Nov 21, 2009

Green Carpet Cake

Jom minggu nie kita main masak-masak pulak... Ni kali kita masak Green Carpet Cake yang di kukus, kek ni aku ambil resepi dia dari kak umi- Home Sweet Home memangnya blog kak umi nie penuh ngan masakan... sedap...



Ni yang dah di bancuh dan tinggal masukkan dalam kukusan jeee..

Taadaaa.... dah siap ni yang beru keluar dari kukusan.. Jangan pandang rupa dia macam nie yee.. Kalau rasa mesti nak lagi.



Walllaaaa..... nampak gebu je kan... memang gebu pun soft lagi penuh dengan kenikmatan dan rasanya.... hehehehehe. Kalau sesiapa yang nak mencuba resepi ni pegilah jenguk kat blog kak umi ye.. bye.bye Selamat mencuba.


Nov 17, 2009

Alasan Yang Kuat........

Ni bukan sabtu atau ahad yeee.... Bukan ape waktu ni kuantan terputus bekalan air termasuk kawasan taman perumahan ku.. Jadi ini adalah alasan yang kuat bahawa aku tidak boleh masak pada malam tu... hehehehe. Yang betul kan macam mana kita nak basuh semua benda-benda yang kita nak masak takkan lah nak main campak-campak jeee..

"Abang malam sayang x masak coz x de air, kita makan di luar je lah yeee" itulah kata-kata yang keluar dari mulut ku.. hehehehe suami ku tu ok jeee.. set. Tempat makan ni bukan di pilih oleh aku ye tapi dipilih sendiri oleh idi dan di sokong oleh anak-anaknya.. hehehehe

Sementara menunggu makanan yang sampai.


Ni di oder oleh erin kami makan berdua...


Ni makanan iwan.. makanan idi x sempat nak ambik.. Jomlah makan jangan malu-malu ye...



Hari Sabtu dan Ahad Yang Ku Nanti..

Sabtu dan Ahad adalah hari yang paling di nanti-nantikan oleh orang yang bekerja... betul ke tak? X tau lah pula orang lain kan tapi akulah orang yang paling gumbira sekali coz 2 hari tulah aku boleh lepak-lepak dan sebagainya. Tiba je hari jumaat semangat yang hilang datang apabila menjelang petang coz esok boleh cuti... hehehehe.
Rata-rata kawan-kawan ku akan masak special untuk family bila tiba hari sabtu dan ahad tapi berlainan pula aku. Aku hari sabtu dan ahad akan makan diluar hehehehe.... coz dari Isnin hingga lah ke Jumaat aku masak di rumah.. Jadi kalau dah tiba hari ni aku buat breakfast merangkap makan tengahari (boleh gitu?).. Suami dan anak-anak dah tahu rutin mingguan ku ini...
Ini keje hari Sabtu... cari-cari tempat makan last-last duduk dekat pizza hut dah duduk di situ hampir setengah jam x de pun orang-orang pizza hut nak layan kami anak beranak daripada aku naik hangin dekat situ lebih baik aku blaaa.... bertukar lah tempat ke Ayam Mas....
X sempat nak ambil gambar makanan coz dah lapar... hanya ni jelah..

Cheese cake..

Ni minuman iwan..Mocha c'cino. Waktu ni dah petang dari Mega Mall berpindah ke EC Mall.. jalan-jalan masuk lagi kedai minum Roti Boy lepak dekat sini... hehehehe... Untuk makan malam x sempat nak ambil gambar... dah seharian bejalan memenatkan semua badan-badan kita pun balik lah ke sarang..
Ni cerita ahad pulak..

Ahad hari tu agak lewat gak kami keluar rumah dalam jam 5 petang gitu... dari rumah jalan-jalan kejap teruslah cari makan.. first choice nak ke Mail ikan bakar tapi minggu lalu dah ke situ jadi kita tukar selera lah pula ke Sara Thai tuk makan malam...

Air kelapa untuk iwan dan erin...


Menu hari ni.. kerabu mangga. Dah licin belum lagi nasi datang.




Sayur kailan ikan masin.


Udang salut tepung...2 kali order udang ni, iwan n erin suka makan..


Nasi putih .



Ikan siakap stim masak limau... sedap rasa masam-masam gitu. Cian erin x boleh nak makan coz pedas...



Minggu depan entah nak makan di mana lagi nie...... hehehehe


Nov 14, 2009

Happy Birthday to Kak Jurean n Cinoi

Sebelum tu aku nak minta maaf banyak-banyak coz terlewat.. Tapi aku dah ucap Selamat Hari Jadi kepada mereka berdua nie. Bulan November ni ramai betul orang Birthday nie.. kalau di ikut betul-betul nak bagi prasent ngan diorang 5 orang nie parak gak hehehehe.. Bulan November ni Idi, kak Jurean n adik ke 5 Cinoi. Yang 2 orang lagi akan datang.
Jadi aku nak ucapkan selamat hari jadi buat kakak n adik moga di panjangkan umur, murah rezeki dan jadi anak dan isteri yang soleh..

Ni kakak ku yang sulung Jurean.. bertugas di Kota Kinabalu.. yang ditepi bergayut tu anak lelaki dia Naim. Happy Birthday ye kak moga maintain selalu. Gambar sewaktu raya.

Yang ni Cinoi adik perempuan yang bongsu coz ada 2 adik lelaki lagi belakang dia.. Cinoi dulu duduk ngan aku sewaktu dia belajar di Johor sekarang dia dah kerja di Kota Kinabalu dan tinggal ngan kak Jurean. Nama sebenar dia Sri Nor Astika Mala.. nak panggil mala naik tanduk terus dia hahaha.. Buat adik Cinoi mudah-mudahan cepat kaya hehehe... jadi anak yang baik dan taat kepada orang tua, murah rezeki dan cepat-cepat dapat jodoh. Jangan terlalu boros yeee.....

Nov 13, 2009

Happy Birthday Idi.

Belum terlambat lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Jadi buat suami ku Idi.. Tapi sememangnya dah terlambat aku publish kat blog nie. Minta maaf banyak-banyak yee. Birthday Idi 08 November 2009 minggu lalu.
Ada gak aku buatkan idi kek.. Buatan sendiri tapi nanti lah publish ye sebab kek tu terlalu cantik hahahahaha.....
Buat suami... Semoga panjang umur, di murahkan rezeki dan berbahagia selalu di samping isteri mu ini (hehehehe) dan anak-anak..

Jumpa Kawan Lama.

X habis lagi cerita ku nie...... maklumlah lama x memblog. Walaupun dah bersabut akan ku publish juga hehehehe..
Lama x jumpa kawan 2 orang ni semenjak aku bertukar ke Kuantan. Jadi balik ke Sandakan hari tu jumpa jugalah ini pun berapa hari lagi nak balik ke kuantan.

Nilah 2 orang kawan ku masa mula-mula aku bertukar dari SK Semawang Beluran ke SMK Konven St.Cecilia Sandakan. Yang berbaju kuning tu Murni dan yang berbaju hitam tu Salmah. Lama gak kita orang berborak taulah lama x jumpa jadi cerita tu dari A sampai Z tu pun x habis-habis lagi.. cerita pun macam rojak juga x habis satu cerita dah masuk cerita lain.. hehehehe. Terlepas gak rasa rindu ngan diorang nie.

Aku yang kepenatan waktu berada di Sandakan coz x de rehat, jaaaaalaaan jak kerja ku. hehehe

Salmah yang memandu waktu nie. Aku pergi ke sekolah parking je kat sana.


Ni makanan si Salmah. Perangai sorang ni x hilang suka betul makan ice..


Ni makanan ku. Keow Teow Basah, seeedap. Kalau dekat sini Keow Teow Basah dia lain jadi kalau dah terhingin tekak aku nak makan benda ni aku minta jak Keow Teow Ladna lebih kurang je rasanya..



Nov 7, 2009

Iwan, Nasser Wahab & Aziz Satar..

Iwan jumpa Nasser Wahab ni sewaktu ikut program Jabatan. Waktu ni kalau x silap pertandingan Bintang Klassik di adakan di Kuantan, Pahang. Apa je program yang diadakan di Jabatan ku ni iwan, erin dan idi ada jeee.. almaklumlah kalau program-program begini lewat malam balik..

Ni jumpa Nasser Wahab ni pun waktu nak balik kebetulan kereta ku parking bersebelahan ngan Nasser jadi ambil kesempatan gak lah.. Nasser ni dah duduk pun dalam kete, iwan panggil je nak ambil gambar terus dia kuar... hehehehe terima kasih ye...



Kalau x silap Aziz Satar kan... Nilah yang paling iwan minat... heran kan lain test anak lelaki aku ni.. kalau nak tahu napa dia minat sangat ngan Pak Aziz ni sebabnya filem P.Ramlee dia x pernah jemu nak tengok, napalah kalau dia tengok hari-hari... Nak tahu iwan tunggu betul Pak Aziz ni, nampak je Pak Aziz ni nak balik terus iwan lari panggil.. "Atuk - Atuk boleh ambil gambar tak?"
oklah kan dia panggil Atuk lagi baik daripada iwan panggil oi.oi kan.... Gembira gila iwan dapat ambil gambar ngan Pak Aziz. Pas ni iwan bagi tau nak ambil gambar pula ngan geng-geng Pak Aziz.... sapa ye kalau x silap dalam filem tu di panggil 'sudin' x tahu nama sebenar.


Nov 5, 2009

Merenung Masa Hadapan....

Cepat teka siapa ni? Baby ku ke? x mungkin, bila masanya pula aku mengandungkan hehehe... Ni Puteri Nur Qistinabalqis Binti Muhd Aswad... wuiii mak panjangnya nama mu nak... Jadi kepada ibu-ibu, bapa-bapa yang berada di luar sana kalau anak anda dah bersekolah satu hari nanti dan x berapa reti nak tulis nama panjang-panjang jangan salahkan anak ye.... salahkanlah diri sendiri yang memberi nama begitu hahahaha....
Ni anak buah akulah... yang dari lahirnya x pernah aku jumpa time balik beraya baru jumpa. Ni pun mulanya kalau nampak aku teriak terus tapi dalam 2 ke 3 hari je tapi ngan idi sampai balik ke Kuantan pun masih teriak lagi.
Kesiaaannnn... Puteri ni mungkin merenung masa depan kan.. macam dipenjara dia.. sedih. Mesti c Puteri ni berfikir macam mana aku nak melepaskan diri kan. Napalah aku di buat sedemikian rupa, apa salah ku...

Sabar je lah aku ni... di kurung di dalam sangkar emas.. hahahaha..



Puteri ngan muka yang minta di kasihani....


Yaaa..... aku dah dilepas dari gerigi besi tadi... gembiranya aku.....


Oct 27, 2009

G6PD

Jom kita baca sesiapa yang tidak tahu mengenai G6PD nie.... artikel ini saya petik dari Laman Utama Minda Jafree-Laman peribadi berinformasi.

G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit.

Ia adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah.

Setiap bayi yang baru dilahirkan, contoh darah meraka akan diambil untuk dianalisis seperti jenis darah, kekurangan G6PD tahap bilirumin dan sebagainya. Selalunya bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran lagi. Jika tahap bilirumin terlau tinggi sehingga tidak dapat diterima oleh bayi, permindahan darah mesti dilakukan. Biasanya darah akan diambil dari bapa bayi tersebut.

Antara ubat-ubatan yang boleh menghasilkan homolisis..... sila rujuk di Laman Utama Minda Jayfree. Diantara yang tertulis di kad ni ialah :

Vitamin K, Naphthalene (moth Balls), Probenecid, Methylene Blue, Acetyl Phenylhydrazine, Quinidine, P-Aminosalicylic acid, chloramphenicol, Methyldopa, Mefenamic acid (ponstan), Fava Beans, Primaquine, Pamaquin, Mepacrine, Quinine, Acetyl salicylic acid dan Phendacetin.


Penting
Ibubapa kepada bayi atau sesiapa sahaja yang mengalami kekurangan G6PD handaklah memberitahu doktor setiap kali menerima rawatan bagi mengelakkan penggunaan ubatan yang mengandungi agen-agen seperti di atas.

Cuba juga elakan diri daripada memasuki kawasan yang diketahui mempunyai unsur-unsur ubat gegat seperti di tandas awam. Pengidap mungkin akan mengalami sesak nafas jika cukup lama menghidu ubat gegat tersebut. Biasanya apabila meningkat dewasa, seseorang yang mengalami kekurangan enzim G6PD kan dibekalkan dengan "rantai perubatan" yang menandakan pemakainya adalah kekurangan G6PD.

Ini boleh membantu jika berlakunya kecemasan di mana pemakainya tidak dapat memberitahu sendiri doktor yang merawatnya.


*************************************************************************************

Sewaktu berada di Sandakan aku sendiri telah membawa iwan untuk membuat pemeriksaan G6PD kerana iwan dari lahir lagi telah disahkan menghidap G6PD tetapi tidak serius.. Doktor menyatakan bahawa penyakit nie tidak boleh hilang sampailah ke tua tetapi ada aku dengar kata-kata orang bahawa penyakit nie boleh gak hilang tulah aku bawa iwan buat pemeriksaan..


Iwan sekarang memegang kad berwarna merah iaitu kad G6PD yang dikeluarkan oleh pihak hospital ketika pemeriksaan selama beberapa minggu selepas iwan dilahirkan dan disahkan menghidap G6PD. Memang setiap kali iwan sakit aku tidak memberikan ubat yang sembarangan dan akan membawa dia ke klinik, kalau pun aku ke farmasi membeli ubat aku akan tunjukkan kad merah tuh.. Makan pun kena jaga juga.

Sewaktu berada diluar klinik lagi iwan dah takut.

Sampai 3 orang pembantu klinik nie pegang iwan.... penakut betulllll... termasuk aku sendiri 4 orang lah.

Haaaa... tu dia dah mulai nangis... hehehehe. Nurse tu arahkan iwan supaya tak tengok jarum tuh... punyalah keras badan budak nie..


Waktu di ambil darah nie iwan punyalah kuat berteriak... ya rabbi iwan... pas tu ketawa lah pulak katanya geli waktu darah tu disedut ke jarum tuh...

Dan setelah seminggu keputusan yang aku terima ialah...................

Iwan masih lagi menghidap G6PD tersebut.. Keputusan doktor telah diambil oleh kakak ku Kay kerana waktu tu kami dah balik ke Kuantan.. Insyaallah kalau iwan berumur 15 tahun aku akan bawa lagi iwan buat pemeriksaan.

Apa pun aku doakan agar Iwan sihat selalu, aktif dan ceria seperti budak-budak lain. Amin.


Oct 24, 2009

TENAGA NASIONAL BERHAD

Ada 2 ke 3 malam lampu dekat rumah nie bekelip-kelip macam x cukup je nak supply elektrik, x boleh nak pasang benda sikit soket dah tersentak naik.. Mesti ada something wrong dekat sini. Pagi-pagi ni anak-anak aku nampak api terpercik keluar dari soket dekat luar nie...
Tindakan mesti di ambil takut nanti terjadi lah pulak litar pintas ke atau apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku... Matilah hangus kang rumah sewa aku nie... Telefon ke 15454 dan mengadulah ke operator nie... tak sampai 10 minit unit dari TNB Kuantan dah telefon balik ke HP ku tanya alamat, dalam setengah jam 2 orang pekerja TNB datang dan terus tukar benda-benda alaf dekat luar tuh....



Ni 2 orang staff yang datang membaiki fius dekat luar.


Ni yang dah di tukar

Haaa... benda nilah yang di tukar, hancur habis dah sebelah dalam tuh terbakar.

Nampak tuh... nasib baiklah aku bertindak cepat telefon TNB, tu pun banyak fikiran aku nak telefon siapa last-last telefon mummy dekat sandakan mengadu, pas tu my mum cakap telefon lah dekat TNB sana... ehhhhhh baru lak terfikir kan.


Kepada TNB dan pekerja TNB Daerah Kuantan terima kasih kerana tindakan cepat yang diambil. Tak sampai 3 jam aku mengadu dah siap segala-galanya. Syabas TNB.