Aug 9, 2009

Makan Lagi...

Cerita makan lagi... Waktu kuar makan nie suami baru balik setelah ber'out' station selama 9 hari lamanya.. lama gak tu weiii....

Kali ni makan dekat noodle station dekat EC Mall. Ok gak makanan di tempat nie..


lama gak tunggu makanan sampai kita gambar2 dulu.... Iwan asyik main je.



Ni makanan iwan mee kari kalau x silap


Idi makan nie...


Ni makanan aku ngan erin Mee Ladna... sedap puas hati.

Lepas makan terus nak balik coz petang tu pejabat aku ada buat Bintang Klasik Nasional Peringkat Kebangsaan 2009 oleh kerana waktu tu aku pun terlibat sama tuk bertugas jadik x bolehlah lama2 nak round2 EC Mall nie....

Latihan Menari..

Ni adalah gambar erin latihan menari untuk tarian Zapin dan Joget..

Dah ada 3 minggu gitulah erin berlatih menari nie... gambar ni di ambil sewaktu beberapa hari erin dah latihan

Guru tari tarian ni adalah seorang lelaki cina.. ya lelaki cina ni yang mengajar kumpulan tarian dari sekolah erin ni Zapin dan Joget.

Setiap malam saya akan menghantar erin ke kelas tarian nie.. dari jam 8.00 hingga 9.45 malam. Pertandingan akan diadakan pada 12 Ogos nie di SK Tanjung Lumpur, Kuantan..

Pada mulanya hairan gak saya napalah anak saya yang kecil halus nie terpilih tuk menari, joget pulak tu. Tapi cikgunya dah bagitau diorang nie telah di uji bakat dulu oleh guru tari tu. Cikgu tari tu kata erin boleh coz dia nie lembut.... hehehehe betul ke erin ni lembut?

Aug 2, 2009

Selamat UlangTahun Leo...

Yang Dibenci Leo :
Orang yang suka berpura-pura dan tidak teguh pendirian. Mereka juga benci pasangan yang tidak setia dantidak tahu menghargai, manusia berfikiran sempit, materialistik, penakut serta orang yang mencabar kuasa atau kedudukannya.

Yang disukai Leo :
Leo suka membantu, menyenangi gaya hidup mewah dan bergaya, bersemangat berani, selesa dikelilingi kanak-kanak, gemar menonton wayang bahkan suka diberi perhatian serta dibelai pasangannya.

Ruang Paling disenangi :
Kamar tamu yang luas dengan perhiasan perabot mewah.

Hadiah Buat Wanita Leo :
Gelang emas, cincin berlian, telefon bimbit atau coklat.

Hadiah Buat Lelaki Leo :
Haruman, komputer riba dan jam tangan.

Pasangan Secocok :
Aries dan Sagittarius.

(Betul tak? semua ni hanya ramalan sahaja... dipetik dari Majalah Intrend Ogos 2009)

Selamat Datang Bulan Ogos

Ogos adalah antara bulan yang paling saya suka kerana :-

  • Bulan ni adalah harijadi saya.... yiiipieee...
  • Bulan ni jugalah harijadi adik saya Lyne dan anak buah saya yaya juga mak mertua saya..
  • 31 Ogos di sambut dalam bulan ni Selamat Hari Merdeka..Malaysia ku tercinta.
  • Bulan ni juga kita akan menyambut bulan puasa, jadi sesiapa yang belum lagi mengganti puasa tu cepat-cepatlah ganti yee...

Jadi dalam makna sebenarnya x lama lagi aku akan balik ke kampung untuk beraya.....

Gumbiranya hati ku ini...

Jul 31, 2009

Kami Bertiga

Ni cerita ahad minggu lalu. Erin ni ada kelas tarian.. nanti saya publish ye latihan tarian tu, bz ni x de masa.


Teacher erin beritahu latihan tu dari jam 2.00 ptg - 3.00 petang dah sampai di kelas tu rupa-rupanya selesai jam 4.00 petang. Berpeluh2 gak tunggu erin tu iwan apa lagi macam cacing kepanasan lah dia.


Selesai je kelas tu terus je menuju ke Mega Mall sebabnya dua beradik ni dah kelaparan. Dah saya dah siap masak dekat rumah x nak makan. Nilah pertama kalinya saya berjalan tanpa suami.. hehehehe




Saya bawa diorang pi sini Bistro Delifrance.. Puas lah dua beradik ni memilih nak makan sebabnya kelaparan.



Jom makan semua...


Ni Pasta Bolognaise With Beef....... sodap gak


Ni Chicken forestiere.. lemak sikit.




Haaaaaaa baru tahu kelaparan.. hehehe




Licin weeeiiiii...........
Last sekali pencuci mulut... Bread pudding


Sudahnya lepas makan kita jalan2 lah nilah hasil yang terbeli. hehehehe

Ada lagi satu yang terbeli tu tapi nantilah nak publish ye....

Jul 29, 2009

PENDERMA DARAH DIPERLUKAN SEGERA....

Kepada semua pembaca yang baik hati..


Saya sangat-sangat memerlukan penderma darah untuk uncle saya. Tidak kira darah jenis apa pun. Uncle saya telah menjalani operation dan memerlukan 15 pain darah.

Sesiapa yang ingin menderma boleh datang ke Subang Jaya Medical Centre di tingkat 5 dan mention kan nama uncle saya AHMAD BIN PAIRAN.

Untuk pengetahuan uncle saya telah diterbangkan dari Sabah ke Subang semalam 28.7.2009.
Hanya isteri dan anak-anak dia sahaja yang berada di sana.

atau boleh menghubungi saya di

-email
id_line76@yahoo.com

- no hp: 016-9369672.

Jul 28, 2009

Erin


Erin ngan patung Mickey...

Ni Saje nak cuba guna picasa...

Saya ni budak baru belajar...

Posted by Picasa

Jul 27, 2009

Erin lagi...

Tahu tak semalam...? Waktu tu aku ni dah lena di ulit intan hehehe
Tiba-tiba.... ada lah pula suara kecil yang ku dengar..... tahu-tahu jelah waktu abah dia x de telinga aku ni cepat je dengar bende2 terutama waktu malam.
Dengan cepat je terus aku menoleh ke kanan ku. Rupa-rupanya erin tengah baca buku... hehehehe.. Tekezut gak ibu dia nie..



Mummy tdo lah erin nak baca buku dulu k.... Nanti lepas baca buku ni erin padam lampu lah.

Suka engko lah erin ibu dah tak larat nak buka mata nie... Good Night.

Perlukan Kesabaran.

Memanglah setiap hari aku balik tengahari untuk mengambil anak-anak ku balik dari sekolah aku akan menempuhi semua ni.

Dah budak sekolah balik jam 1.00 tengahari time tu jugak lah aku keluar... Haaa..... padan ngan muka aku terperangkap dalam kesesakkan begini.. Sabar, sabar..




Orang-orang yang mengambik budak budak sekolah ni pun satu gak dah tahu jalan sempit di situlah jugak diorang nak parking.. Tecalar kete kang baru padan muka jangan nak salahkan sesiapa.


Dah lalu azab tadi ni nak lalui gak satu part nie... Kan aku nak mengambil jalan ke sebelah nun tuk buat u turn jadi terpaksalah aku sekali lagi menahan kesabaran untuk memberi laluan kepada pengguna-pengguna dari arah kanan..

Jadik...... inilah wajah kesabaran ku pada hari tu... kekekeke. (ye ke wajah kesabaran?)

Jul 24, 2009

Patah..

Patah..? Betul ke tajuk nie?

Benda ni saya beli adalah dalam sebulan lebih yang lalu...

Ya.. Benda ni jugalah yang menampakkan wajah-wajah yang kurindu yang selama ni jarang ku nampak tetapi hanya mendengar suara mereka sahaja...

Semenjak dua menjak (betul ke ayat ku ni?) ada benda ni bolehlah aku, suami dan anak-anak ku menatap wajah-wajah mereka ni walaupun x dapat ku peluk, ku cium, ku sentuh tetapi hanya sekadar memandang wajah mereka dalam screen komputer nie...

Yelah....... nilah webcam yang hampir setiap malam kami anak beranak gunakan untuk berbual dan menampakkan rupa kami ni ngan keluarga di kampung. Sandakan dan Kota Kinabalu..

Gembira rasanya ada benda nie... walaupun kecil tapi besar kegunaannya oiiiii.......



Haaaaaaaaaaa....... apa dah jadi? Ini kerana kerajinan suami aku tulah.. Nak bersihkan komputer konon, x tahu mcm mana dia bersihkan benda ni terjatuh dan patah. Dah tak boleh sambung lagi bahagian lehernye tuh. Tapi x rosak masih boleh gunakan lagi.. Nasib baiklah. Masih boleh lagi saya melihat wajah-wajah mereka di kampung hehehehe.....
Nampak tu senget-senget, kenalah pandai-pandai 'ekjas' sendiri.
Apa-apa pun terima kasihlah ngan idi kerana kerajinannya membersihkan rumah.