Apr 25, 2009

Lawatan Muhibbah Dari Sabah 1..

Haaaaaa untuk pengetahun ini kakak ku yang pertama..
nama dia jurean..... diorang ni datang ke KL pada 10 April tu n bertandang ke kuantan pada
12-14 April. C Jurean ni ada 3 orang anak 2 orang perempuan Nur Fatin, Nur Fatihah n seorang anak lelaki Naim Firdhaus....



Ini dia Naim Firdhaus sedang tidur....
Penat agaknye...
Yang baju hitam di tepi tu bukan di tengah ye....
Ini dia Nur Fatin... Nur Fatihah (yaya) x de gambar
Makan di East Cost Mall..
hari tu ada saya blog mengenai yaya yang jatuh di sekolah tu...
tu lah c yaya kalau ada gambanya yang baru nanti saya blogkan ye..
Ni kalau dah berjumpa semua budak2 ni buat perangai
gila kita dibuatnya..... (Baju pink sebelah kanan tu yaya)
Kakak ni datang dari sabah bawakan lin ambuyat tau tak ni makanan orang KK, diperbuat daripada sagu n dicecah ngan kuah rebus atau asam pedas.. siapa yang pandai makan sedap ohhhhh......... pas tu kakak bawa kuih cincin n kuih kering (tak tau apa namanye tu)...
kita bawalah diorang pergi teluk cempedak jalan-jalan...
Pas ni ada pula lawatan muhibbah yang ke 2 dari Sabah juga....... bestkan...

2 minggu lalu

2 minggu lalu yang menggembirakan iwan n erin
Lama dah x pi Pizza Hut.
Jadi minggu tu sebelum abah diorang nak p OS maka di bawanyalah budak2 ni termasuklah ibunya hehehe... Licin pinggan iwan makan tu...


Sukan sekolah Iwan & Erin

Ni sukan sekolah iwan & Erin....
Dalam beberapa minggu lalu lah... hehehe
Erin ikut sukaneka
Iwan ikut gak perbarisan & lari berganti2 4x100 meter dapat no 3..
Tapi iwan x dapat ambil gambar...battery kong.. Sorry ye iwan..



Ni tengah bersiap2 nak mulakan acara....

Ni acara pertama 50 meter...
dapat no 5.. hehehe


Ni acara ke 2. Bawa bola ping pong dalam sudu
Dapat no 3.


Rehat jap tuk acara ke 3....


Acara ke 3. Bawa bola letak depan tu ada bakul kecil...
Berlari tu ada gaya lagi...
Ni kumpulan erin dapat no 2.
Ni acara penyampaian hadiah...
Sebenarnya budak2 x kira no 1 2 atau 3
semua dapat hadiah..... taulah budak2 kan
semuanya senang hati.....

Lepas semua acara, budak2 ni semua kepenatan
Apa lagi Jom Minum...

Apr 5, 2009

Merentas desa..

Ni gambar iwan semalam 3 April 2009. Iwan ikut merentas desa sempena sukan sekolah SK Indera Mahkota Utama Kuantan Pahang.....

Iwan dapat no 7 kalau x silap.. x dapat hadiah pun hehehe
sebabnya dari no 1 - 5 sahaja yang di berikan....
Bolehlah ada semangat kesukanan...


Berpeluh2 iwan berlari....

Apr 4, 2009

Erin begunting rambut lagi....?

Dulu saya ada paparkan erin begunting rambut kan.... Ni kali saya gunting lagi rambut erin ni.
Disebabkan rambut tu dah panjang jadi x cantik...

Kali ni aku bawa erin ke saloon yang biasa aku buat rambut...
Sebab saloon hari tu aku x suka langsung...
Haa tulah tukang gunting erin selalu.. lembut jak dia buat.
Sebenarnya iwan pun gunting juga tapi lupa pula nak ambil gambar..
Suka erin tu kalau orang buat rambut dia...

Alahai erin mengalahkan ibu engko yek....
baca majalah lagi.....
Ni x ketinggalan. Ni kami punya pak guard...
hehehehe.....


Iwan n teater........

Dulu iwan n bola kali ni iwan n teater...

X tau pula saya iwan ni nak juga berteater, aku fikir malu lah dia di atas pentas ni di depan orang ramai lagi tu... rupa-rupanya berlainan pula... Syabas iwan..

Saya sebagai mak bagi jelah sokongan buat iwan. Iwan ni sebenarnya di ajak oleh seorang pensyarah di depan rumah tu untuk menjadi pelakon tambahan je bersama2 ngan 2 orang anak pensyarah tu. Waktu latihan pensyarah tulah yang ambil iwan di rumah.

Disinilah iwan berteater pada malam tu
Erin turut hadir tuk menyaksikan iwan n sekaligus
memberi sokongan buat abangnya.. hehehe
bagus erin
Alahai susahnya hati aku rambut iwan ni disembur pewarna
maklumlah esok kan sekolah tapi ni hanya sementara saja
kalau di cuci n syampoo hilang dah...

Ni waktu raptai penuh

Gambar ni di ambil sewaktu persembahan iwan dah tamat.
Gambar2 yang lain ada juga tapi kabur jadi x jelas.
Teater diorang ni masuk surat khabar apa yek.....
tak ingat pula tapi yang penting bukan
Surat Khabar Sabah Times tu di Sabah.
hehehehe.....
Dengar2 pensyarah tu nak ambil lagi iwan sebab
ada drama teater lagi yang dia akan buat. Iwan ni
dah suka sangat...... alahai iwan. Sabar jak Ibu ni..







Happy Birthday En Khairul.....

Selamat hari jadi En Khairul yang ke 37 tahun

Moga panjang umur, murah rezeki dan

CEPAT BERTEMU JODOH.....................

Nilah Birthday boy nya, umur dah 37 tahun masih single lagi.
Yang dekat belakang tu dah kawin oiii anak satu dah.

Mas n En khairul

Haaaa........ ni imam pejabat kami. Hj Bahar dialah yang
membacakan doa.. Amin.

Kusyuk nye mas tu kan... tengok makanan tu...

Yang di belakang tu Master Puan Asmah.. heheheh
yang sorang tudung hijau ni Master Kewangan Pn Mehran

Nilah hidangan pada petang tu.. KFC
mudah je kan beli lepas tu letak di atas meja kak Liza.
Meja tulah persinggahan tempat orang letak makanan,
sebelah meja aku tu. Apa taknya lemak pun naik berkilo2...




BTN

BTN yang ku nanti..... ye ke?

Akhirnya pergi gak BTN ni. Ok lah orang kata BTN teruk tapi alhamdulillah x lah seteruk yang di sangka.

Cuma yang teruknya waktu aku pergi BTN ni suami pun pergi berkursus 2 hari awal sebelum aku pergi menghadiri BTN.....

Al-kisahnya tinggallah 2 orang anak ku di Taska... Kesian juga tapi apa kan daya x de saudara mara kat sini.. Berserah jak lah. Sedih juga waktu aku nak tinggalkan tu erin siap tarik baju tudung aku lagi...

Ready nak p kelas tunggu kawan.

Amni dari JTK Putrajaya n sorang tu dari Miri Sarawak
(sorry lupa nama)


Sebelum masuk fasi sempat lagi tangkap gambar.

Cantikkan baju, semua seragam mcam budak sekolah..




Hujan...

Entah bila lah agaknya hujan ni.........



kerana aku lama x memblog ini lah akibatnya lupa tarikh



tapi yang penting waktu ni aku dalam perjalanan ke tempat kerja di Gebeng



hujan ini membuatkan aku lambat datang ke pejabat kerana kesesakan lalu lintas,



lantas membuatkan punch card ku hari tu berwarna Merah, entahlah merah yang keberapa kali.. Sorry bos perkara yang x disengajakan.. (boleh ke gitu?) Sayu jak keadaan ni kan macam sedih jak...

Mar 26, 2009

Rancangan Tergendala Sebentar...

Sorry leh yek... kebelakangan ni sibuk banget...
x sempat nak memblog dengan keadaan aku sekarang nie...
insyallah akan aku memblog juga kalau ada kelapangan masa..