Jan 21, 2010

Cuti-Cuti Melaka - Suasana malam di Melaka

Hari tu sampai je kat hotel anak-anak terus mandi kolam ditemani oleh atuk. Saya, idi n mum rehat-rehat sambil melayan cinta balqis.. Malam tu jenjalan di bandar Melaka tengok suasana malam....

My mum n dad... di Eye On Malaysia.. X nak naik coz my dad gayat... hehehehe ni kali kedua kami pi EOM ni. Pertama kalinya semasa EOM ni di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur waktu tu kami 4 beranak naik ngan adik..Cinoi.


Erin yang dah kepenatan... dia landing je dilantai tue..



Malam tu lepas dari EOM pergi makan terus ke Dataran Taming Sari.... Balik je kat hotel saya n idi tinggalkan iwan n erin kat hotel ngan atuk nenek diorang. Saya n idi pergi lounge santai-santai..... jam 1.30 pagi baru balik hotel.. Mengancam betul penyanyi dari Filipina ni... seksi gile. Best...best...
Sorry ye... kebanyakkan gambar blurrrr je.. x tau lah kamera ni nak minta ganti kot.. hehehehe


Jan 19, 2010

Cuti-cuti Melaka - Part 1

Ni cerita sal cuti-cuti Malaysia hujung tahun 2009.. Lambatnya aku nak upload kan.. sibuk betul aku.. Cuti hujung tahun tu bawa my mum n dad bercuti ke Melaka walaupun masih terasa sakit lagi tapi kalau bercuti ngan keluarga sakit pun tak terasa....
Singgah rehat setelah beberapa jam memandu dari Kuantan.... R & R Air Keroh Melaka.. dengan muka yang penat..




Akhirnya kami sampai ke Melaka terus pergi ke Hotel Mahkota Melaka.. Nasib baiklah dah booking hotel ni awal-awal kalau x memang lah x tau nak tdo kat mana ni malam.. Penuh, tahu jelah time cuti sekolah waktu ni..


Iwan ngan atuk... permandangan yang cantik dari tingkat 13. My mum yang sangat takut coz tinggi katanya...


My mum n dad..


Ruang tamu....

Bilik yang selesa....



Sibuk macam mana pun.... my mini note book jangan di lupa.... Facebook n Blog menjadi keutamaan....

Jan 15, 2010

Makan Lagi....

Nak cerita sikit lagi sewaktu my mum n dad dekat Kuantan..... Jom kita layan gambar jelah..


Iwan ngan nenenk....



My mum n dad d Restoran Jonny di ECM.




Yummy..... sedapnya. Makanan kegemaran kami sekeluarga.......

Jan 7, 2010

Kenangan di Kuantan Bersama Mum n Dad..

Ni adalah hari-hari terakhir mum n dad ku berada di kuantan. Selagi keduanya berada di sini bawalah diorang ni pi meronda-ronda kuantan... Jom layan gambar jelah.
IKAN BAKAR MAIL..

Iwan yang bingung coz oren jus dia x de ais...

Peluk lah nenek n atuk tu kuat-kuat nanti sampai masa nenek n atuk nak balik nangis lagi....

Secret R.




Sungai Kita, Kuantan.


My mum n dad yang telah mengantuk... cucu 2 orang tu masih cergas lagi..




Jan 3, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Masih belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Walaupun hari ni kita dah 3 hari melangkah ke tahun baru. Moga tahun baru ini akan membuka lembaran baru bagi kita semua. Tinggalkan semua kenangan pahit. Kenangan manis pada tahun 2009 akan kita ingat selalu dan jadikanlah ia sebagai kenangan... Kepada yang mempunyai azam baru, tekadkanlah semangat dan azam supaya tercapai pada tahun ni. Jika azam tahun lalu x tercapai lagi teruskanlah azam tu pada tahun nie.



Gambar di atas diambil secara tiba-tiba.. al maklumlah nak tunjukkan logo di belakang yang sentiasa bertukar... Walaupun dah tahun baru tapi ada lagi aku nak pamerkan disini peristiwa pada hujung tahun lalu yang tak di blog lagi... hehehehe.


Dec 27, 2009

Taman Bandar Kuantan.

My mum n dad dah sampai Kuantan pada 7hb malam...gembiranya sebab waktu sakit-sakit begini walaupun ada suami dan anak-anak ada mak bapak lagi tambahlah ceria. Sakit pun cepat sembuh.. hehehehe.. Ni hari Sabtu bawa mak dan abah jalan-jalan kat Taman Bandar di Kuantan, sebelah petangkan ramai orang jogging kat sini. Waktu tu luka aku makin sembuh alhamdulillah bolehlah berjalan perlahan-lahan..
Mak dan abah suka betul keadaan dekat sini yang nyaman dan segar. Nasib baiklah x hujan waktu nie. Tak tahulah apa yang dad sedang gambar nie....

Atuk ngan cucu-cucunya sedang menghadap ke tasik... memberi makan ikan kat dalam tasik tue...

Haaa..... jangan tinggalkan pula gambar empunya blog kan.. Sakit-sakit begini mesti maintan. My mum sebelah belakang tue.. Sebenarnya aku x boleh nak duduk n baring memanjang dekat rumah tue coz apabila dah lama baring dan duduk nak jalan x boleh rasa sakit. Jadi mesti nak bawa jalan-jalan lah tapiiiii... jauh pulakan perjalanan tue, nak pi taman bandar pulak.. hihihihi.....


Dec 25, 2009

Bermalam di hospital HTAA Kuantan dan Ucapan Terima Kasih.

Setelah berada 3 malam di hospital doktor mengesahkan bahawa aku boleh keluar pada 9hb tue... Mak dan abah sampai ke Kuantan jam 8.00 malam pada hari ke 2 aku berada di hospital. Adalah orang cakap nurse-nurse dekat sini garang-garang belaka tapi sebaliknya pula ngan aku. Nurse-nurse dekat sini semua ramah dan baik-baik belaka terus terang aku katakan...termasuk sister yang handle pada hari tue.... Idi ingin menempatkan aku di wad 2 tetapi tidak di benarkan oleh nurse kerana keadaan sakit ku pada waktu itu sangat serius dan mereka di tempat aku di wad 3 dan berhampiran ngan kaunter.. Wad 3 ni pun selesa gak x adalah sesak betul...


Memang hospital HTAA ni bersih setiap pagi nurse akan mengemas setiap katil pesakit dan menggantikan cadar atau selimut.

Hari ke 2 di hospital dah boleh duduk perlahan-lahan.. Ini adalah nasihat nurse dan doktor yang agar aku sentiasa bergerak walaupun perlahan untuk meregangkan urat-urat yang lepas operation tue.. Kali pertama keluar dari bilik pembedahan memang sakit untuk bergerak kencing pun diuruskan oleh nurse-nurse yang bertugas. Hari ke 2 tu juga aku bergerak secara perlahan ke tandas tetapi dipimpin oleh idi.... Muka ku yang menahan sakit juga tue...

Haaaa............ ni ialah bahagian perut aku yang ditebuk dan disambungkan ngan 'hos' kecil, ni untuk mengeluarkan darah kotor yang terdapat di dalam.

Ni dia... Benda ni lah yang aku bawa bersama kesana kemari ngan air yang di sambung apabila masuk tandas..... Idi cakap ni "LAMPU AJAIB" hehehehe..


Hari terakhir aku di hospital x sabar nak keluar.... Mak dan abah dah sampai. Di atas tu ialah bekas 'hos' darah yang telah di cabut keluar... Ya Allah tuhan jelah yang tahu sakitnya apabila benda tu di tarik keluar.. hidup-hidup aku di cabut... Sakit.


Dibalut cantik oleh nurse... hehehehe macam balut hadiah. Darah memang keluar pada waktu nie.



Tangan ku yang masih bengkak waktu nie... Apa tidaknya bengkak 2 batang jarum masuk satu sewaktu aku di tahan dari 6hb tue satu lagi waktu aku operation... X pelah asalkan aku dah sihat dan keluar dari wad.. X sabar nak balik rindu ngan anak-anak dan rindu ngan mak dan abah yang menunggu kepulangan ku dari hospital.
Kepada doktor-doktor, nurse-nurse serta sister dan doktor pakar yang bertugas pada hari tu iaitu 6hb - 9hb December 2009 saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana meberi layan yang baik kepada aku pada hari tersebut.. Walaupun aku tahu tugas mereka memang berat dan memang banyak pesakit pada waktu tu tapi mereka tetap baik melayan aku. Terima kasih banyak.