Apr 24, 2010

CAR WASH FOR RM4.00

Minggu lalu sambil jalan-jalan dekat bandar kita singgah jap kedai cuci kereta di kawasan bandar ni, harga memang berbaloi RM4. Tapi cuci luar saja lah ye, body kereta sahaja. Oleh kerana 2 beradik ni tak pernah nak masuk kat dalam mesin cuci kereta ni maka disebabkan kereta ni pun dah kotor dan dicampur lagi dengan keinginan anak ni maka tercucilah kereta kami di sini pada hari itu.... hehehehe Masuk kenalah ikut giliran ye... waktu ni memang ramailah orang yang cuci kereta kat sini




Haaa.... Masuk je terus dia cuci tayar, simbah kereta kita dengan air dan air sabun... disitu dia cuci2 lah sikit kan... 2 beradik ni bukan main seronok lagi termasuklah abah dia yang sengih-sengih sebelah tu... hehehehe



Lepas ni akan terus ke mesin ni....secara perlahan-lahan..






Kalau kita masuk dalam mesin ni 100% mesti berkilat punya... daki-daki semua tanggal... hehehehe..

Last sekali adalah pekerja dia akan keringkan kereta kita dan sapu sedikit pengilat tayar. Malas ke kita kalau cuci kereta dekat sini? apa pendapat anda? Tepuk dada tanya selera. Itu atas kehendak masing-masing kan. Apa-apa pun itu adalah hak anda sendiri. Alaaahhh biasalah orang cuci kereta dekat sini kan... apa yang nak diherankan termasuk aku jugalah.
Lepas cuci kereta ni apa laggggiiiiiiiii jalan lah... bye..bye..




1 comment:

  1. salam..sis!!
    jenguk kat blog tau...nani tag k.lin.
    http://nsazwa.blogspot.com/2010/04/contest-senyuman-paling-menawan.html

    ReplyDelete