Sebelum p menjelajah taman n p mandi-mandi kita p sarapan dulu. Kita bangun jam 8 lebih. Tempat breakfast ni berada di tingkat 1 dan bilik tempat kita tinggal berada di tingkat 16. Nak masuk tempat ni pun kena beratur juga. Ketika ni ramai pelancong dari luar Malaysia.
Nak p sarapan beratur nak masuk dalam taman ni pun beratur juga.. Ramai orang lebih kurang sejam juga kita beratur dekat luar ni nak dapatkan tag ni dah lah panas. Untuk pengetahuan semua permainan yang ada dekat dalam taman ni yang mana kita nak main semuanya kena beratur kecuali nak mandi-mandi x yahlah beratur. Jom kita pi menjelajah. Kita boleh masuk Amusment Park n Water Park Only.. ni dah termasuk dalam pakej yang kita booking hari tu.
Akhirnya setelah lebih kurang sejam beratur di luar dapat juga kita masuk. Tapi sebelum tu semua beg yang di bawa masuk di periksa oleh petugas agar tidak ada bekalan makanan dan minuman yang di bawa masuk ke dalam taman itu walaupun sebotol mineral water.. Sempat lagi kita orang beli baju Sunway Lagoon, tu yang di pakai oleh iwan n erin tu. Masa tu juga mereka nak tukar. Saya n Idi ada beli juga tapi x la tukar.. Gambar-gambar yang disiarkan di bawah adalah di sekitar taman..
Pas ni kita nak naik benda ni...
Erin ni tengah takut gitu juga saya adalah rasa gayat sikit, abang iwan n idi rileks je. Erin siap pegang tangan lagi x bergerak pun dia dalam tu..
Pas ni kita nak naik benda ni...
Erin ni tengah takut gitu juga saya adalah rasa gayat sikit, abang iwan n idi rileks je. Erin siap pegang tangan lagi x bergerak pun dia dalam tu..
Ni pemandangan dari atas.... cantik.
Ni permainan yang ke 2 kita main.. erin duduk ngan idi. Oleh kerana idi yang pegang kamera tu x dapatlah nak ambil gambar diorang.... permainan yang ke 3 tu kena duduk dalam kasut n berputar laju tu x sempat nak ambil, dekat situlah pening gila rasa macam nak muntah. Yang ke 4 tu di dalam arus deras tu pun x dapat nak ambil gambar disebabkan kita kena berpegang kuat dekat benda tu. Erin waktu tu nangis sebab takut.
Nilah erin makan ice cream waktu ni kita tengah tunggu idi main benda alaf tu. Iwan ada gak tengah duduk dekat tepi tu makan ice cream dah penat.
begaya saja si erin ni!
ReplyDelete