Kejutan semasa CNY hari tulah... lambat betul entry aku keluarkan. Tak pelah asalkan blog aku ni tidak bersawang aku muatkan jelah untuk senang-senangkan hati... Kejutan dari adikku Cinoi yang terbang dari Kota Kinabalu Sabah ke Kuantan. Pada mulanya memang dia bercadang nak datang ke Kuantan tapi kononnya dibatalkan jadi aku pun tidak lah membuat persiapan.
Pada malam CNY tiba-tiba pula pintu rumah diketuk dengan tidak memberi salam lagi tueee... tengok jam didinding dah pukul 2.00 pagi kalau tak silap. Siapalah yang hendak membuka pintu dengan tidak mendengar suara kan... hahahahaha. Aku nak buka? x naklah. Aku suruh gak idi. Dah berapa kali ketuk kami pun tidak membuka adalah suara memberi salam.... rupa-rupanya cinoi yang datang.... hampeeehhh punya budak. Oleh kerana datang mengejut aku manalah ada sedia makan kan padan muka.. keluarlah diorang balik makan dekat luar lagi pun dah jam 2.00 pagi..malas lah nak kedapur mata pun dah lekat.
Anak-anak aku apa lagi melompat kesukaanlah aunty diorang datang....... yipieeeeee esok nak jalan ngan aunty noi.
No comments:
Post a Comment