Jul 15, 2009

Game Baru.

Setelah sekian lamanya iwan mengidamkan benda alaf ni akhirnya tertunai dah oleh abahnya.
Sebenarnya iwan dah ada dulu jenama "MD MAX" tapi rosak jadi dah lama lah dia tak pegang benda ni. Selepas makan malam tadi iwan bawa abah dia pi sini, oleh kerana abahnya kesian melihat si anak ni maka dibelikan lah...........kerana asal pi Mega Mall ke EC Mall ke tempat game nilah iwan pi melawat.

Idi suruh iwan buat pilihan mana satu dia nak..

Bingung dia buat pilihan yang mana satu... Kalau aku tu nak je pilih PSP hehehe...

nak juga Game Boy nie. (macam aku pulak yang disuruh buat pilihan kan)

Sibuk2 tauke nie nak tunjuk ajar sibuk gak iwan nak ambil x sabar2.

Ni free give dia.

Tolong gak abah dia nie..

Erin pun dah mula lah buat pilihan gak hehehe

Emmmmm..... x sabar2 iwan nak main.


Keluar jak dari kedai tu rupa2nya kedai2 yang lain dah tutup... hehehe

Jom abah bayar dulu parking tuh sebelum kuar..

Jul 14, 2009

Aku yang gembira........

Yippiieeee......... Hari ni suami ku balik dari outstation.

Akulah orang yang paling gumbira sekali hehehee....

Malam ni aku cuti masak lagi suami ajak makan dekat luar.

Dalam hati "syukur alhamdulillah" ... cepat je aku iyakan pelawaannya, rezeki jangan ditolak.

Iwan n erin pun gumbira gak abah diorang balik coz boleh jalan, nak mengharapkan ibu diorang nie x delah jalannya oiiiii...... dok rumah jelah..

Tengok tu budak-budak ni ade2 je perangai diorang..
sales girl dekat sini tengok je..


Sunyi je ECM ni kan..... yelah esok kan orang pi keje bukannya time cuti.





Akhirnya pizza adalah pilihan tempat kami makan malam nie... Nie pun pilihan iwan n erin gak.
Aku makan sikit je mcm x boleh masuk pulak..... Makanan yang lain x sempat nak ambil gambar ni je lah...

Jul 13, 2009

Ekspo Memperkasa Pembangunan Belia 2009

Sebenarnya program ini dibuat pada bulan lalu hehehehe
sorry ye baru nak masuk entry lupa..
Program ini dibuat di Padang MPK 6 Taman Gelora Kuantan
Pada 20 - 21 Jun 2009.


Ni wan dan abah tengah mencuba bermain apa ye??? lupa pula


Ni bahagian Cyber Game.

Bagi penggemar2 permainan ni bolehlah menunjukkan bakat masing-masing di sini.

Ini adalah perlawanan secara berkumpulan.

Iwan ni saja nak main bukan ikut pun pertandingan nie.

Time peserta rehat dialah yang ambil alih.

Ni tidak ketinggalan juga Illyana Sabrina @ erin.

Kerja dia menjadi ekor kepada bapanya hehehehe.........

Jul 12, 2009

Kerana Tugas.......

Aku yang baru balik dari bertugas, ni dah jam 1.51 pagi..
Ini adalah kerana tugas ku............
Mata ku dah mengantuk, kepala dah sakit kerana dari pagi sabtu tadi hingga ke malam ini aku berkerja. Bekerja kerana mencari rezeki.......
Apa-apa pun kita sambung lagi nanti ye,
kerana
tilam dan bantal ku yang empuk sedang memanggil..
Bersyukur kerana esok adalah hari Ahad, hari yang membolehkan aku tidur sepuas-puasnya..
Entry kali ni x de gambar.. sorry.

Jul 10, 2009

Cuti Penggal Pertama.......

Baru keluar entry ni kan... sewaktu cuti persekolahan yang pertama.
Ni namanya percutian penggal pertama yang sedikit ada kekecewaan hahaha.
LANGKAWI..... adalah desitinasi percutian aku yang sebenarnya. Di sebabkan ke sibukan suami terchenta ku ngan tugas-tugas hakikinya maka percutian ke Langkawi di batalkan. Di pendekkan cerita ke KL lah juga akhirnya..

Tempat nilah yang paling disukai oleh dua beradik ni kalau dah pergi ke KL..

Sedappp wooo....



Bapak dia pun nak gambar gak..

Nak gambar jugak......
Sekali dah turun ke KL ni teruslah shopping kain raya kan.....
Next time aku akan bercuti ke Langkawi juga. Insyallah.
Untuk menebus kekecewaan... hahahaha

Jul 9, 2009

Kursus......

Buat pertama kalinya berkursus di tempat kerja yang baru...... Ni keta Jabatan yang kita gunakan untuk datang ke sini..
Ni asrama tempat kami tinggal.. Asrama ke? kita bayar juga tau duduk dekat sini.
Member sorang ni sempat lagi pergi ATM waktu kita pi HQ.
Buat catatan sikitlah konon... hehehe

Borang yang perlu diisi

Antara peserta yang hadir, untuk pengetahun semua kursus ni disertai seramai 230 orang dari pelbagai Agensi dan Jabatan di bawah satu Kementerian termasuk Sabah dan Sarawak.
Biasalah kan lepas kursus mestilah dapat sijil kehadiran. Ni penting tau sebagai syarat dan membuktikan bahawa kita telah pun mengikuti kursus dan sekali gus memenuhkan 7 hari berkursus dalam setahun.. (Ni adalah syarat-syarat dari Kerajaan Malaysia). Saya ni baru 2 hari berkursus kena cari 5 hari lagi.. huhuhu....

Jul 8, 2009

Sabtu yang ku nanti........

Setiap sabtu dan ahad adalah cuti rehat bagi aku untuk masak makanan tengahari kerana setiap hari dari isnin sehinggalah jumaat aku akan masak. Jadi sabtu lalu keluar dari rumah jalan-jalan jap teruslah pi restoran nie...
Ni adalah pencuci mulut kegemaran erin.

Lapar iwan nie.. ibu gambar pun x peduli gak.

Sempat lagi iwan nak 'memancing' makanan abahnya..
Sedap makan dekat sini..

Kerja, kerja, kerja........

Minggu lalu sebelum keluar berkursus kerja-kerja dan laporan-laporan mestilah diselesaikan secepat yang mungkin... tau-tau jelah nanti balik dari kursus kerja akan bertambah.... biasalah tu kan.

Sesibuk macam mana pun tetap gak maintan nak mengambil gambar.... hehehe

Taaadaaaaaaaaaaaa..............
Inilah sebahagian kerja yang perlu disiapkan..
tak termasuk lagi hujung bulan kan... Meja yang sebenarnya cantik tapi tak nampak cantik.
Meja yang membuat fikiran ku kusut masai... hehehehe
Tapi di sinilah rezeki ku, aku terima dengan redha dan penuh kesabaran cewwwah
(Ayat yang penuh dengan simpati hahaha).

Jul 5, 2009

Sukan Bola Jaring

Siapa yang main Bola Jaring ?

Erin lah hehehehe....

Erin terpilih untuk bermain Bola Jaring. Ini adalah Kejohanan Prasekolah, Zon 3 Daerah Kuantan 2009. X sangka dia terpilih kan, tapi gambar saya x ambil banyak sangat disebabkan saya bekerja waktu tu jadi saya tinggalkan je dia sempat ambil yang ni je...
Menunggu giliran untuk bermain.

Dapat hadiah sagu hati je... Tapi x apalah kita kene bagi sokongan tuk budak-budak ni kan..

Tahniah buat erin walaupun dapat sagu hati..

Jul 3, 2009

Penggemar Patung (1)

Saya pun x tahu betul tak tajuk nie.. Penggemar patung ke atau peminat patung ke atau apa-apa jelah.... Tak tahu entry apa yang nak di masukkan saya masukkan sal erin lah anak perempuan ku sorang nie..

Erin ni pantang nampak patung pasti akan di bawanya balik..

Ni adalah satu daripada ayat erin apabila dia nak patung:


"Mummy (kadang-kadang panggil ibu, ikut mood dia) cian patung ni mummy dia nak ikut erin balik, erin dah sayang ngan patung nie patung nie pun sayang dekat erin"
Amboi-amboi erin pandai lak engko buat ayat sendiri kan...



Patung pink ni kalau x silap beli dekat Alamanda Putrajaya.

Patung-patung Barbie ni erin dapat waktu menyambut birthday dia di Sandakan Sabah.


Kucing ni pula di beli dekat Johor sewaktu kita pergi melawat aunty noi...

Haaaaa....... yang ni pula di East Cost Mall saje dia nak ambil gambar ngan patung ni.
Banyak lagi anak-anak patung erin ni tapi saya dah kemaskan dalam satu bakul khas tuk patung dia sahaja. Ada masa nanti saya masukkan lah ye...