Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Mar 24, 2010

Pondok Laguna - Masakan Indonesia

Jom makan...... Kali ni hazel nak bawa dan perkenalkan tempat baru tapi kalau ada sesiapa yang dah biasa dan masuk tempat ni x pelah... Ni dia Pondok Laguna masakan Indonesia, lokasi di bandar baru Kuantan area EC Mall betul-betul depan jalan. Macam Jalan-jalan cari makan lah pula kan...... Satu lagi jangan di tanya bila aku pergi... hahahaha biasalah kan aku yang lambat up date ni.
Gambar empunya blog mesti masuk, erin tak mau ketinggalan.
Ini dia pandangan dari hadapan restoran ini..



Ni yang sebelah dalam.


Ni yang sebelah luar.....

Minuman untuk 4 beranak.


Nasi yang dihidangkan di dalam bekas ni ... memang unik..

Ayam penyek...



Sayur Kailan ikan masin..


Isi ikan merah masak stim. Dah nak habis baru ingat nak ambil gambar.

Tadaaaaa...... inilah hasilnya. Tak membazirkan. hehehehe. Harga jangan tanyalah boleh tahan juga... 4 orang makan je dah penuh meja ni sebabnya pinggan di sini terlalu besar.






Sep 1, 2009

Sup Ayam, Udang Sos dan Roti Tisu...

Sebulan puasa ni cerita pasal makan je lah yeee....
Kekadang tu tak tahu nak masak apa... berfikir punyalah panjang dari pejabat sampailah balik ke rumah x tahu nak masak apa.. Tahu jak lah hari-hari pun masak jadi menu yang ada di set di otak tu dah habis hehehehehe....
Ni lah juadah kami berbuka puasa kelmarin malam.....
Udang masak sos...


Ni sup ayam.. aku masukkan je kaki dan leher ayam.. yummmy sedap kaki ayam ni siapa yang pandai makan.... Dah siap semua iwan x sentuh pun sup ayam tu sikit je diambilnya.. Nak juga ayam goreng.. geram juga. Waktu x masak sup ayam ni dia beriya2 lah tanya "ibu x masak ke sup kaki ayam?" dah aku masak x makan pula dia..Sabar jelah


Roti tisu ni dari mana pulak? Haaaa kalau nak tahu lepas sembahyang terawih tuh kita keluar jalan-jalan jadi sebelum balik ke rumah ni singgah dulu dekat kedai mamak.. Mintalah roti tisu nie, erin punyalah suka tengok roti nie.....last-last x habis makan pun.. membazir.


Aug 9, 2009

Makan Lagi...

Cerita makan lagi... Waktu kuar makan nie suami baru balik setelah ber'out' station selama 9 hari lamanya.. lama gak tu weiii....

Kali ni makan dekat noodle station dekat EC Mall. Ok gak makanan di tempat nie..


lama gak tunggu makanan sampai kita gambar2 dulu.... Iwan asyik main je.



Ni makanan iwan mee kari kalau x silap


Idi makan nie...


Ni makanan aku ngan erin Mee Ladna... sedap puas hati.

Lepas makan terus nak balik coz petang tu pejabat aku ada buat Bintang Klasik Nasional Peringkat Kebangsaan 2009 oleh kerana waktu tu aku pun terlibat sama tuk bertugas jadik x bolehlah lama2 nak round2 EC Mall nie....