Aug 26, 2009

Jalan-jalan di pekan langkawi...

Ni adalah pertama kalinya aku menjejaki kaki ke Langkawi. Percutian yang aku dan suami rancang nak ke langkawi sewaktu musim cuti penggal pertama persekolahan adalah musnah dan tidak tercapai... hehehehe...
Malam tu x de kelas, jadi petang tu masuk je bilik apalagi iron baju tuk persiapan esok, tido kejap untuk kumpulkan tenaga jadi x mengantuk masa nak jalan nanti pas tu petang jam 7.00 malam kita turun makan dulu jadi waktu jalan tu x lah perut rasa lapar.... kha.kha.kha..

Wahhhh banyaknye coklet, mestilah fikiran ku teringat ngan anak-anak ku dan juga tidak ketinggalan suami ku juga penggemar coklet. Waktu memborong coklet ni dah x ingat coz semuanya menarik tapi aku ambil je yang jarang ditemui. Coklet yang aku beli bukan tuk my family je tau tapi untuk orang-orang office, mestilah ada buah tangan @ oleh-oleh kan dan orang-orang yang berkirim.



Ada dua tempat yang paling lama aku 'hinggap' yang pertamanya di sinilah.. Rasa di hati nak je beli tapi berfikir pula macam mana nak bawa balik..... waktu tu juga aku telefon idi kat rumah memberi kabar gembira bahawa aku telah terpikat ngan pinggan mangkuk di sini.. Idi dengan selambanya berkata "belilah sayang kalau suka" waaaahhhhh..... itulah jawapan yang selalu aku dengar dari suami ku....aku bagai kan nak menangis coz terfikir macam mana nak bawa balik... sebabnya nak beli bukannya satu dua bijik kan... kalau pecah menangis darahlah aku.. hehehehe.....


Tempat yang ke 2 adalah di sini.... Ini bukan kedai minyak atar ye, ni kedai jual minyak wangi. Nani sabar je menunggu aku semuanya aku hidu sampai mabuk-mabuk nak muntah hehehehe. Murah-murah gile minyak wangi di langkawi nie, yelah kawasan bebas cukai kan..




Akhirnya aku 'terbeli' dua botol minyak wangi. Satu untuk aku dan satu lagi untuk suami yang terchenta.

Sebelum balik tu possing-possing dulu kejap.. pening waktu ni cari teksi x jumpa tapi terserampak ngan kumpulan lain yang nak balik gak jadi kita join je diorang naik van dengan rasa kepenatan dan sepanjang perjalanan balik ke hotel teringatkan pinggan mangkuk tuh....

Hari ke dua berkursus

Hari ke 2 berada di langkawi nie x pi mana2 lagi, faham-faham jelah kita ke sini pun berkursus kan bukannya jalan-jalan. Tapi sabarrrrr.... ada masa nya gak nak keluar. hehehehe
Keadaan meja kumpulan kami yang sentiasa bersepah..

Ni mamat sorang nie bukannya tengok betul-betul nota tue.. tido je keje dia..


Ni aku yang sudah di landa kepenatan dan kerinduan ngan suami n anak-anak ku.. Dalam keadaan yang sejuk di dalam bilik ni dan di tambah lagi perut yang sudah kenyang maka jadilah kejadian yang x diingini... apalagi kalau x beribu kali membuka mulut dan menguap, mata macam di tindih batu simen yang berat... aduiiiiii cobaan betul.

Hari pertama berkursus...

Kursus yang bermula 16hb dan berakhir pada 20hb Ogos 2009. Jadi ceritanya baru saya masukkan ke dalam blog...


Sampai jak dihotel untuk pendaftaran dah jam 8.30 malam x sempat nak chek in dah makan dan terus ke bilik kursus... okey saya ulangi terus ke bilik kursus ertinya saya dan nani x sempat nak mandi dahlah satu hari perjalanan....hehehe sembur jek minyak wangi banyak-banyak. Dengan memakai seluar jeans kami berdua selamba je masuk. Rupa-rupanya bukan kami je yang buat gitu tetapi peserta lain gak... selamat.


Ni sebahagian daripada peserta kursus, yang lelaki baju hijau n perempuan yang pakai cermin mata di sebelah tu dari Terengganu. Nor n Shahril. Yang tudung pink ni orang dia manis n cantik nama dia Qatrunnada dari Pulau Pinang saya panggil dia Qatrun je..


Haaaaaa.... yang dua pic ni di ambil pada keesokkan harinye.. Dah segar nie coz dah mandi hehehehe.....

Selera Iwan..

Nilah anak lelaki ku seorang ni...iwan. Huiiiiii selera dia mengalahkan selera abahnya... Hari kedua puasa hari tu iwan dah awal-awal nak saya masak rendang... emmmmmmm..


Dalam sebulan ni x tahu berapa kali dah saya masak rendang, ni iwan lah ni nak makan rendang, bukan je Hari Raya rasa rendang, hari-hari pun boleh makan rendang kalau di rumah aku nie..


'ibu-ibu hari ni kan macam selera iwan nak makan rendang tuk buka puasa nanti....' aiiiiiii mak iwan nie selera bukan main tinggi lagi. Apalagi aku teruslah pi pasar nak masakkan rendang tuk anak lelaki aku nie....kesian gak kan budak dah puasa.


Jom kita layan Rendang yang simple-simple tuk iwan......




Ni tengah mengelegak lah nie......




Ni yang dah masak... simple je x delah nak hias-hias segala hanya tuk makan sendiri gak kan hehehehe......



Ni apa? haaaaa ni nasi himpit... siap ngan nasi himpit lagi, macam raya betul rumah aku buka posa tu... hehehehe...


Huiiiii.... beselera betul iwan makan rendang made by ibu nie.. siap 2 kali tambah nasik lagi...
X pelah asalkan diorang makan kan... jangan x makan sudah dah penat-penat masak.


Senang gak hati ibu kan tengok anak-anak selera makan ngan air tangan kita... ceewwwah

Aug 23, 2009

Buah Melaka

Hari ni up date awal hehehehe... 2 hari dah berpuasa juadah berbuka x de yang beli buat masa nilah...... semua buat sendiri semua... time cuti kan bolehlah buat.. Nanti time keje x tau pula.


Hari ni saya buat buah melaka kalau di sabah nama kuih ni puteri mandi.... haaaaa ambik kau puteri mandi.. Semua dah tahu kan cara2 buat kuih ni senang je.. ni kegemaran my family..


Bahan-bahan utama mestilah tepung pulut, gula nissan (orang kuantan panggil ni kalau di sabah gula melaka) dan kelapa




Ni doh yang sudah diuli..


Tunggu dulu air menggelegak dan jatuhkanlah bebola2 tu..

Kalau bebola tadi dah timbul di permukaan air tandanya dah masaklah n bolehlah angkat..

Gaulkan dengan kelapa yang saya letakkan sedikit garam..

Taaadaaaaaa dah siap pun untuk berbuka... Banyak oiiiii.. Saya bagilah semua jiran2 yang terdekat..... Nilah rupanya kuih Buah Melaka @ Puteri Mandi yang dah siap.

Aug 22, 2009

Sup Gearbox.....

Waaahhhhhhhhhhhh.. Time puasa-puasa begini cerita pasal makan pulak.....
Ni bukan sekarang kita makan tau... Ni kitaorang makan sebelum saya bertolak ke Langkawi, kononnya terhingin nak makan sup. Sampai je di Ani Sup Utara kita rembat Sup Gearbox nie... pertama kali makan sup gearbox ni masa ke kelantan rumah kawan idi, dia hidangkan sup ni power gila......

Siap disediakan straw lagi tuk sedut lelemak di dalam tuh.... huhuhu habis diet aku, tapi aku tahan je x nak sedut yang sedut nye iwan n idi, hehehe sesuai lah tu 2 beranak ni sedut jadi tambah gak lemak di badan tuh.. Kalau aku lagi yang menyedut x tahulah...

Boleh tahan gak... sodappp.....



Catatan Ramadhan (Hari Pertama)

Salam Ramadhan semua..


Baru je balik dari Langkawi 2 hari terus puasa, penat yang amat sangat.


Nak di jadikan cerita hari pertama puasa nie... Biasalah saya dan suami tetap berpuasa.. iwan pun puasa gak dan tahun ni buat pertama kalinya erin pun puasa.. syukur alhamdulillah..


Iwan semalam dah booking awal-awal nak berbuka puasa dekat luar huhuhu iwan sabar..


Erin bangun sahur pagi tadi x de masalah bangun terus, makan saya yang suapkan. Menu kalau besahur ni biasalah ayam goreng mesti ada coz tuk iwan x de benda lain pun x pe asal ada ayam goreng...


Berapa jam yang pertama pada pagi ni ok lagi erin... dah masuk jam 11.30 tenghari dah merengek nak minta roti. 'ibu erin nak makan roti boleh tak?' pas tu tahan lagi dah mencecah jam 12.45 tengahari mengadu lagi nak makan.... kesian tengok erin saya suruhlah makan..
Waaaaaaaaahhhhh erin lepas makan roti makan coklet lagi..


Iwan ni x bangun2 lagi...


Rindunya nak berpuasa ngan family di Sabah, tahun ni adalah tahun ke 4 saya berpuasa di Kuantan. Bersahur di kampung awal lagi mummy dah bangun sediakan semua kekadang tu kita adik beradik tinggal duduk n basuh tangan je mummy dah sediakan semua..lepas makan siap ada minuman panas dan jemput-jemput or apa-apa jelah..


Sekarang?????? haaa ambik engkau buat sendiri semua, bangun awal sedia ini itu.. Nak sedia jemput-jemput macam mummy? x delah just roti je.. hehehehe...


Buat keluarga di Sabah:

Selamat berpuasa buat mum tahun ni puasa sorang-sorang coz my dad berada di Selayang hospital lagi menjaga uncle, tahun ni adik ipar baru berpuasa bersama umi dan anak buah baru puteri. Adik Aneng n Ajai.Buat kakak khamisah n family selamat berpuasa, chemp puasa penuh tau coz chemp ni sekolah cina jadi tentu tergoda kan kalau pi sekolah.


Buat kakak n family, cinoi di Kota Kinabalu selamat berpuasa gak. Insyallah kita akan berkumpul di Sandakan...


Buat mak mertua selamat berpuasa. Anak mak di sini tetap saya jaga jangan risau hahahahaha...

Aug 21, 2009

Salam Ramadhan

Kepada semua umat Islam
Saya dan keluarga mengucapkan selamat Menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa..
SEORANG MUKMIN MELIHAT KESUKARAN SEBAGAI UJIAN..
MUKMIN YANG ARIF MELIHAT KURNIA DI SEBALIK KESUKARAN....
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN...

Aug 18, 2009

Aduhai.....

Nak bagi tau nie... Sebelum aku n c nani masuk tuk ke Langkawi dan sedang kami asyik melayan keboringan masing-masing. Muncul lah pula pasangan romantik ni duduk depan kita orang..
Apalagi aku siap ambil gambar diorang lah.... hehehe. Nasib baik diorang nie x perasan kalau tak dah kena penampar..
Waaahhhhhhhh....siap peluk sana peluk sini pasangan ni. Pasangan baru kawin kot, inai di jari masih merah lagi.. (pasal pula aku jadi penyibuk nie)

Sampai masuk ke dalam bepelukkkkkkk lagi..... sampai terbaring-baring pengantin perempuan nie... kha.kha.kha.....

Kebetulan ada satu family duduk depan diorang barulah diorang ni duduk tu pun lambat... Siap usap2 kepala, berlaga pipilah tapi aku x lah ambil gambar. Chinese girl yang dihadapan tu asyik tengok diorang je..... kejap-kejap jeling... hahahaha..
Ni keje akulah ni tengah boring..........Kalau betul pun pengantin baru sabar-sabar lah oiiiiii.... tempat awam nie, malu sikit.. Yelah kan diorang ni bukannya pun rakyat Malaysia, pelancong. Tapi hormat-hormatlah sikit orang kiri kanan tuh......

Aug 16, 2009

Transit KLIA To Langkawi

Ni nak cerita sikit hari ni 16.08.2009 saya ngan kawan sorang ni di hantar berkursus.......
Nak x nak pergi jugalah... Jangan lupa dah tandatangan 'AKU JANJI' N SAYA YANG MENURUT PERINTAH......


Penerbangan dari Kuantan ke KL jam 10.20 pagi dan lepas tu dari KL ke Langkawi Jam 5.20 petang. Jadi bayangkan lah berapa jam kita melepak dekat KLIA tuh....




Dengan penuh rasa keboringan..........

Rambut ni dari yang terurai hingga diikat lagi... x tahan..




Memang betul-betul boringlah...... x tahu nak buat apa coz terlalu lama di KLIA tuh..... Buka Laptop pun penat gak.. Nak memblog dekat sana keperluan x mencukupi coz yang lain masuk dalam beg dan sekarang berada di kargo......


Akhirnya setelah sekian lamanya maka dengan rasminya hari ini aku membeli Novel......



Wahhhhhh....... rajinnya aku membaca kan... lama dah x membeli novel2 ni sebabnya x de masa nak membaca.. hehehehe.. Nak isi keboringan tuh.




Lepak di KFC nagan nani.... entahlah apa yang di fikirkan oleh budak seorng nie......

Jauh renungannya.


Ni dah masuk balai menunggu.....Sejuk bangat dekat sini.. Dengan muka yang berminyak, letih dah x daya nak touch up..


Hehehehe.... nani tdo x peduli dah orang lalu lalang dekat situ.. penat sungguh budak nie