Sep 4, 2009

Uncle ku beransur pulih.... Syukur Alhamdulillah

Syukur alhamdulillah kerana uncle ku semakin pulih. Pernah aku keluarkan di blog mengenai uncle ku yang perlukan darah atas sebab sakitnya yang teruk.

Sebelum tu hendak ku ceritakan mengenai uncle ku serba sedikit. Nama uncle Ahmad Bin Pairan seorang pesara kerajaan tetapi menyambung perkhidmatan beliau. Pada mulanya uncle hanya mengalami sakit tulang belakang, doktor menasihati agar uncle ku di operation, dipendekkan cerita apabila selesai di operation alhamdulillah tulang belakang uncle dah pulih tetapi beberapa hari kemudian effect di pula di bahagian perut, di sinilah bermulanya uncle ku mengalami keadaan yang teruk apabila beberapa kali di operation di bahagian perutnya kerana doktor mengesahkan beliau mengalami beberapa kebocoran di bahagian dalam perut..

Kalau x silap uncle dah 3 kali di operation di Hospital Besar Sandakan dan terlantar hampir 2 bulan di sana.. Last sekali apabila pendarahan keluar tidak henti apabila mengeluarkan najis dan doktor di Hospital tersebut menasihati keluarga agar membawa uncle ke Subang Jaya Medical Centre untuk rawatan lanjut. Atas dasar keselamatan nyawa uncle yang amat membimbangkan ketika itu keesokkan harinya uncle di terbangkan ke SJMC dengan ditemani oleh seorang doktor, seorang jururawat, isteri beliau (aunty saerah) dan anak beliau (aida).

Ketika berada di dalam kapal terbang memang darah yang keluar tidak dapat di elakkan sehingga terkeluar dari selimut yang dibawa dari hospital di sinilah saat yang mengetirkan.... Sampai sahaja di KLIA ambulance dah standby dekat sana dan uncle di turunkan dengan menggunakan kren dan terus dikejarkan ke SJMC.. Malam itu juga pihak SJMC telah membuat pembedahan ke atas uncle.. Uncle di tempatkan di Unit Rawatan Rapi.

Seminggu kemudian daddy (my abah) terbang dari Sandakan ke SJMC untuk menemani aunty n aida kerana di sana tidak ada keluarga. Di SJMC tulah my dad, aunty and aida berkampung kerana keadaan uncle yang kritikal... Darah tidak henti keluar dan pihak hospital pula memerlukan darah untuk uncle. Ini adalah sebahagian dari gambar yang saya ambil ketika saya melawat uncle di SJMC....


Dad yang ketika ini tengah berborak ngan sorang gak yang menunggu isterinya sakit.. Dad adalah biras kepada uncle.... ceritanya my mum and my aunty adalah adik beradik... hehehe


Ni my aunty Saerah yang terlena seketika.... Aunty ku yang selalu menggembirakan kami sekeluarga ngan kelakarnya...


Ni sepupu saya aida. Aida adalah anak yang sulung dari 4 orang adik beradik. Sedih melihat keadaan diorang ni kalau di Sandakan ramai gak sanak saudara kan ni di tempat orang..


Ni adalah uncle saya sewaktu beliau berada di ICU di Sandakan.... Waktu di Sandakan saya tidak dapat melihat keadaan uncle kerana saya berada di Pahang jadi hanya dengar kabar melalui telefon je, rasa sedih tu ada gak tapi x lah keterlaluan sebab x nampak lagi keadaannya.....


Waktu ni uncle dah di SJMC, saat aku melawat dia di sinilah air mata ku keluar kerana waktu ni dia dah ada di depan mata dan aku betul-betul melihat bagaimana keadaanya.... Tengoklah bagaimana badanya yang pada mulanya besar boleh jatuh begini......



Tuhan sahaja yang tahu bagaimana dia menahan kesakitannya ketika ini kerana beliau dah beberapa kali di operation..


Uncle dah di pindahkan dari SJMC ke Selayang Hospital... Dah sebulan lebih uncle berada di semenanjung untuk menerima rawatan....


Syukur alhamdulillah keadaan uncle dah semakin pulih sekarang... uncle dah boleh duduk tetapi x boleh lama, dah boleh berjalan dengan bantuan tetapi hanya 2 3 langkah sahaja.. Ini adalah peningkatan yang baik bagi uncle... Kuasa Tuhan Yang Maha Esa kerana untuk pengetahuan para pembaca uncle ibarat nyawa dihujung tanduk, badan yang ibarat di kerat sana kerat sini akibat operation yang dilakukan.


Buat uncle cepat-cepat sembuh yee... kita balik ke Sandakan beraya bersama...

Ucapan terima kasih juga kepada semua penderama darah yang menderma buat uncle saya ketika beliau dalam keadaan yang kritikal.... Jasa baik tuan/puan tidak dapat dibalas.. uncle akan di benarkan balik ke Sandakan apabila keadaannya betul2 pulih sepenuhnya.. Kemungkinan besar my aunty Saerah akan menyambut hari raya di Hospital Selayang kalau keadaan tidak mengizinkan uncle balik di waktu yang terdekat ini.


Sep 3, 2009

Makan lagi

Ni lah juadah berbuka puasa kami pada selasa yang lalu...
Ni mee goreng.. Permintaan suami ku, sebab dia nak makan mee tulah dia suruh saya goreng.. heheheheh

Tak tahu apa nama kuih ni lupa pula... ni Iwan yang beli..

Ni tahulah Roti John, pilihan iwan juga.....

"tak tahu nak masak apa coz hari-hari pun masak, sesiapa ada resepi yang ringkas, senang disediakan tetapi sedap bolehlah kongsi-kongsi dengan saya ye....."

Sep 1, 2009

Meriahnya........

Beginilah keadaanya di Kuantan Parade sewaktu aku membuat rondaan pada
30hb Ogos yang lalu...
Orang ramai membuat persiapan raya... Aku bila lagi?
Terasa kehangatan Raya... waaaaa terasa nak cepat-cepat balik kampung.

Sup Ayam, Udang Sos dan Roti Tisu...

Sebulan puasa ni cerita pasal makan je lah yeee....
Kekadang tu tak tahu nak masak apa... berfikir punyalah panjang dari pejabat sampailah balik ke rumah x tahu nak masak apa.. Tahu jak lah hari-hari pun masak jadi menu yang ada di set di otak tu dah habis hehehehehe....
Ni lah juadah kami berbuka puasa kelmarin malam.....
Udang masak sos...


Ni sup ayam.. aku masukkan je kaki dan leher ayam.. yummmy sedap kaki ayam ni siapa yang pandai makan.... Dah siap semua iwan x sentuh pun sup ayam tu sikit je diambilnya.. Nak juga ayam goreng.. geram juga. Waktu x masak sup ayam ni dia beriya2 lah tanya "ibu x masak ke sup kaki ayam?" dah aku masak x makan pula dia..Sabar jelah


Roti tisu ni dari mana pulak? Haaaa kalau nak tahu lepas sembahyang terawih tuh kita keluar jalan-jalan jadi sebelum balik ke rumah ni singgah dulu dekat kedai mamak.. Mintalah roti tisu nie, erin punyalah suka tengok roti nie.....last-last x habis makan pun.. membazir.


Berbuka Puasa di Pizza..

Ni berbuka puasa di Pizza pada Sabtu lalu... Sebenarnya nak berbuka puasa di Jonny tapi penuh mau x mau kami pilih lah Pizza....


Ni sewaktu menunggu nak berbuka



Nilah juadah di pizza biasalah kan.. Ayam Goreng jangan dilupakan.

Haaaa kau.... Licin gak pinggan-pingan tuh...


Aug 31, 2009

Menyambut Kemerdekaan

Hari ni 31 Ogos 2009. Sambutan Kemerdekaan di buat sederhana tetapi meriah begitu juga di Kuantan Pahang. Majlis Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 52 Tahun 2009 di sambut di Stadium Tertutup SUKPA, Indera Mahkota, Kuantan




Awal pagi lagi idi dah mengejutkan iwan n erin untuk bersama-sama menyambut Kemerdekaan di Stadium SUKPA... Suka sangatlah diorang 2 beradik kerana nilah kali pertama dibawa bersama-sama untuk meraikannya.. Saya? saya x ikut, saya sambut kemerdekaan di rumah sahaja.... hehehehe...


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 52 Tahun


Kepada Semua Rakyat Malaysia,



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 52 Tahun.



Berbanggalah kita menjadi Rakyat Malaysia.
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA


Aug 30, 2009

Persiapan Awal....?

Waaaahhhhh...... Hazel awalnya engko buat rambut. Balik je dari Langkawi tempoh hari keesokkan harinya terus pi ke saloon untuk berebonding. Dulu rambut aku ni rebonding gak tapi di potong pendek coz dah bertahun berambut panjang. Ni di rebonding lagi balik coz rambut yang pendek telah memanjang dan membuatkan hatiku serabut menegok diri sendiri... Biasalah dah namanya perempuan kan.

Al-kisahnya aku membuat persiapan awal sebelum balik ke kampung untuk beraya jadi x adalah nak terkejar sana sini kan...hehehe... (waktu ni puasa x lagi hehehe)


Nilah shampoo, perapi dan minyak yang dicadangkan oleh amoi saloon tu.. Harganya semua RM160.00 lebih kuranglah .. mak aiiiii. Aku ambil minyak n shampoo je coz perapi masih ada lagi...


Biasalah orang kuat yang meneman aku ialah iwan n erin, tapi x tahu kemanalah 2 budak ni pi.. nak saya tinggalkan di taska diorang x nak. Haaaaa.... rasakan boring 2 beradik di dekat saloon tunggu mak dia.. hahahaha..

Aug 28, 2009

Iwan Oh Iwan

Hari ni kita dah berpuasa selama seminggu dan selama seminggu ni lah lauk untuk bersahur adalah AYAM GORENG atau apa-apa jelah asalkan AYAM..




Ada 2 kali aku masak ikan tapi x laku... iwan hanya ambil sedikit je, nak juga ayam.. Siap pesan ngan saya lagi 'ibu nanti sahur nak ayam goreng ye'. Kasihan gak kan..





Jadi ceritanya apa pun juadah untuk bersahur AYAM adalah satu kemestian yang akan berada di tengah-tengah meja makan kami..





dan satu lagi mesti ada dessert......... Amboi,amboi iwan bukan main lagi engko nie...


Hari yang meletihkan

Ni kisah semalam. Hari yang paling memenatkan aku. Pagi tu bos panggil nak bawa keluar beli barang untuk staff yang akan bertukar ke Kelantan. Aku ni pasal jalan ok je, tepat jam 11.15 tengahari keluarlah.

Aku sangkakkan hanya keluar beli barang rupa-rupanya pergi ke AG dulu pas tu pergi ke Wisma Persekutuan ada hal pejabatlah last-last baru pi membeli barang. Aduiiiiii..... kaki ku ni dah sakit, kehangatan matahari mula terasa dan yang terasa betul ialah kekeringan di tekak hahahahaa...

Barang yang hendak di beli di Kuantan Parade x de, berapa kali buat pusingan tak jumpa-jumpa gak. Akhirnya kita pi di Area Pasar Malam tapi tengahari dah buka dah, baru lah jumpa benda tu..Dahlah hari tu aku pakai kasut tinggi tumit kecil.... tuhan jelah yang tahu kesakitan kaki ku.

Kalau aku tahu hari ni aku keluar sumpah mati aku tak pakai kasut tuh.... Taulah kasut tu pakai dari rumah hingga ke depan office je pas tu masuk office tanggal kasut coz dalam tu semua carpet..


Nilah hadiah yang di cari-cari.. Biasalah ayat Al-Quran.


Nilah dia muka yang dah keletihan, hari tu aku tak balik ke rumah coz sampai pejabat jam 2 lebih.. huhuhuhu.. Nasib baiklah suami fahamkan coz petang jam 2 tu suami pi Temerlah ada program... thanks darling..