Showing posts with label cinoi. Show all posts
Showing posts with label cinoi. Show all posts

Feb 27, 2010

Kejutan.........

Kejutan semasa CNY hari tulah... lambat betul entry aku keluarkan. Tak pelah asalkan blog aku ni tidak bersawang aku muatkan jelah untuk senang-senangkan hati... Kejutan dari adikku Cinoi yang terbang dari Kota Kinabalu Sabah ke Kuantan. Pada mulanya memang dia bercadang nak datang ke Kuantan tapi kononnya dibatalkan jadi aku pun tidak lah membuat persiapan.
Pada malam CNY tiba-tiba pula pintu rumah diketuk dengan tidak memberi salam lagi tueee... tengok jam didinding dah pukul 2.00 pagi kalau tak silap. Siapalah yang hendak membuka pintu dengan tidak mendengar suara kan... hahahahaha. Aku nak buka? x naklah. Aku suruh gak idi. Dah berapa kali ketuk kami pun tidak membuka adalah suara memberi salam.... rupa-rupanya cinoi yang datang.... hampeeehhh punya budak. Oleh kerana datang mengejut aku manalah ada sedia makan kan padan muka.. keluarlah diorang balik makan dekat luar lagi pun dah jam 2.00 pagi..malas lah nak kedapur mata pun dah lekat.
Anak-anak aku apa lagi melompat kesukaanlah aunty diorang datang....... yipieeeeee esok nak jalan ngan aunty noi.




Nov 14, 2009

Happy Birthday to Kak Jurean n Cinoi

Sebelum tu aku nak minta maaf banyak-banyak coz terlewat.. Tapi aku dah ucap Selamat Hari Jadi kepada mereka berdua nie. Bulan November ni ramai betul orang Birthday nie.. kalau di ikut betul-betul nak bagi prasent ngan diorang 5 orang nie parak gak hehehehe.. Bulan November ni Idi, kak Jurean n adik ke 5 Cinoi. Yang 2 orang lagi akan datang.
Jadi aku nak ucapkan selamat hari jadi buat kakak n adik moga di panjangkan umur, murah rezeki dan jadi anak dan isteri yang soleh..

Ni kakak ku yang sulung Jurean.. bertugas di Kota Kinabalu.. yang ditepi bergayut tu anak lelaki dia Naim. Happy Birthday ye kak moga maintain selalu. Gambar sewaktu raya.

Yang ni Cinoi adik perempuan yang bongsu coz ada 2 adik lelaki lagi belakang dia.. Cinoi dulu duduk ngan aku sewaktu dia belajar di Johor sekarang dia dah kerja di Kota Kinabalu dan tinggal ngan kak Jurean. Nama sebenar dia Sri Nor Astika Mala.. nak panggil mala naik tanduk terus dia hahaha.. Buat adik Cinoi mudah-mudahan cepat kaya hehehe... jadi anak yang baik dan taat kepada orang tua, murah rezeki dan cepat-cepat dapat jodoh. Jangan terlalu boros yeee.....