Jan 31, 2009
Jan 26, 2009
Dunkin' Donuts.
Ni mesti semua yang tengok dah tahukan.... Dunkin Donuts.. Sedap hooooo. Donuts ni di bawa oleh suami ku yang balik dari berkursus minggu lalu di Melaka, On the way nak balik dia singgah nak beli benda ni bersama seorang rakan (Nordin). Sebenarnya Nordin yang nak makan oleh kerana terlalu banyak dia bagilah ngan anak2 aku yang kebetulan menunggu abahnya balik..
Boringnyeeee.............
terasa betul BORING ni... sebenarnya banyak hal nak di masukkan di dalam blog nie tapi di sebabkan kesibukan dan kepenatan aku ni maka aku simpan je semua hasrat ku untuk memblog. Akan ku siarkan juga tapi x sekarang .....
Bila? akan tersiar juga.....
Jan 20, 2009
Fahamilah kepenatan & kesusahan ku ini....
Jan 16, 2009
Tak mau macam aunty Noi...
Haaaa.... nilah hasilnya depan tu memang lah nampak cantik tapi belakang tu mcm entah x pe je jadinya cina tu cakap tu "kakak ni gunting layer lah di belakang" Tapi sebelum rambut erin di gunting tu dia ada pesan lagi tau.. tahu apa tak? Ni pesanan dia "Ibu kalau potong rambut erin jangan potong macam aunty Noi yek, erin tak suka lah macam tak sisi (sikat) jek rambut aunty noi tu macam boboy lagik tu" hehehehe sorry aunty noi....
LIVERPOOL

Persoalannya jaket Liverpool iwan tu merah ke kelabu? tentulah kalau Liverpool merahkan, masalahnya ialah pada gambar tu x taulah napa satu gambar tu kelabu pula. Sebenarnya iwan ni cari jaket MU tapi x dapat jumpa lah pula Liverpool, apa lagi dia rembat lah.
Lama dah iwan mengidam jaket ni... akhirnya tercapai juga budak sorang ni, beli jak x sempat lagi nak simpan dalam beg plastik dah di pakai.. Bestlah budak2 sekarang ni apa dihajat semuanya dapat x macam kita dulu...
Jan 8, 2009
Biru, Oren dan Hijau....



Warna Hijau ni adalah baju koko (Kokurikulum) ni dipakai setiap hari Rabu.
Inilah baju sekolah erin setiap hari, diulang2 sehinggalah akhir tahun. Untuk pengetahuan semua setiap baju di ada seluar panjang sendiri yang mcm erin pakai ni.
Jan 5, 2009
Coklet..yummy
Hari Pertama Ke Sekolah..
Ni gambar abang iwan tengah perhimpunan.. dah tahun 4 dah anak lelaki aku ni..
Beginilah budak2 ni di bekalkan x makan tapi di kelas tu pun ada di sediakan sarapan pagi dan makan tengahari jadi waktu dalam kete tunggu abang iwan baru dia makan bekal tu.
Hari Terakhir
Sebelum balik sempat lagi kita possing tuk kenangan.. x tau bila lagi nak kembali. Insayallah ada umur panjang dan rezeki kita balik lah di sini...
Nilah dia lambang kemegahan Sunway Pyramid... Terima kasih banyak pada Hotel SPA & Resort Sunway.. Kemudahan hotel ni semua ok, layanan mesra.. Sesiapa yang x pernah datang ke tempat ni datang lah sebab tempat ni best... Kita p hari tu siap ngan pakej lagi.. Nak tahu berapa boleh lah tanya yek.. X yah nak mention dekat sini.
Jan 4, 2009
Malam Kedua.

Budak dua orang ni dekat sinilah diorang lapar, tadi makan di Laksa Shake x nak pula diorang makan.. Makan Char Keow Teow , nak tahu harga dia? RM 29.00 sepiring tu, minuman dia tu RM 7.00... Standard lah harga hotel. Oder Sepinggan jak share ngan erin, saya n idi dah makan tadi.
Ni Red Grape halal non alkohol, tula kita minum harga sebotol ni RM50.++ jadi saya jak yang minum ngan idi. Iwan nak minum juga tapi idi x benarkan. Dah puas main n makan kita nak naik n panggil lah pelayan tu nak bayar, dah tu idi bayar semua RM110.++. Tapi kita bayar guna voucher yang diberikan oleh hotel yang berharga RM100.00 jadi lebihnya kita lah yang tambah. Jam 1.00 pagi baru kita masuk bilik nak tdo coz esok pagi kita nak kuar.