meningkatkan pengambilan serat makanan anda secara semulajadi. BRAND'S InnerShine Pati Prune tidak mengandungi bahan pengawet. Amalkan pada waktu malam setiap hari untuk tampil lebih menawan..... (dipetik dari kotak InnerShine)

Sekotak ni harganya dalam RM 28.++ gitulah x ingat pula.

Ada lapan botol dalam sekotak ni..

Rasanya? rasanya masam-masam gitulah kan dah namanya Prune. Dalam sebotol ni mengandungi Fresh prunes, Vitamin C, Prebiotics, High bio-availability dan concentrated essence. Tidak mengandungi pewarna dan perisa tiruan dan tidak mengandungi gula.
Nak tengok keserian wajah ku? ahaks..... tunggulah kalau dah berseri-seri barulah dikeluarkan di blog nie... hehehehe... macam iklan pula kan... x pe, x rugi pun kalau mencuba kan bukannya kita minum racun.... tuk kesihatan kita juga

Dec 1, 2009

Egg Tart

Semenjak dua menjak ni kerajinan ku yang tahap melampau datang balik.....hehehehe. Kali ni aku buat pula Egg Tart, ni kegemaran suami dan anak-anak apalagi dah cuti sekolah sekarang nie dekat rumah mestilah di sediakan makanan tuk budak-budak nie... resepi ni saya ambil dari kak umie - Home Sweet Home minta izin kan ye kak. Jadi kalau ada sesiapa yang nak resepi ni pergilah berkunjung ke rumah kak umi di blog kak ni macam-macam adaaa.....

Kuih ni kalau dah keluar dari oven terus hilang sebab penggemarnya dah menunggu terutamanya Erin.... Jadi ni malam terus up date. Buat dalam 25 biji je tapi tengok-tengok belum lagi sejuk sepenuhnya dah separuh....hehehe x pelah kan dibuat untuk di makan bukan untuk perhiasan. Kalau begini lagila semangat aku membuat tuk keluarga ku. Suami puji sedap... terima kasih yee.. kalau rajin nanti buat lagi.