Jan 31, 2009

Untuk Aku dan Dia...

Ni untuk diri sendiri - Hazel..

Ni untuk dia - suami akulah..

Setelah sekian lamanya perfume kita berdua habis akhirnya ada juga kesempatan
untuk membeli yang baru.. Minyak wangi begini sayang nak pakai banyak2
hehehe..... tahu2 sendirilah..



Ambil Angin di Teluk Cempedak...

Erin nak betul beli benda yang di atas kepala tuh.. nasib baik lah dia tunjuk yang ala2 Mickey Mouse...


Mak bapanye nak juga gambar....

Tak ada apa yang di buat pada malam minggu yang lalu saya sekeluarga p TC untuk melepaskan keboringan setelah sekian lama di rumah....

Jan 26, 2009

Dunkin' Donuts.





Ni mesti semua yang tengok dah tahukan.... Dunkin Donuts.. Sedap hooooo. Donuts ni di bawa oleh suami ku yang balik dari berkursus minggu lalu di Melaka, On the way nak balik dia singgah nak beli benda ni bersama seorang rakan (Nordin). Sebenarnya Nordin yang nak makan oleh kerana terlalu banyak dia bagilah ngan anak2 aku yang kebetulan menunggu abahnya balik..
Wajah baru donuts ni macam jemput2.. hehehe. Dalam donuts ni ada macam2 perisa. Puas hatilah..... Anak2 aku apa lagi x bagi ruang lagi terus makan tapi diorang ni makan x banyak asal rasa je..

Boringnyeeee.............

Dah berapa hari cuti nie duduk je dekat rumah...

terasa betul BORING ni... sebenarnya banyak hal nak di masukkan di dalam blog nie tapi di sebabkan kesibukan dan kepenatan aku ni maka aku simpan je semua hasrat ku untuk memblog. Akan ku siarkan juga tapi x sekarang .....

Bila? akan tersiar juga.....

Jan 20, 2009

Fahamilah kepenatan & kesusahan ku ini....

Hari ni adalah hari yang penat bagi aku... bukan hari ni jak perkara ni bermula dari ahad malam tu lagi sehingga lah hari rabu 21hb Jan ni.....
Kepenatan ku ini tidak dapat aku nak kata hanya akulah yang menanggung kepenatan diri ku ini x ada sesiapa yang boleh membantu aku di sebabkan aku tidak ada sanak saudara di sini maklumlah aku ni perantau...Nak tahu kenapa?
Ni di sebabkan laki aku ni dah mula out station, bila perkara dan hal ini berlaku ternyata akulah yang mengambil alih semua tugasnya menghantar n mengambil anak2 dari sekolah, akulah yang menguruskan semuanya.. Bayangkanlah jarak antara rumah n tempat keje aku sejauh 50km (ulang alik) penat lah memandu. Walaupun jauh aku sebagai seorang ibu gagahi juga tuk mengambil anak2 kesayangan ku (kalau x aku siapa lagi kan) dan sebagai seorang isteri turut menjaga harta yang diamanahkan oleh suami ku.... Sampai bila lah aku harus begini? Tolonglah pegawai2 JPA, tolonglah luluskan pertukaran jabatan ku ke bandar atau Pejabat IM. Mungkin ada hikmah di sebalik kepenatan & kesusahan ku ini..... Aku redha atas segalanya...Amin.
*Siapalah yang akan memahami kesusahan yang aku alami sekarang? Ada seorang hamba allah sahaja yang memahami kepenatan & kesusahan ku ni, hamba allah itu ialah Idi. Idi? Ya dialah suami ku, dia sahaja yang memahaminya....

Jan 16, 2009

Sesuai tak?


Erin teringin nak pakai kaca mata aunty neng... berubah terus mukenya... hehehe

Tak mau macam aunty Noi...

Begini al kisahnya napa rambut erin ni yang panjang dulu saya gunting. Erin ni dah pi sekolah awal tahun ni dah tu lambat lah pulak bangun perempuan sorang ni, lambat lagi nak p mandi, lambat lagi nak gosok gigi n lambat lagi nak keringkan rambut dia tuk diikat al maklumkan nak p sekolah ni nak kemas juga kan, x kan nak biarkan rambut dia terhurai x tentu arah.

Dah fikir punya fikir saya lah yang kuat nak gunting rambut erin ni di sebabkan saya jugalah yang pagi2 terkejar.... Jadi hari sabtu minggu lalu tu saya bawa di pergi ke saloon dekat je ngan rumah.

Sebenarnya tukang gunting ni saya tengok macam x pandai jak nak gunting rambut erin, tapi saya ni tawakal je.. Tapi kesudahannya memang pun rambut erin sebelah belakang tu x tentu dia potong.. Sakitnye hati aku sebagai sorang mak ni... Sumpah aku x nak bawa lagi erin gunting rambut dekat sana...


Haaaa.... nilah hasilnya depan tu memang lah nampak cantik tapi belakang tu mcm entah x pe je jadinya cina tu cakap tu "kakak ni gunting layer lah di belakang" Tapi sebelum rambut erin di gunting tu dia ada pesan lagi tau.. tahu apa tak? Ni pesanan dia "Ibu kalau potong rambut erin jangan potong macam aunty Noi yek, erin tak suka lah macam tak sisi (sikat) jek rambut aunty noi tu macam boboy lagik tu" hehehehe sorry aunty noi....

LIVERPOOL

merah ke kelabu?


Persoalannya jaket Liverpool iwan tu merah ke kelabu? tentulah kalau Liverpool merahkan, masalahnya ialah pada gambar tu x taulah napa satu gambar tu kelabu pula. Sebenarnya iwan ni cari jaket MU tapi x dapat jumpa lah pula Liverpool, apa lagi dia rembat lah.

Lama dah iwan mengidam jaket ni... akhirnya tercapai juga budak sorang ni, beli jak x sempat lagi nak simpan dalam beg plastik dah di pakai.. Bestlah budak2 sekarang ni apa dihajat semuanya dapat x macam kita dulu...

Jan 8, 2009

Biru, Oren dan Hijau....

Apa dia biru, oren n hijau ?
Uniform sekolah erin lah apa lagi....mai kita tengok...

Baju warna biru ni di pakai setiap hari isnin dan hari khamis


Warna oren ni di pakai setiap hari Selasa dan hari Jumaat

Warna Hijau ni adalah baju koko (Kokurikulum) ni dipakai setiap hari Rabu.

Inilah baju sekolah erin setiap hari, diulang2 sehinggalah akhir tahun. Untuk pengetahuan semua setiap baju di ada seluar panjang sendiri yang mcm erin pakai ni.

Jan 5, 2009

Coklet..yummy


Tadi petang idi p ambil kawan dia yang datang dari Labuan tuk p induksi di Cherating, Kuantan. Balik jak dia terus bagi bungkusan yang siap dibalut ngan news paper. Buka jak news tu..tadaaa.... nilah bendanya.. sedap. Coklet Cadbury n Hershey's Kisses dari Labuan. Kat Labuan kan semua coklet murah2.. Thanks.

Hari Pertama Ke Sekolah..

Nilah barang2 erin nak kesekolah.. benda2 ni kita beli dekat Sogo, serba serbi Barbie Pink demam gak nak beli benda dia ni. Abang pula serba serbi Spiderman tapi x sempat nak ambil gambar.

Nilah saya yang nak bangun seawal jam 5.30 pagi nak uruskan budak2 ni, tapi telajak pula jam 6.45 x ke melompat, nasib baiklah baju sekolah semua malam dah saya iron kalau tak.... Terpaksalah saya cuti hari ni nak menguruskan budak2 ni.


Nilah keadaan erin didalam kelas dia. Gambar atas tu dialah yang memperkenalkan diri.. yang gambar satu ni tengah nak minum. Duduk tu tak betul jak. Ok erin ni p sekolah x nangis pun.

Waktu saya datang ni dah nak balik budak2 pra ni...

Ni gambar abang iwan tengah perhimpunan.. dah tahun 4 dah anak lelaki aku ni..

Beginilah budak2 ni di bekalkan x makan tapi di kelas tu pun ada di sediakan sarapan pagi dan makan tengahari jadi waktu dalam kete tunggu abang iwan baru dia makan bekal tu.

Masa ni saya tengah menunggu idi tuk mengambil iwan n erin dari sekolah. Nak tengok sama2 lah gelagat hari pertama diorang p sekolah terutama erin...

Hari Terakhir


Ni tengah besiap nak Chek Out.. idilah pula ambil gambar. Nak pastikan x ada barang2 yang tertinggal.
Sebelum kuar kita ambil gambar dulu tuk kenangan....


Gambar ni diambil semalam waktu nak masuk bilik... sempat lagi tu.


Sementara nak settle kan bil2 tu iwan snapkan gambar tuk abah dia..



Sabar jak laki aku ni tunggu nak bayar.

Erin ni merajuk lagi ni....

Dah bayar beredar lah idi dari hotel tu... aku dah lama tunggu dekat luar ngan anak2.



Sebelum balik sempat lagi kita possing tuk kenangan.. x tau bila lagi nak kembali. Insayallah ada umur panjang dan rezeki kita balik lah di sini...


Nilah dia lambang kemegahan Sunway Pyramid... Terima kasih banyak pada Hotel SPA & Resort Sunway.. Kemudahan hotel ni semua ok, layanan mesra.. Sesiapa yang x pernah datang ke tempat ni datang lah sebab tempat ni best... Kita p hari tu siap ngan pakej lagi.. Nak tahu berapa boleh lah tanya yek.. X yah nak mention dekat sini.

Jan 4, 2009

Malam Kedua.


Dah lepas mandi-manda kita masuk bilik rehat kejap. Dua2 gambar ni baru lepas mandi.. iwan n erin sambung lagi berendam dekat bath tab.. tak puas2 lagi... Jam 8 lebih kita kuar p jalan2 cari makan.


Sama tak?


Tengah syok2 kita tengok orang2 ni main adalah pula sorang cina ni melamar girl friend dia... Bestnye......romantik betul siap dia bagi cincin n bunga lagi tu.... emmmmmmm



Masa kita kuar dari shopping compleks ni adalah beberapa bijik kete mewah ni, apalagi iwan n erin siap ambil gambar lagi. Keta siapa la ni ye?

Walaupun penat dari pagi hingga ke malam bergambar tetap diteruskan.. hehehe.. Nampak tak baju kita sekeluarga tu? Haaa nilah baju sunway lagoon. Tapi gambar x berapa jelaslah.

Ni erin ngan muzik box, sebenarnya budak ni dah merajuk nak beli patung dah puas memilih sahlah dia nak patung bentuk ayam, last minute nak bayar dia nampak pula benda ni dah tu tukarlah fikiran budak sorang ni... Abah dia ni turutkan je kemahuan anak ppn dia.


Malam kedua sebelum masuk bilik kita singgah lagi di Lounge ni tapi ni malam x de pula penyanyi tu..




Macam ada gaya tak? Benda ni sekali main RM 3.00 jak. Malam ni jak yang x ada orang jadi kita pun mainlah, ada dua table jak.


Budak dua orang ni dekat sinilah diorang lapar, tadi makan di Laksa Shake x nak pula diorang makan.. Makan Char Keow Teow , nak tahu harga dia? RM 29.00 sepiring tu, minuman dia tu RM 7.00... Standard lah harga hotel. Oder Sepinggan jak share ngan erin, saya n idi dah makan tadi.


Ni Red Grape halal non alkohol, tula kita minum harga sebotol ni RM50.++ jadi saya jak yang minum ngan idi. Iwan nak minum juga tapi idi x benarkan. Dah puas main n makan kita nak naik n panggil lah pelayan tu nak bayar, dah tu idi bayar semua RM110.++. Tapi kita bayar guna voucher yang diberikan oleh hotel yang berharga RM100.00 jadi lebihnya kita lah yang tambah. Jam 1.00 pagi baru kita masuk bilik nak tdo coz esok pagi kita nak kuar.