Feb 21, 2009

My Niece.....Nur Fatihah @ Yaya

Peristiwa ini terjadi seminggu lebih yang lalu, baru hari ini aku ada masa untuk memblog.

Hari tu kalau x silap hari jumaat aku telah menerima panggilan telefon dari my mum di sandakan memberitahu anak buah aku terjatuh n berlubang bahagian hidung, waktu tu aku tengah sibuk n bagi tau mum nanti aku tel kakak (umi yaya) tanya apa yang terjadi (waktu tu hati aku memang x senang) tak sampai 5 minit adik dari Sandakan (aneng) mengirim gambar yaya pas tu x sampai 5 minit dari tu adik dari Kota Kinabalu (cinoi) mengirim gambar yang sama...

Nilah gambar yaya ( 6 tahun ).... mengalir air mata ku melihat keadaan yaya.. Yaya dimasukkan di hospital dan doktor pakar yang mengambil alih untuk merawatnya.. doktor memberitahu keadaan hidung yaya tergerak sedikit akibat jatuh.. yaya mendapat 4 jahitan di bahagian hidungnya.

Yang menyakitkan hati, pihak sekolah tidak membawa yaya terus ke hospital sebaliknya memanggil kakak yaya (fatin) untuk melihat adiknya dan yaya dibiarkan di bilik guru dengan keadaan berlumuran darah di baju....Cikgu sekolah tersebut hanya membuat panggilan telefon dengan kakak n abang ipar aku....bayangkan jam 11 tengahari kejadian ini jam 12 lebih hampir jam 1 tengahari baru yaya sampai di hospital.


Kenapa pihak sekolah tidak ada inisiatif langsung untuk membawa budak ini ke hospital.....
takut habis minyak kereta?
takut membayar ke?
atau pun guru2 di sekolah sana tidak ada perasaan langsung.... geramnya aku ngan guru2 tersebut....

Bukan kah kalau anak2 kita berada di sekolah ini adalah tanggungjawab mereka? Kita tidaklah memberikan mereka 100% tanggungjawab tapi kejadian ini berlaku di kawasan sekolah.... Doktor pakar pun hairan kenapa yaya tidak di bawa terus ke hospital nasib baik lah yaya waktu tu tidak pengsan.

Masih lagi tersenyum walaupun menerima 4 jahitan. Namanya pun budak kan....

Peace lagi........

Ni gambar yaya yang terbaru.... jahitan telah di buka dan nampaklah parut di bahagian hidung tuh......

Waktu persekolahan yaya tamat awal pada hari tu, x tau macam mana guru kelasnya boleh melepaskan budak ni. Setahu aku kalau budak PRA sekolah guru tidak akan lepaskan sehingga ibu bapa datang menjemput. Sebenarnya yaya telah terjatuh di atas simen yang tidak elok( kalau tidak silap) yang masih dalam pembuatan dan tidak di ratakan lagi... (adalah bucu2 tajam di sana) di situlah yaya terjatuh n terhempap mukanya. Walaupun begitu syukur alhamdulillah yaya selamat..

(nasib baiklah waktu tu aku tidak berada di situ kalau tidak sudah pasti aku akan pergi berjumpa guru besar atau guru kelasnya)

No comments:

Post a Comment