Apr 16, 2010

Petua Mengerat Kuku.

Salam Jumaat.... pagi-pagi ni aku nak kongsi-kongsi bersama petua mengerat kuku ni... Bila masa pula blog aku ni ada petua ye.... hehehehe. Jadi jomlah kita kongsi bersama sesiapa yang berminat dan sesiapa yang dah tahu tu alhamdulillah.....


Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya:
Barang siapa yang mengerat kukunya pada :

* HARI SABTU
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.


*HARI AHAD
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

*HARI ISNIN
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

*HARI SELASA
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

*HARI RABU
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

*HARI KHAMIS
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

*HARI JUMAAT
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan yang yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, bukannya tong sampah seklipun tong sampah itu bersih.
Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan last sekali ibu jari tangan kanan.
Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya..
Jadi apa salahnya kita mencubakan.

3 comments:

  1. ya..betul2...step kerat kuku mmg nani dah amal...cuma rahsia hari tu...amat menarik...sblm ni juz tau..hari jumaat bgus,hari sabtu ahad xbgus untuk potong kuku...tp xtau nape...hihihi..

    ReplyDelete
  2. ijad & nsazwa - ni pun saya dapat dari info2 yang boleh dipercayai.... selamat mengamalkannya sebab kekadang pun saya kerat kuku ni tak tengok hari juga. hihihi

    ReplyDelete