Sep 12, 2009

Shopping Raya..

Dari hospital nak pergi menyoping dulu dengan muka yang berminyak dan x de pakai make up pon.. 2 orang anak ku yang nak menyebok jugak.....

Waktu ni dah habis shopping tuk anak2 tapi x sempat nak ambil gambar coz punyalah ramai orang waktu nie... Sekarang ni turn saya n idi pulak nak menyoping jeans di Levis Store, The Garden Mid Valley City.. Waktu ni saya dah habis 'menerai' jeans yang nak diangkut hehehehe.. Aku ambil Jeans Curves yang di taja oleh Idi jadi saya nak ucapkan terima kasih kepada Idi kerana menaja jeans ku selama 2 tahun. Dah ditaja tu kena lah pula tunggu orang yang menaja coz dia pun nak beli gak.

Budak2 ni sebok kita nak menyoping sebok gak diorang nak mainan... huhuhu 10 kali jalan 10 kali gak nak mainan matilah aku... Ni pun di taja oleh idi gak..

Dah balik hotel apa lagi sesi terai menerai lah kan.. Iwan ni nak gambar jeans dia, pandai pula dia suruh saya ambil gambar lepas tu suruh masuk blog aku... huhuhu... ' Ibu tolong dulu gambar jeans and mainan iwan pas tu ibu masukkan dalam blog ibu ye.....'


Dalam lif.. x tahu lif kat mana lah nie dah lupa pula. Entahlah apa yang di perhatikan oleh 3 beranak nie... melihat dengan bersungguh-sungguh lagi tuh... hahahaha.


The Manhattan Fish Market.

Ni masih lagi area KL coz hari tu Pahang cuti 3 hari kan jadi kita pun jalan2 nak gi shopping sambil melawat uncle yang sakit hari tu.

Ni berbuka puasa kat The Manhattan Fish Market lama nak makan dekat sini tapi x kesampaian jadi di sampaikanlah hajat di hati nanti 'kempunan' macam? Ni yang pertama kalinya makan dekat sini.


Waktu ni dah jam 6.15 gitulah nasib baiklah ada tempat lagi tahulah bulan puasa nie kalau x booking tempat awal2 memang x delah tempat lagi2 tempat macam nie kan kunjungan orang ramai... ye lah di mana lagi kalau x di Sogo.. Dah dapat tempat di sini x delah pi mana just duduk sambil borak2 jelah coz iwan dah kepenatan dah pening katanya... lapar tu..

Ni makanan yang saya oder tuk kami berempat.... Rama Platter (Seafood Platter). Dalam set ni ada Iced Lemon Tea and Brownies Ice Cream. Sedap.....


Ni set makanan iwan selera betul dia makan nie... Satu set ni Rama Single.. ada Baked Dory, Corn Chowder (yang di atas tulah sup) and Ice Lemon Tea. Licin iwan kerja kan...

Minuman idi Capuccino....

Ni dah sampai saat nak berbuka.... 1, 2, 3 cepatlah darling baca doa tu....



He..he..he... ni gambar candid, idi yang keletihan terlelap sekejap sementara menunggu berbuka. Bengkok dah laki aku nie.... Kalau di tengok betul2 mcam burung yang sedang tidur kan hahahaha....... sorry darling.

Segar dan dah tegak semula coz dah berbuka puasa kan kha.kha.kha...... Mana pula ye gambar aku n erin nie... tak sempat nak ambilah pula..


Jom Masak part 1 ( Puding Gula Hangus)

Hari ni nak belajar masak pula? Biasalah kan dalam bulan puasa ni tahap kerajinan memasak ni meluap2 siket tu pun kalau rajin kalau x ? tak berasaplah dapur ku. Lagi pun ni blog aku, aku punya sukalah kan nak letak apa hahahaha......


Hari ni kita masak Puding Gula Hangus atau lebih dikenali puding karamel. Bahan-bahan yang diperlukan mesti semua dah tahu kan... telur, susu cair, susu pekat, gula esen vanilla dan tepung kastard.


Ni bahan2 yang sudah dicampurkan dan diletakkan di dalam loyang...


Nak buat gula hangus..


Dah siap gula hangus tu curahkan di atas loyang kemudian letaklah bahan2 yang telah di satukan tadi. Tutup loyang tersebut supaya air kukusan tadi tidak masuk.



Haaaa..... ni yang dah masak..




Sejukkan dahulu baru boleh potong yee.....


Nilah hasilnya puding gula hangus ku yang tak seberapa tetapi sedaaapppp...... Anak2 suka makan ni termasuk idi, nilah kegemaran diorang.... Sesiapa yang tak pernah cuba tu cuba2 lah masak puding ni gerenti sedap dan menjadi...


Sep 11, 2009

Terlajak....

Bak kata pepatah orang melayu
TELAJAK PERAHU BOLEH DI TARIK BALIK KAN.......
TAPI
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TERLAJAK TIDUR ???? TAK BERSAHUR LAH KAMI NI PAGI HAHAHAHA...
(makan gak tapi tak makan nasi)


Pagi ni aku melompat bangun dari katil coz sedar-sedar dah jam 5.20 pagi huhuhuhu.... kunci jam pun x sedar, tido gila kali kan. Apalagi x makan nasi lah kami 3 beranak pagi ni just makan roti n milo jak nasib baiklah ada roti. Kalau aku n idi x makan nasi x pe lah ni kasihan dekat iwan kan.... Ini adalah pertama kalinya kami terlajak tak bersahur selama puasa nie...


Nilah idi yang sedap tidur... ni semua gara-gara idi lah nie x kejutkan saya... (napa pula idi yang kena?) hehehehe.

Sep 9, 2009

Pertama kalinya Bersahur di Luar....

Nak cerita ni cepat-cepat..... Ni adalah yang pertama kalinya aku BERSAHUR di luar bukan BERBUKA yeeee.... sekali lagi BERSAHUR... hehehehe... Best gak sekali sekala bangun jak tidur terus menghadap (melihat) makanan.. x payah aku susah payah nak masakkan? Sukanya.... Celik je mata cuci muka semua terus turun dari bilik hotel...... Kalau begini sebulan alangkah bahagianya diriku dan sudahnya badanku naik balik hahahaha.....

Ni acah jeee..... dah segar pun...


Erin yang x de selera nak makan... kemana-mana sahaja dengan patung.


Iwan lagikk.... tengok lauk dia ayam je semata-mata..

Ni tok imam kami......




Ni adalah lauk yang aku makan.... Boleh gitu? selera yang menggillllaaaaa..


Ucapan Takziah Buat Keluarga Ahmad Bin Pairan - Dari Keratan Akhbar Daily Express Sabah..

Ucapan Takziah untuk Puan Saerah Binti Jumingan dan Keluarga.
Keratan Akhbar dari Daily Express Sabah..
Hari ni adalah hari ke 2 uncle meninggalkan kami...
keratan akhbar ni adalah ehsan dari adik ku cinoi... terima kasih.

Sep 8, 2009

Lawatan ke Hospital Selayang untuk uncle...

Cuti 3 hari tu kami sekeluarga turun ke KL atas sebab-sebab tertentu hehehehe.. Yang pertamanya nak melawat uncle yang masih di tahan di Hospital Selayang dan yang keduanya biasalah sambil menyelam minum air..... nak pi shopping sikit-sikit baju raya budak- budak nie...



Mematuhi arahan memakai penutup keselamatan hehehe... mana yang salah satu betul yek...
Saya yang pakai tu ke atau idi yang pakai? yang penting di sini mulut dan hidung mesti ditutup..



Iwan pun nak masuk gak...




Setelah beberapa jam di hospital kami pun balik hotel... Keadaan uncle pula sebaliknya tekanan darah dan gula dalam badannya menurun... susah hati gak... esok kami akan melawat lagi ke hospital..

Sep 4, 2009

Uncle ku beransur pulih.... Syukur Alhamdulillah

Syukur alhamdulillah kerana uncle ku semakin pulih. Pernah aku keluarkan di blog mengenai uncle ku yang perlukan darah atas sebab sakitnya yang teruk.

Sebelum tu hendak ku ceritakan mengenai uncle ku serba sedikit. Nama uncle Ahmad Bin Pairan seorang pesara kerajaan tetapi menyambung perkhidmatan beliau. Pada mulanya uncle hanya mengalami sakit tulang belakang, doktor menasihati agar uncle ku di operation, dipendekkan cerita apabila selesai di operation alhamdulillah tulang belakang uncle dah pulih tetapi beberapa hari kemudian effect di pula di bahagian perut, di sinilah bermulanya uncle ku mengalami keadaan yang teruk apabila beberapa kali di operation di bahagian perutnya kerana doktor mengesahkan beliau mengalami beberapa kebocoran di bahagian dalam perut..

Kalau x silap uncle dah 3 kali di operation di Hospital Besar Sandakan dan terlantar hampir 2 bulan di sana.. Last sekali apabila pendarahan keluar tidak henti apabila mengeluarkan najis dan doktor di Hospital tersebut menasihati keluarga agar membawa uncle ke Subang Jaya Medical Centre untuk rawatan lanjut. Atas dasar keselamatan nyawa uncle yang amat membimbangkan ketika itu keesokkan harinya uncle di terbangkan ke SJMC dengan ditemani oleh seorang doktor, seorang jururawat, isteri beliau (aunty saerah) dan anak beliau (aida).

Ketika berada di dalam kapal terbang memang darah yang keluar tidak dapat di elakkan sehingga terkeluar dari selimut yang dibawa dari hospital di sinilah saat yang mengetirkan.... Sampai sahaja di KLIA ambulance dah standby dekat sana dan uncle di turunkan dengan menggunakan kren dan terus dikejarkan ke SJMC.. Malam itu juga pihak SJMC telah membuat pembedahan ke atas uncle.. Uncle di tempatkan di Unit Rawatan Rapi.

Seminggu kemudian daddy (my abah) terbang dari Sandakan ke SJMC untuk menemani aunty n aida kerana di sana tidak ada keluarga. Di SJMC tulah my dad, aunty and aida berkampung kerana keadaan uncle yang kritikal... Darah tidak henti keluar dan pihak hospital pula memerlukan darah untuk uncle. Ini adalah sebahagian dari gambar yang saya ambil ketika saya melawat uncle di SJMC....


Dad yang ketika ini tengah berborak ngan sorang gak yang menunggu isterinya sakit.. Dad adalah biras kepada uncle.... ceritanya my mum and my aunty adalah adik beradik... hehehe


Ni my aunty Saerah yang terlena seketika.... Aunty ku yang selalu menggembirakan kami sekeluarga ngan kelakarnya...


Ni sepupu saya aida. Aida adalah anak yang sulung dari 4 orang adik beradik. Sedih melihat keadaan diorang ni kalau di Sandakan ramai gak sanak saudara kan ni di tempat orang..


Ni adalah uncle saya sewaktu beliau berada di ICU di Sandakan.... Waktu di Sandakan saya tidak dapat melihat keadaan uncle kerana saya berada di Pahang jadi hanya dengar kabar melalui telefon je, rasa sedih tu ada gak tapi x lah keterlaluan sebab x nampak lagi keadaannya.....


Waktu ni uncle dah di SJMC, saat aku melawat dia di sinilah air mata ku keluar kerana waktu ni dia dah ada di depan mata dan aku betul-betul melihat bagaimana keadaanya.... Tengoklah bagaimana badanya yang pada mulanya besar boleh jatuh begini......



Tuhan sahaja yang tahu bagaimana dia menahan kesakitannya ketika ini kerana beliau dah beberapa kali di operation..


Uncle dah di pindahkan dari SJMC ke Selayang Hospital... Dah sebulan lebih uncle berada di semenanjung untuk menerima rawatan....


Syukur alhamdulillah keadaan uncle dah semakin pulih sekarang... uncle dah boleh duduk tetapi x boleh lama, dah boleh berjalan dengan bantuan tetapi hanya 2 3 langkah sahaja.. Ini adalah peningkatan yang baik bagi uncle... Kuasa Tuhan Yang Maha Esa kerana untuk pengetahuan para pembaca uncle ibarat nyawa dihujung tanduk, badan yang ibarat di kerat sana kerat sini akibat operation yang dilakukan.


Buat uncle cepat-cepat sembuh yee... kita balik ke Sandakan beraya bersama...

Ucapan terima kasih juga kepada semua penderama darah yang menderma buat uncle saya ketika beliau dalam keadaan yang kritikal.... Jasa baik tuan/puan tidak dapat dibalas.. uncle akan di benarkan balik ke Sandakan apabila keadaannya betul2 pulih sepenuhnya.. Kemungkinan besar my aunty Saerah akan menyambut hari raya di Hospital Selayang kalau keadaan tidak mengizinkan uncle balik di waktu yang terdekat ini.


Sep 3, 2009

Makan lagi

Ni lah juadah berbuka puasa kami pada selasa yang lalu...
Ni mee goreng.. Permintaan suami ku, sebab dia nak makan mee tulah dia suruh saya goreng.. heheheheh

Tak tahu apa nama kuih ni lupa pula... ni Iwan yang beli..

Ni tahulah Roti John, pilihan iwan juga.....

"tak tahu nak masak apa coz hari-hari pun masak, sesiapa ada resepi yang ringkas, senang disediakan tetapi sedap bolehlah kongsi-kongsi dengan saya ye....."