Dec 12, 2009

Coklet....

Kepada penggemar coklet.... nak bagitau sayangggggg nak makan coklet nie.. huhuhu kerana reka bentuknya. Tapi kalau x makan sampai bila nak simpan pula kan jadi jemput makanlah semua yeeee...



Ni coklet yang dikirim dari Langkawi...


Sayang nak makan kan.... bermacam-macam reka bentuk kerang n siput dalam perisa coklet. Saya makan 1 2 biji je yang lain diselesaikan oleh idi dan anak-anak.....

Dec 6, 2009

Sepetang di Rompin

Pi Rompin hari tue makan di One Seafood, sementara menunggu erin berlatih di RBR kita 3 beranak keluar cari makan dan singgah di Restoran nie..
Suasana yang damai dan terasa tenang lagi di sini. Adalah pula gambar aku dan iwan, mestilah kan ni blog aku, aku punya suka lah nak letak gambar sesiapa je yang aku suka kan.

Kalau perjalanan jauh memangnya aku suka makan sup... tapi sup ni dah habis x ingat nak snap gambar dulu.. lapar agaknya.

Ni kerang bakar yang di oder oleh idi.. makan gitu je x makan ngan nasi pun. sedap gak.

Ni biasalah kegemaraan iwan...pantang dia nampak menu western food nie.. Jemput makan.


Dec 2, 2009

RILEKS DI BALI SPA.

Ahad lalu x tahu nak buat apa.. kemas rumah pun dah. Last sekali ajak suami pi jalan-jalan. Tahu jelah sehari di rumah ok gak tapi kaki ni gatal betul nak jalan. Jalan-jalan dekat megamall terasa pula nak pi SPA. Sekali-sekala kita manjakan diri apa salahnya kan.... jadi aku berdua ngan idi lah masuk dalam...
Lega rasanya dibelai-belai badankan..masa tu tak sedar dah tertidur pula hampir sejam dalam SPA tu bestnyeeee.....


Maaflah ye tuan-tuan dan puan-puan hanya kaki dan perempuan yang urut aku tu jelah yang dapat dipaparkan dalam blog ni yang lain 18sx bahaya oouuiiiiii...... Dari hujung kaki hingga ke hujung rambut aku di urutnya.. kuat gak tangan perempuan dari Bali nie. Dah hampir 6 tahun aku x berurut badan ni, leganya tidak terkata.

Ni idi dekat luar urut kaki sementara di menunggu aku.. dia ni hanya urut kaki jelah kalau urut badan tu x pe biar aku yang urutkan... hehehehe

Erin yang nak ikut gak dalam kamar tue... dia ni baring sebelah katil aku...

Iwan yang menemankan abahnya dekat luar sambil tv yang ada di dalam tu di bolotnya sekali.. hehehehe

BRANDS INNERSHINE

Ni semua orang sedia maklum dan tahu kan InnerShine ni..... alahh yang Camelia minum tuh. Saja je nak bagi tahu kepada sesiapa yang diluar sana tuh yang inginkan raut wajah berseri minumlah nie... Keberkesanan nya? Emmmmm....... x tahu lagilah saya sebenarnya dah lama minum ni tapi beli sebotol-sebotol pas tu berhenti tapi kali ni beli yang sekotak terus. Insyallah kalau kita amalkan minum ni akan menjadi gak tapi janganlah pula sekejap ambil pas tu berhenti kan.
BRAND'S InnerShine Pati Prune ni adalah kaya dengan serat makanan daripada buah Prun, tinggi dengan Vitamin C dan mengandungi Oligofruktosa dan Inulin. Kesihatan dalaman dapat menyerlahkan seri kecantikan anda. Minuman yang lazat ini bermanafaat untuk tubuh badan secara keseluruhannya dengan meningkatkan pengambilan serat makanan anda secara semulajadi. BRAND'S InnerShine Pati Prune tidak mengandungi bahan pengawet. Amalkan pada waktu malam setiap hari untuk tampil lebih menawan..... (dipetik dari kotak InnerShine)

Sekotak ni harganya dalam RM 28.++ gitulah x ingat pula.

Ada lapan botol dalam sekotak ni..

Rasanya? rasanya masam-masam gitulah kan dah namanya Prune. Dalam sebotol ni mengandungi Fresh prunes, Vitamin C, Prebiotics, High bio-availability dan concentrated essence. Tidak mengandungi pewarna dan perisa tiruan dan tidak mengandungi gula.
Nak tengok keserian wajah ku? ahaks..... tunggulah kalau dah berseri-seri barulah dikeluarkan di blog nie... hehehehe... macam iklan pula kan... x pe, x rugi pun kalau mencuba kan bukannya kita minum racun.... tuk kesihatan kita juga

Dec 1, 2009

Egg Tart

Semenjak dua menjak ni kerajinan ku yang tahap melampau datang balik.....hehehehe. Kali ni aku buat pula Egg Tart, ni kegemaran suami dan anak-anak apalagi dah cuti sekolah sekarang nie dekat rumah mestilah di sediakan makanan tuk budak-budak nie... resepi ni saya ambil dari kak umie - Home Sweet Home minta izin kan ye kak. Jadi kalau ada sesiapa yang nak resepi ni pergilah berkunjung ke rumah kak umi di blog kak ni macam-macam adaaa.....

Kuih ni kalau dah keluar dari oven terus hilang sebab penggemarnya dah menunggu terutamanya Erin.... Jadi ni malam terus up date. Buat dalam 25 biji je tapi tengok-tengok belum lagi sejuk sepenuhnya dah separuh....hehehe x pelah kan dibuat untuk di makan bukan untuk perhiasan. Kalau begini lagila semangat aku membuat tuk keluarga ku. Suami puji sedap... terima kasih yee.. kalau rajin nanti buat lagi.






Nov 29, 2009

Happy Birthday to Puteri Qistina Balqis - 25 Nov 2009 dan Sis Misah 29 Nov 2009

Happy Birthday to Puteri Qistina Balqis 25 November 2009 yang ke setahun.... Jangan nakal-nakal tau.. Gambar ni di ambil sewaktu raya.


Buat sis misah Happy Birthday.. Moga menjadi isteri dan anak yang taat dan soleh... Kuat-kuatlah cari uwang untuk masa hadapan.... hehehehe

Gambar di atas sewaktu dia menjadi model sambilan hahahaha..... sekarang tak lagi coz dah bersara di atas pengurus beliau selalu mempertikaikan ketinggiannya yang tak sesuai betul nak jadi model ni..... hehehehe... jangan marah ye.


Sekarang nie dia dah memberi sepenuh perhatiannya kepada kerjaya yang sebenarnya.... di belakang tu suami dia En Natsir Budasir... Moga cepat membesar ye... hahahaha. Ni adalah 2 orang yang terakhir yang menyambut birthday bagi tahun nie.... Puteri n Sis K..


Selamat Hari Jadi - Muhd Iqhwan...

Hari Raya Aidiladha nilah iwan di lahirkan.. Betul-betul takbir raya tu menusuk ke telinga ku sewaktu aku meneran iwan keluar..... Tuhan jelah yang tahu sakitnya waktu tu terdengar lagi takbir raya.... Jam 7.40 gitulah iwan selamat di lahirkan. Baby girl yang ku sangkakan keluar rupa-rupanya baby boy apa pun yang diamanatkan oleh Tuhan itulah yang ku terima. Ni akibat tersalah scan lah nie.. x pe asalkan semuanya selamat.
Asal je Hari Raya Haji mestilah iwan ingat akan birthdaynya ni bagi tahun Islam senang nak ingat kan. Sebenarnya birthday nya ialah 28 Mac 1999. Kini dah 10 tahun anak ku. Moga jadi anak yang soleh, pintar dan taat kepada Tuhan n orang tua. Setiap tahun iwan akan sambut 2 kali birthday... huhuhu bengkok lah kalau begini. Tapi time Raya Haji ni lah dia paling ingat.
Balik dari beraya Jumaat tue kita pi Secret Resepi nak pilih kek mulanya dia pilih cream cake with choc kalau x silap tapi ibu nak Blueberry Cheese Cake hehehehe sebenarnya aku yang nak makan...
Haaaa... ambik kau banyak perisa dan jenis kek ni just pilih je mana satu nak.

Semantara menunggu pekerja ni nak tulis atas kek.



Hari tu x lah buat secara besar-besaran just panggil kawan-kawan iwan je tu pun yang lain balik kampung.. Kebetulan kawan idi datang beraya jadi ramailah, tunggu kawan aku nani yang nak datang pun x datang-datang. Mungkin hubby dia masih keje. Hadiah? hadiah iwan awal dah di belikan.. dia nak basikal coz basikal yang lama dah hilang.


Erin ke Pertandingan Akhir Tarian Rampai Tradisional Peringkat Kebangsaan.

Baru nak publish nie.... Hari tu Erin ke Rompin untuk bertanding bagi Tarian Rampai Tradisional peringkat kebangsaan..... Terpaksalah hari tu aku bercuti kerana hendak meneman dan memberi sokongan kepada anak kecil ku Erin. Sepatutnya erin dah bertolak dengan menaiki bas yang disediakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan yang diiringi oleh cikgu-cikgu sekolahnya.. Bukan x percaya kat cikgu-cikgu tue tapi aku takut erin nangis cari aku tengah-tengah malam buta sebab erin x pernah berpisah dari aku. Acara di buat di Rompin Beach Resort, sepatutnya di adakan di Johor tetapi ada masalah sikit. Syukurlah tue dekat sikit kat Rompin kan.

Ni sebelah malam ada latihan...



Pakaian yang sama hari tu... sejuk tangan erin. Ramai gak ibu bapa yang hadir waktu nie.. Kami x tdo di RBR ni kami chek in di Puteri Inn. Kumpulan Erin dapat tempat ke 3. Syukurlah juga sebab ada 8 atau 12 kumpulan yang bertanding. Tahniah buat Erin..

Anugerah Khidmat Cemerlang.

Anugerah Khimat Cemerlang tahun ni di adakan di Pahang bagi Kawasan Timur. Acara yang diadakan secara sederhana ini di sebabkan alasan yang tidak dapat di elakkan.
Buat sahabat yang bertugas di Terengganu iaitu Tuan Nor Aida tahniah saya ucapkan di atas Anugerah ini. Jadi jangan malas nak buat keje tau dah dapat cemerlang.. hehehehe


Ni Tuan Nor Aida yang bertugas sebagai PA dekat Terengganu. Tahniah yeeee...


Ini adalah penerima-penerima dari Pahang, Terengganu dan Kelantan. Tahniah kepada semua.

Nov 21, 2009

Hadiah

Ahhhhh......... lega nya dalam hati kan dah terlepas aku dari 'hutang'. Yelah hutang hadiah birthday tuk suami aku.. Tak tahulah pasangan lain tapi aku ngan idi dari dulu lagi dah buat begini.. Kini dah 11 tahun kami kawin, sepanjang tahun tulah kami akan bertukar-tukar hadiah tuk hari kahwin, tuk hari jadi kami dan semua hal yang berkaitan kami sekeluarga termasuk anak-anak..... Hari biasa bukannya x boleh tukar-tukar hadiah tapi macam rasa x best kan.. nak juga ada yang melibatkan hari yang bahagia..

Tahun nie aku bagi pilihan tuk idi tuk memilih hadiahnya sendiri sebabnya aku x tahu nak bagi apa kat dia lagi.. Jadi c birthday boy ni pun pening gak nak memilih kan.. dari kasut dia cuba x juga berkenan. Jadi kami pusing lagi di shopping mall yang lain...



Ahirnya dapat gak dia yang berkenan di hati.. kali ni idi memilih baju.. Ambik jelah darling, sayang pun dah tak tahu nak bagi ngan abang.. Moga abang berpuas hati ngan pilihan abang sendiri ye...