Feb 11, 2011

Giant Lollipop....

Lollipop besaaarrrrr punyaaaaa.....

Lollipop ni bawakan khas untuk iwan n erin oleh aunty neng yang datang dari Labuan. Semua orang tahu kan Labuan adalah salah satu tempat yang banyak menjual coklet murah2.. taulah tempat bebas cukai..

Erin punyalah suka dapat lollipop giant nie...




Apabila balutan di buka beginilah keadaan di dalamnya.... banyak weiiii. Dibuat dalam bentuk bunga. Selain ini aunty neng bawa coklet daim n cadbury emmmm... sedap.

Thanks to aunty neng.. lain kali kalau datang sini bawa lagi ye..

Feb 10, 2011

Ohhhh...Blackberry Akhirnya Kau Milik ku.

Emmmm............. Akhirnya apa yang di hajat tercapai. Hadiah daripada my beloved idi, bukan tuk hadiah harijadi, anniversary atau apa pun.


Dipendekkan cerita.. di satu hari minggu yang sangat2 indah.. my beloved idi membawa keluar jalan2 tanpa anak-anak ku. "Jom sayang kita kuar... sebenarnya abang ni nak belikan sayang hp baru.." huhuhuhuhu berbunga-bunga di hati mendengar kata-kata yang keluar.. Dalam fikirkan kalau di tolak sayang, orang nak bagi aku terima jak.. rezeki namanya.

Tapiiiii....... untuk pengetahuan saya dapat bb ni bukan baru hari ni ye tapi dah 2 bulan lalu, taulah orang rajin meng up date blog..


For my beloved idi.....thanks so much.. I Luv u so much.



Jan 15, 2011

Kebetulan atau penyebok...?

Tahu tak apa tu kebetulan? Kebetulan yang sengaja atau yg tak disengajakan.

Kadangkala jika kita buat sesuatu perkara tu terjadilah hal yang sama... Adakah itu satu kebetulan? Kadang kala boleh kita terima juga tapi kalau acap kali pulak berlaku kebetulan tu macam mana? Itu namanya ada penunggu sebab apa yang kita buat semua penunggu tu tahu.....

Jadi sesiapa yang terasa diri dia tu hantu kebetulan sudah-sudahlah tu. Mungkin x ada kerjalah tu itulah jadi penunggu. Buatlah benda yang berfaedah yeee.

Jauhilah dari menjadi hantu kebetulan yang penyebok....
Jangan anggap diri tu pandai.....tapi sebenarnya bodoh. Orang sekeliling semua ketawa sebab tahu siapa engko yang sebenar.

EhhhhhH.....apa aku melalut2 ni?
Apa pun selamat malam.
Wajah yang cantik datang dari hati dan perangai yang baik. Tapi kalau hati dan perangai busuk wajah pun jadi buruk. PEringatan kpd diri sendiri juga.

Bye....

Sep 4, 2010

Hadiah untuk erin.

Nak keluarkan lagi entry yang dah lama tersimpan nie. Sempena birthday erin hari tu tak tahu nak bagi apa benda jadi abah dia suruh dia pilih sendiri. Kalau dah pilihan erin sendiri jangan haraplah dia nak benda lain... mesti teddy dia tunjuk..

Best budak2 sekarang ni hadiah birthday pun pilih sendiri.. dulu saya ni langsung tak de hadiah birthday.. hehehehe

Haaaa nilah pilihan erin besar.. huhuhuhu

Gembira sangat erin waktu tu ucap terima kasih ngan mummy n daddy. Mungkin oleh kerana gembira hajat dah dipenuhi sambil cium pipi tu ucap terima kasih saya nampak juga air mata erin keluar... huhuhuhuhu anak perempuan ku yang mempunyai perasaan gembira yang tak terhingga....


HAPPY BIRTHDAY ILLYANA SABRINA.. LUV U VERY MUCH.

FROM : MUMMY, DADDY N ABANG IWAN.

Erin Puasa...

Assalamualaikum...bertemu kita kembali. Lama tak berentry masuk2 terus cerita puasa yek.. huhuhuhu. Apa pun diucapkan selamat berpuasa walaupun puasa dah nak sampai ke penghujungnya.


Tahun ni tahun ke dua erin berpuasa....insyallah tak putus2 lagi. Kali ni erin berpuasa huhuhuhu sukar nak di katakan kelemasan yang di alaminya. Bagi meneruskan perjuangan puasanya pada hari tu kami janjikan kalau berpuasa sehari hari ni boleh berbuka di mana2 sahaja.. Haaa apalagi permintaan erin terus memilih Johnny Restorant... janji mesti ditunaikan tau

Mood yang tak berapa baik sementara menunggu eaktu... muncung dah mulut ke depan.

Lemas dah erin tak larat nak lari sana lari sini... terpaksa abah yang angkat.

Haaaa.... yang di atas ni semua menu pilihan 3 beranak ni... erin, iwan dan abah diorang. Licin semua tau.. Apa pun syabas buat erin kerana telah berpuasa selama sehari pada hari ni coz selalunya dia puasa sekerat hari jak...hehehehe.. SELAMAT BERPUASA.



Jul 21, 2010

SELAMAT PAGI

Selamat pagi... Setelah sekian lamanya blog aku ni bersawang aku gagahi juga untuk mengisi walaupun x bersertakan gambar.. Kesibukkan yang amat ketat sehinggakan membawa aku melupakan seketika blog kesayangan ku ini..


Walaumacam mana pun insyallah aku kan mengisi blog ini ...... jika ada kelapangan.

Buat kawan-kawan blogger sememangnya aku amat merindui blog kalian semua.

Luv n Miss u all.

May 27, 2010

Happy Birthday Illyana Sabrina @ Erin.

Hari ni 27.05.2010 genap dah anak perempuan ku Illyana Sabrina atau yang kami panggil selalu erin 6 tahun. Oleh kerana tahun ni dia di tahun akhir PRA sekolah maka sambutan hari jadinya kami sambut di sekolah bersama rakan-rakannya. Buat yang sederhana sahaja tapi hatinya gembira.



Erin memberi goodies buat kawan-kawan di kelasnya. Semalam aku n iwan membungkus. Nak dijadikan cerita waktu ni kek belum lagi di beli semua kedai waktu tu tak buka lagi, fikiran terakhir hanya di Secret.R. Kedai ni pun belum buka lagi hanya separuh je grill dia yang naik tapi oleh kerana kesihannya aku ngan erin dan perjanjian telah di buat maka aku ketuk jak cermin kedai ni.... huhuhuhu buat muka tebal jak nak beli kek.. Nasib baik lah pekerjanya semua ok dan melayan aku tapi pagi lagi jadi x banyak lah pilihan...
Untuk erin ibu doakan moga erin menjadi anak yang bijak bila besar nanti. Amin.


Hanya gambar ni sahaja yang sempat di download yang lain dalam kamera tak boleh nak proses pula tak tahu apa pula halnya kamera satu nie....

Happy birthday to u,

Happy birthday to u,

Happy birthday to erin,

Happy birthday to u....







May 22, 2010

BASKIN ROBBINS - BR AISKRIM.

Aiskrim yang paling di gilai oleh anak-anak ku termasuk mak bapaknya jugalah... Asal jak melangkah ke EC Mall kedai aiskrim ni lah yang pertama di tuju...... Harganya yang berbaloi-baloi sesuai dengan rasa yang kita nikmati.....



Ni Baskin Robbins di Times Square KL ...... sempat lagi. Dah saya katakan di mana-mana jak.

Ni di Kuantan.... Baskin Ronnins aiskirm ni juga mengeratkan kasih sayang antara dua beradik ni....hehehehehe..... nikamtilah aiskrim ni ngan emmmmm.... sukar nak dikatakan.

May 16, 2010

FISH SPA THERAPY

Sebelum balik dari bercuti hari tu sempat lagi jalan-jalan di Times Square. Sambil jalan-jalan tu terjumpa pula kedai ni ... Fish SPA Therapy. Apalagi tak lepaskan peluang idi teruslah mencuba ngan iwan. Aku....? hehehehe sebenarnya nak juga tapi takut... hahahahahah ngan ikan kecil pun takut.....

Harga ok jugalah setengah jam RM 20.00 buat yang dewasa bagi iwan pula hanya RM 15.00 sahaja...


Punyalah teruja iwan ni. Mula-mula takut gak dia asyik dia nak tarik kaki jak dari situ tapi lama-lama suka pula... Idi cakap geli-geli.. Dalam setengah jam diorang buat fish SPA ni aku ngan erin jalan-jalan lah... boring yuuu tunggu diorang.

Sebelum rendam kaki kat situ kena cuci dulu ye... nanti mati ikan-ikan dalam tu. Tapi mungkin ikan-ikan ni lapar kot, mungkin kalau dah kenyang tak kan dia nak patuk-patuk kaki tu kan hehehehehe....


May 15, 2010

KENZO.

Kenzo seharum namanya.............. Lama sudah aku mengidamkan minyak wangi ni. Kebetulan pergi bercuti di KL dan jalan-jalan dekat Sogo terjumpalah pula minyak wangi ni sale...


Untuk aku dan dia lagi....2 set jual dengan harga yang berpatutan. Aku yang memangnya gila ngan minyak wangi ni teruslah membeli.


Satu untuk idi L'eau Par Kenzo dan aku Flower by Kenzo. Bagi aku memang wangilah....huhuhu.

Model minyak wangi ku... erin

Ni dia kenzo.... promoter tu bagi free body lotion