Apr 24, 2010

CAR WASH FOR RM4.00

Minggu lalu sambil jalan-jalan dekat bandar kita singgah jap kedai cuci kereta di kawasan bandar ni, harga memang berbaloi RM4. Tapi cuci luar saja lah ye, body kereta sahaja. Oleh kerana 2 beradik ni tak pernah nak masuk kat dalam mesin cuci kereta ni maka disebabkan kereta ni pun dah kotor dan dicampur lagi dengan keinginan anak ni maka tercucilah kereta kami di sini pada hari itu.... hehehehe Masuk kenalah ikut giliran ye... waktu ni memang ramailah orang yang cuci kereta kat sini




Haaa.... Masuk je terus dia cuci tayar, simbah kereta kita dengan air dan air sabun... disitu dia cuci2 lah sikit kan... 2 beradik ni bukan main seronok lagi termasuklah abah dia yang sengih-sengih sebelah tu... hehehehe



Lepas ni akan terus ke mesin ni....secara perlahan-lahan..






Kalau kita masuk dalam mesin ni 100% mesti berkilat punya... daki-daki semua tanggal... hehehehe..

Last sekali adalah pekerja dia akan keringkan kereta kita dan sapu sedikit pengilat tayar. Malas ke kita kalau cuci kereta dekat sini? apa pendapat anda? Tepuk dada tanya selera. Itu atas kehendak masing-masing kan. Apa-apa pun itu adalah hak anda sendiri. Alaaahhh biasalah orang cuci kereta dekat sini kan... apa yang nak diherankan termasuk aku jugalah.
Lepas cuci kereta ni apa laggggiiiiiiiii jalan lah... bye..bye..




Apr 16, 2010

Petua Mengerat Kuku.

Salam Jumaat.... pagi-pagi ni aku nak kongsi-kongsi bersama petua mengerat kuku ni... Bila masa pula blog aku ni ada petua ye.... hehehehe. Jadi jomlah kita kongsi bersama sesiapa yang berminat dan sesiapa yang dah tahu tu alhamdulillah.....


Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya:
Barang siapa yang mengerat kukunya pada :

* HARI SABTU
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.


*HARI AHAD
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

*HARI ISNIN
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

*HARI SELASA
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

*HARI RABU
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

*HARI KHAMIS
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

*HARI JUMAAT
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan yang yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, bukannya tong sampah seklipun tong sampah itu bersih.
Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan last sekali ibu jari tangan kanan.
Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya..
Jadi apa salahnya kita mencubakan.

Apr 6, 2010

Selamat bertunang... Hazlyinee Kassim.

Selamat bertunang buat adik Hazlyinee binti Kassim dengan tunangnya Syakir. Lyne adalah anak ke 4 selepas aku... Moga apa yang dirancang akan menjadi kenyataan. Majlis ini diadakan pada 27 Mac 2010 bulan lalu. Dan yang paling menyediahkan aku tidak dapat balik ke Sabah pada waktu itu kerana ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.. Majlis yang meriah sekali coz semua saudara waktu ni berkumpul semua... apa boleh buat.
Majlis kawin nanti akan dilangsungkan pada bulan Oct tahun ni. Kali ni aku mesti balik dan tiket penerbangan pun sudah tersedia... yeyeye.....







eehhhh napalah gambar ni kecil... tapi nampak jugakan.. Apa-apa pun selamat bertunang...



Apr 1, 2010

Happy Birthday Umi & Azhaar

Happy Birthday buat adik boungsu aku.... Muhammad Azhaar Bin Kassim dan adik ipar Umi.


Moga dipanjangkan umur dan murah rezeki... Birthday diorang ni dalam bulan Mac termasuk Iwan...