Oct 23, 2009

Tarian Rampai Tradisional - Erin

Pernah hari tu aku publish kan kalau x silap sebelum puasa mengenai erin berlatih menari. Pertandingan menari hari tu erin x dapat ikut coz waktu tu kami berada di Sabah jadi erin je yang tak de waktu pertandingan tu. Alhamdulillah kumpulan dari sekolah diorang nie dapatlah pulak tempat pertama dan di pertandingkan lagi di Kem Batu 10 Kuantan baru-baru ini, kali ni kumpulan tarian erin mewakili Daerah Kuantan... Jom kita tengok antara gambar-gambar erin yang sempat aku ambil.....
Aku yang terpaksa mengambil cuti tahunan ku kerana nak menemankan erin dan melihat aksi erin di atas pentas pada 20 Oktober 2009.
Dah namanya perempuan kan... Erin apa lagi x gerak langsung muka dia di pasang make-up.



Suka betul dia nie.....


Erin menunggu giliran hendak di pasangkan samping n dibuat rambut. Rambut dia ni aku yang ikat dari rumah.. Dah kata cikgu sanggul aku ikat je.... hehehehe



Sampai 2 orang mengerjakan erin nie... Tahulah anak dara aku sorang nie halus mulus betul.. Perempuan cina tu kata anak u semua kecil pipi, mulut, muka, bibir, mulut dia semua kecil.... Tali pinggang besi yang di pakaikan erin tu lilit 3 kali di pinggang dia.. hehehehe

Cikgu dia buka balik ikatan rambut erin yang aku buatkan dari rumah dan dibuat balik... hehehe

Erin menunggu giliran....

Sampai dah giliran erin... diam terus x gerak..


Haaaa.... ini lah erin yang dah siap sepenuhnya.....

Menunggu giliran tuk membuat persembahan. Sebelum tu erin cakap ngan saya.. "ibu ketar pula hati erin ni nak menari atas tuh". Hehehehe takut lah tuhh..


Ngan Anan.. Anan ikut pertandingan Syair.

Erin dan Adani.

Sorang ni lupa pula nama dia.

Giliran diorang dah mula... Hanya satu gambar je sempat aku ambil.

Dahaga engko erin lepas dari membuat persembahan...

Dah namanya budak kan, mana nak duduk diam.... mainlah sementara menunggu keputusan.

Dengan ini diumumkan juara pertandingan tarian rampai tradisional di menangi oleh Pra SKIM Utama Kuantan.... Dah 2 tahun berturut-turut sekolah ni menang.

Erin ngan piala kemenangan..


Bersama ngan cikgu dan jurutari... yang lelaki cina tulah jurutari tarian rampai tradisional nie... jangan tekezut yeee...

Kumpulan SKIM UTAMA

Akhir sekali gambar bersama ibu merangkap pengurus dan pengiring... hehehehe

Abah diakhir acara baru hadir coz abah keje. Tapi sempat gak dia melihat anak dara dia membuat persembahan sebabnya juara dikehendaki membuat persembahan sekali lagi.

Apa-apa pun tahniah buat Erin dan kawan-kawan serta guru-guru sekolah SKIM UTAMA. Mereka akan mewakili Peringkat Negeri pula tapi x tahu bila...




Oct 20, 2009

Ocean King Sandakan Sabah...

Tak habis lagi cerita nie.... waktu ni di Sandakan. Makan dekat Ocean King Seafood. Tempat makan ni memangnya terkenal.. Makanan laut di sini semua segar-segar kita tunjuk je mana satu yang tekak kita nak makan...

Neng, Chemp, yaya dan erin..

Aku ngan sis K..

Aneng



Sis K ngan hubby... Mr Natsir.



Antara makanannya ialah siput tarik... rupa bentuk dia ala-ala siput babi tapi ni bukan siput babi yee..... isi dia di gambar yang sebelah atas tuh... ni memang sedap.


Sup jagung ngan isi ketam.


Udang salut tepung.

Sayur manis masak belacan.... yummmy.


Ni nasi dia.. di sajikan dalam mangkuk dan minuman tu chinese tea.




Ni yang mulut ternganga ni ikan kerapu masak tauchu kalau x silap... sedap ikan ni coz masih hidup lagi waktu kita pilih....
Jadi sesiapa yang datang dekat Sandakan nie... singgah lah di Ocean King yeeee.. makanan dia sangat memuaskan hati dan perut anda....



Oct 16, 2009

Agar cepat sembuh... Mas Maria

Pernah dulu aku masukkan cerita mengenai kawanku yang bernama Mas Maria mengenai kemalangan yang menimpa dirinya.... Aku pun x tahu nak cakap apa coz kawan ni mengalami kemalangan yang agak serius gak, patah kaki dan tangan....


Nilah Mas Maria yang sentiasa tersenyum.....


Ni adalah gambar Mas selepas kemalangan dan dimasukkan ke hospital dan sekarang Mas berada di rumah untuk berehat, tapi tengok lah gambar di atas Mas berehat dengan besi yang tercucuk di tangan dan kakinya. Tak tahulah kenapa pihak hospital buat begini mungkin tuk mengembalikan keretakan tulangnya kot.... Aku tengok gambar di atas pun ngeri... Benda ni akan di buka dalam beberapa bulan lagi. Kesian Mas.

aku : Assalamualikum mas..

mas : Walaikum salam...

aku : Mas pe kabar?

mas : baik kak lin.. macam ginilah.

aku : mas, besi yang tercocok kat tangan kaki engko tu sakit tak?

mas : kak lin ni tanya gitu pulak.. sakitlah

aku : hehehehe yelah mas cian engko kan mas.. tak pelah mas engko ni sekarang ni dah jadi WANITA BESI.... hehehehe. Kalau time hujan ada kilat tu engko jaga-jaga sikit ye, tu besi nanti kilat tu kena engko dan satu lagi suami engko takut nak marah mas coz mas banyak besi kat badan hehehe.. jangan marah ye mas kak main je.... (tapi dalam hati tuhan je yang tahu sedih ku macam mana.. mengalir air mata ku)

mas : kak lin ni ade-ade je....

Mas sekarang berehat di rumah dan di bagi MC selama beberapa bulan oleh doktor. Harap Mas cepat sembuh....

Oct 15, 2009

Bersantai di Hari Sabtu...

Bersantai di hari Sabtu lalu setelah sekian lamanya kami 4 beranak x menjejakkan kaki ke bandar Kuantan, rasa rindu pulak kan.. hehehe.. Jadi perjalanan pada hari tu dimulakan jam 4.00 petang, akhir juga coz pagi-pagi kena kemas-kemas rumah dulu...
Diketuai oleh Idi.. hehehe ni di Megamall..tunggu iwan. Waktu ni di Megamall ada pameran..

Erin ni suka betul naik motor Bomba nie...

Ni Iwan n erin di Kuantan Parade sewaktu Matta Fair...


Cantikkan gambar lembu nie... erin kata 'sappy goooo...' mcm ipin dan upin..


Erin yang memangnya suka betul bergambar..

Gambar burung merak yang cantik nie.... dah habis buat lawatan dan penat kita 4 beranak pun carilah makan n terus balik.... Insyallah kalau idi n aku x bz minggu depan sabtu n ahad bolehlah jalan lagi kan... Untuk pengetahuan, sabtu n ahad nilah waktu kami keluar jejalan coz isnin hingga jumaat x boleh nak jalan iwan n erin sekolah.




Oct 11, 2009

Raya pertama dah pi klinik...

Raya pertama waktu di Sandakan iwan n atuknya, bapa mertua akulah dah pi klinik...
Iwan pi klinik kerana mengadu susah nak bernafas, waktu di Kuantan aku dah bawa dia ke klinik tapi doktor kata x de apa2. Ni waktu di Sandakan mengadu lagi jadi malam tu bawalah pi klinik, doktor bagi dia vitamin tuk jantung dia.. takut aku mendengar bab jantung2 nie.... Baju biru tu mak mertua aku..

Ni bapa mertua aku mengadu juga sesak nafas.. macam iwan hehehehe, periksa punya periksa haaaa.... bapa ada darah tinggi... Kalau aku yang bercakap nanti di kata pula anak menantu dia ni hantu coz banyak cakap n banyak tegur kan... Bapa mertua aku ni suka makanan yang masin-masin kan dah kena darah tinggi di tambah pula raya makan daging banyak sangat bercampurlah tuh.... 'Bapa janganlah suka makan garam yeee... nanti sakit sapa yang susah? kami juga di sini yang bengong terutama anak bapa.. idi tuh'... hehehehe...

Rumah Terbuka di Pejabat....

Masih lagi suasana Hari Raya. 8.10.2009 adalah Rumah Terbuka Pejabat ku.... Wahhh makan jelah kerja ku, badan pun naik gak berkilo-kilo.. Adik beradik KPKK semua ada dalam nie dan semua ketua-ketua Jabatan dan sewaktu dengannya... Jamuan ni bermula jam 11.00 - 2.00 petang. Siap ada live band lagi, sapa nak mensumbangkan lagu bolehlah mendengarkannya..
Ni adalah ruang legar pejabat, office ku di tingkat 2.

Yang ada belon-belon segala tu tempat VIP.. macam-macam ada waktu nie, nak apa? cakap je..



Azu yang gembira cox dapat makan ABC.. heheheh


Haaa... tengok meja kami tuh... makan tak hengat dunia lagi....


Kak su... sabar.. pelan-pelan makan tuh... banyak lagi..


Last sekali gambar ku yang gembira kerana kekenyangan dan akan memikirkan lagi bagaimana nak turunkan lagi KG ku yang dah meningkat nie.....

Erin lagi....

Pagi sabtu semalam erin ngan kawan sebelah rumah aki belajar depan pintu rumah.... dah aku suruh masuk tak nak, nak juga bertenggek di depan pintu... Tak pelah asalkan diorang bahagia kan....


Aki yang mengajar erin...


Haa tengok gelagat aki tuh yang memerhati erin membuat kerja rumah..


Kek Coklet.

Lepas raya ni kan kerajinan ku adalah meningkat sedikit... hahahaha. Jumaat lalu sekolah iwan n erin buat jamuan raya jadi setiap sorang mesti membawa makanan.. jadi benda yang senang di buat ialah kek Coklet.... Resepi kek coklet ni jiran sebelah rumah yang ajarkan..
Aku buat 2 biji kek sebabnya erin x nak kek tu di potong dia nak sebijik bawa pi sekolah.. alahai erin...
Ni kek yang telah siap di kukus... kek coklet kukus nie..

Dah letak topping kat atas tu aku taburkan lagi coklet rise yang warna-warni

Pas tu dengan bakat terjun ku membuat kek aku letakkan bunga yang x seberapa... kha.kha.kha.... Erin n Iwan punyalah suka......

Letak dalam peti sejuk jadi esok pagi tinggal budak-budak ni bawa pi sekolah...... tiap 2 jam erin asyik buka peti ais je... hahahaha... x sabar tunggu sampai esok.





Nasi lemak di pagi ahad...

Pagi ahad ni bangun pagi lagi coz nak masak nasi lemak.. Ni adalah permintaan iwan. Ni adalah percubaan pertama ku masak nasi lemak nie.. hehehehe.. Suami kata sedap.. terima kasih yeee. Tapi aku rasa nasi tu kurang santan sikit tapi bolehlah makan... Lepas makan-makan ni besiap-siap nak keluar... Jalan-jalan di hari Ahad....