Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Sep 16, 2009

Cerita Semalam.. Terlajak lagi..

Kan aku dah cakap "Terlajak perahu boleh di tarik, Terlajak tidur tak bersahur" . Ni pepatah baru sempena bulan posa ni.... Kali ni betul-betul lah kami 4 beranak terlajak tido sampai x sedar dunia. Last-last sedar jam 7.45 pagi... haaaaa padan muka aku, laki aku n anak2 aku yang tidak terbangun sahur. Hari tu terlajak sempatlah juga makan roti ni kali habuk roti pun x merasa... hahahaha..

Saya dan idi ni kalau x bersahur ok lagi.. ye ke ok? tapi kasihan ngan iwan tu, pagi-pagi mesti komplen, erin x pe lagi jam 1.00 gitu dia dah berbuka posa.. Bangun jak pagi tu iwan terus tanya 'ibu napa ibu x kejutkan iwan makan sahur?' hehehehe Kesian gak anak aku tuh....

Sodap dan lena lagi 3 beranak ni tidur..

Jadi ceritanya.... iwan n erin x nak pi sekolah dan sekali dengan aku-aku sekali yang lambat datang ke pejabat... huhuhu.. idi x pe lagi dia masuk 8.30.


Sep 3, 2009

Makan lagi

Ni lah juadah berbuka puasa kami pada selasa yang lalu...
Ni mee goreng.. Permintaan suami ku, sebab dia nak makan mee tulah dia suruh saya goreng.. heheheheh

Tak tahu apa nama kuih ni lupa pula... ni Iwan yang beli..

Ni tahulah Roti John, pilihan iwan juga.....

"tak tahu nak masak apa coz hari-hari pun masak, sesiapa ada resepi yang ringkas, senang disediakan tetapi sedap bolehlah kongsi-kongsi dengan saya ye....."

Aug 28, 2009

Hari yang meletihkan

Ni kisah semalam. Hari yang paling memenatkan aku. Pagi tu bos panggil nak bawa keluar beli barang untuk staff yang akan bertukar ke Kelantan. Aku ni pasal jalan ok je, tepat jam 11.15 tengahari keluarlah.

Aku sangkakkan hanya keluar beli barang rupa-rupanya pergi ke AG dulu pas tu pergi ke Wisma Persekutuan ada hal pejabatlah last-last baru pi membeli barang. Aduiiiiii..... kaki ku ni dah sakit, kehangatan matahari mula terasa dan yang terasa betul ialah kekeringan di tekak hahahahaa...

Barang yang hendak di beli di Kuantan Parade x de, berapa kali buat pusingan tak jumpa-jumpa gak. Akhirnya kita pi di Area Pasar Malam tapi tengahari dah buka dah, baru lah jumpa benda tu..Dahlah hari tu aku pakai kasut tinggi tumit kecil.... tuhan jelah yang tahu kesakitan kaki ku.

Kalau aku tahu hari ni aku keluar sumpah mati aku tak pakai kasut tuh.... Taulah kasut tu pakai dari rumah hingga ke depan office je pas tu masuk office tanggal kasut coz dalam tu semua carpet..


Nilah hadiah yang di cari-cari.. Biasalah ayat Al-Quran.


Nilah dia muka yang dah keletihan, hari tu aku tak balik ke rumah coz sampai pejabat jam 2 lebih.. huhuhuhu.. Nasib baiklah suami fahamkan coz petang jam 2 tu suami pi Temerlah ada program... thanks darling..